Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Wednesday, 25 July 2012

12# Wordless Wednesday [Jom makan :)]

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday, 22 July 2012

11# Wordless Sunday (Yang manakah Anda?)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


p/s : sama2lah kita muhasabahkan diri di bulan Ramadhan ini :)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday, 21 July 2012

Segmen Pendek : Saya Nak Blogwalking

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Jom join segmen ringkas dan padat dari Miss Z. Segmen nie hanya berlangsung beberapa jam. Kalau sahur dah tamatlah riwayat segmen nie, huhu.. So apa tunggu lagi, jom join ramai2. Tekan banner atas tu eh ??

-See You-



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Pisau + Cinta = ?

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


saya ade sebilah
PISAU...

PISAU tu saya guna
untuk memotong...

pernah jugak terluka
kerana PISAU tu...
TAPI tak kisah,tak sakit pun :)

PISAU tu dah lama saya guna...
Sekarang PISAU tu dah berkarat...

saya tak buang...

saya tak buang sebab sayang
nak buang :(

Macam AWAK jgk !!!

saya ada AWAK,saya sayang
AWAK dan selalu nak
bersama AWAK...

Kadang2 terluka jugak sebab awak...

Tapi tak apa, saya masih sayang awak..

1 je yang tak sama...

AWAK tak berkarat,
so, xada sebab saya nak
buang AWAK..

Jadi,saya nak simpan
AWAK sama dgn PISAU tadi...

Tapi...PISAU saya simpan dalam laci...
AWAK ???
saya simpan DALAM HATI SAYA 

p/s : Sadisnya jugak. Jiwang sekejap , hehe 

sumber : SMK KINABUTAN PAGE @fb

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Natural Beauty Contest II - Abg Stalker

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Hoho.. Jom kita join contest nie ramai2.. Kalau nak join wajib tekan banner kat atas tu eh?? hehe..

Nie nak cuba nasib je nie. Walaupun aku nie bukanlah natural beauty sangat, huhu... Just have fun orang kata :)


Waduh !! malu ah !! Nie gambar yang aku pertaruhkan, hoho.. Muka poyo, berlagak suci, haha.. Tak ada edit pun ye.. Tak mekap jugak*tak pandai mekap sangat pun. Pakai bedak sikit je,*jujur nie boleh kew abang Stalker?hee..

Nak tag nie..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Segmen : Kenangan Ramadhan

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Hai semua.. Puasa tak hari nie?hehe..
Sementara tunggu buka puasa jom kita join segmen nie..
Klik banner dekat atas tu eh?

Kenangan yang tak dapat dilupakan tyme puasa bila aku terpaksa berpuasa di KK tanpa parents dan family aku. Aku hanya bersama kawan2 berbuka dan bersahur bersama mereka. Kira kami berdikarilah. Walaupun begitu aku rasa seronok. 

Banyak lagi sebenarnya kenagan tyme puasa aku, but for make it short itu sahajalah kot, tak apa kan Apit? hehe..

Nama : Beiby Yatie
Warna : Kuning (#FFE500)

Nak tag :



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday, 18 July 2012

10# Wordless Wednesday (Menghitung Hari)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi(^.^)v



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tuesday, 17 July 2012

Khunsa? Apa tuuuu ?!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi(^.^)v


Elow fellas ... 

Tadi, bila dah siap semua kerja nie aku terus buka lappy, konon nak tengoklah stail fasion tudung yang terbaru. Aku tanyalah dengan uncle Google nie, tapi semua site yang di bagi dekat ping busuk. So aku cari jelah dekat situ. Aku bw semua blog yang berkenaan. Hinggalah sampai satu blog nie, aku terjumpa pasal khunsa

Mungkin ada yang belum tahu pasal nie. Aku sebenarnya dah tahu lama dah, cuma gambaran sebenarnya belum aku kenal pasti lagi. Dalam blog tu adalah gambarannya, cuma aku tak mahulah letak dekat blog aku kang kontrovesi pulak, nanati tak pasal2 aku kena spam. Walaupun untuk pengetahuan, tapi gambar tu still 18sx, so tak berani aku nak letak dekat sini cukuplah peneranganya saja eh?1

+ Secara fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

+ Dari segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.

Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.

+ Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.


"La Hawla Wa La Quwwata illa Billah"








♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

9# Wordless Tuesday (Fikir-fikir)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi(^.^)v



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday, 15 July 2012

Isnin?! Ooh, Tidakkk!!

Assalamulaikum..
Moshi-moshi(^.^)v


Hello peeps .. Cepat pulak masa hari ini berlalu. Macam baru jew kejap tadi bagun pagi, tetiba nak kena tidur malam pulak, uih!!

Esok dah hari isnin balik. Aigooo.. terasa malas pulak . Sejak aku kerja tempat baru aku rasa macam nie bila hari isnin tiba.*adakah aku nie pemalas? Dulu memanglah tak rasa sebab hari minggu pun kena kerja jugak.

Tapikan, bukan aku jew yang rasa macam nie, banyak lagi orang yang berperasaan seperti aku. Terutamanya budak2 sekolah, apatah lagi insan yang bergelar pekerja. Mungkin anda yang sedang baca nie pun macam aku jugak kan? Jangan tipu !! hehe..

Tapi bila dah lepas hari isnin nie kita lalui, hari2 yang lain kita dah tak terasa dah. Apa2 pun kite kena lalui hidup nie. Biar apa yang terjadi kita kena hadapinya dengan senyuman.*ayat selalu guna :)..

Ok then, see you next entry. Bye :)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tolongggggg !!!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Uiikk .. kecoh jugak post tittle aku nie, hehehe ..

Jangan terkejut eh? Tak ada perkara serius yang jadi pun. Aku cuma nak minta tolong kawan2 semua. Itu pun kalau sudi tolonglah. Tak nak pun tak apa, hehe..

Begini, aku ada join satu contest Hazwan Hairy nie. Contest yang ini. aku rasa setakat nie, inilah contest yang terbesar pernah aku join sebab kena promote habis-habisan header kita sendiri.

Sambil aku buat entry nie aku pergilah LIKE mana header yang aku suka. Banyak header2 yang cun melecun, tipis jugak harapan untuk menang, tapi aku percaya pada nasib. Kalau dah rezeki aku tak kemana jugak.

Aku tengok kawan2 yang join contest tu dah beratus2 dapat like. Aku pulak baru 40 lebih, wuuu.. sedihnya..
So tolonglah like eh?? Jasa anda akanku kenang jua..
TERIMA KASIH :)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Jom cari dan teka..

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

klik untuk besarkan :)

Salam, selamat berhujung minggu semua..

Aku jumpa pic nie dalam salah satu folder lappy. Nie my lil bro punya kerjalah nie, entah apa dia nak buat dengan pic nie. 

Sebenarnya dah lama dah pic nie dalam folder*tak la lama sangat pun. Baru hari nie tergerak hati nak buat something dengan pic nie. 

Apa yang anda semua temgok dekat dalam pic nie?? Ya. Sampah, bahan buangan yang sukar untuk dilupuskan. Tapi, dalam gambar nie ada something yang bukan bahan buangan. So lets check it out. Nak tahu jugak mata anda nie setajam apa, hehe .. Cari dan teka lah apa eh?

Nanti, InsyaAllah kite update jawapan dia eh?? Janji takkan ambil masa yang lama, jangan risau eh ?? SEMOGA BERJAYA semua..

klu : 1) Benda Hidup       2) Arah jam 9



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday, 13 July 2012

8# Wordless Saturday (Marah vs Suka)

Assalamualaikum..
Mosho-moshi (^.^)v



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Dengan lafaz بسم الله الرحمن الهر غير الرحمaku umumkan yang aku dah join contest yang gempak nie. So kalau kamu nak join klik banner ya?? Syarat2 yang dikenakan taklah rumit sangat. Tak perlu nak follow and like banyak sangat. So tunggu apa lagi...


Ini header aku ;

http://i.imgur.com/e4bkT.png
Maksud Header nie:

Header nie hasil ciptaan aku yang ke-4. Aku nie cepat bosan dengan sesuatu, so bila dah bosan gatal saja tangan nie mahu mengubah benda yang aku bosankan itu. Aku suka edit2 gambar nie sebenarnya, tapi ikut moodlah, kalau aku tak ada mood memang tak adanya aku nak pandang benda tu, haha..

Doodle yang cute itu aku cilok dari Apit, Sebenarnya ini kali kedua aku guna doodle tu. Aku suka doodle tu sebab bila aku beraksi di depan kamera tangan aku automatik tunjukkan peace mcam doodle tu lah, hehe.. Aku seorang yang kuat berimaginasi, sebab tu aku letak kartun yang ada dua orang budak comel duduk atas bulan yang tengah memancing hati (cinta), tapi aku tak pancing hati siapa2 pun buat masa sekarang, huhu..

Realiti si Mata Kuyu, itulah tajuk blog aku. Aku memang seorang yang bermata kuyu. Sayu je mata aku nie bila orang tengok, *sometimes i fell it so ugly. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang Tuhan beri untuk aku. No body perfect in this world right?!

Tiara tu melambangkan angan2 minah jeninku. Kawan2 aku tahu yang aku kononnya nak kahwin dengan anak raja, *gilakan? ahaha.. Gurauan itu akan menjadi satu kemestian bila kami bergurau senda.

Aksara bugis tu pulak melambangkan yang aku nie keturunan bugis yang membaca maksud "Anak Orang Bugis". Proud to be buginese.. Aku suka dengan kata2 Hadapi dengan Senyuman, sebab seseorang pernah nasihatkan aku, dia kata "walau apa pun yang terjadi kita mesti hadapi masalah itu dengan senyuman biar sepahit manapun dugaan yang mendatang".

-THE END-

p/s: maaflah terlalu panjang pulak..




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday, 11 July 2012

Banyak Fikir ?!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Annyeong haseyo ! Aha.. berlagak nak cakap korea la pulak, huhu..

Comel tak doodle dekat atas tu? Ha.. tu hasil contengan yang kreatif dari Apit. Credit to Him :).. Tapi sebenarnya aku bukannya nak cerita pasal doodle tu pun. Aku cuma nak share apa yang terjadi dekat tempat kerja yang ada kena mengena dengan doodle nie.

Tadi ada seorang customer nie, orangnya agak "sihat"lah jugak. Aku tak pastilah dia orang Pakistan atau Indian, tapi dia boleh bercakap dalam bahasa mandrin. Kagum jugaklah kami sekejap. Tapi orangnya macam tak betul sikit, ada bisikkan halus *cewah yang kata kononnya dia mabuk. Tengok dari fizikal macam betul yang dia mabuk, mata pun merah, dah tu suaranya yang besar dan garau kadang2 buat aku takut.

Nak dijadikan cerita, waktu aku tengah sibuk dok tekan2 komputer untuk buat bil, aku perasan dia asyik perhatikan aku dan kawan sekerja aku, Ejum yang kebetulan ada disebelah aku. Waktu itu kami duduk berhadapan. Punyalah tak selesa aku, rasa macam nak sembunyikan muka macam gambar profil aku tu ha.. Kalau dia memang nak bandingkan aku dengan Ejum aku memang serenderlah. Tyme tu aku buat kerja sepantas yang boleh sebab tak selesa keadaan seperti itu.

Tapi, bila aku terpandang dia yang kebetullan pandang aku tyme tu, dia terus cakap macam nie >>>
Him : (sambil tangannya tunjuk aku) Ko nie banyak fikir bah kan? Banyak ko fikir kan??
Me : @_@ Hah?! How u know??
Him : I know lah, thats what i see.. Dont think to much.
Me : ...(wordless)..

Kemudian Anna pulak datang dekat kami, dia ada cakap lagi..

Him : Tapi dalam kamu 3 orang nie kau yang akan/boleh kaya *tak pasti yang mana 1 ayatnya.Me : wah !! ahahaha ... (biar betul)

Kami betiga hanya mampu ketawa. Aku yang kebingungan hanya ketawa setakat mana yang boleh.
Memang betul pun aku nie kuat berfikir. Entah apa saja yang aku fikirkan. Sampaikan aku boleh jadi migrain fikir benda2 nie. 

Tapi, yang dia kata aku akan jadi kaya tu memang aku musykillah sikit. Tak dapat dipercayai.
Kalau betullah kan kata2nya tu, maybe tercapailah impianku untuk kahwin dengan anak raja, waakaka.. *angan2 minah jenin nie.

Hmm.. sampai sekarang aku teringat kata2 orang tu, aku bingung nie takkanlah ketara sangat kalau aku nie jenis yang kuat berfikir?! Sesuailahkan doodle tu dengan kejadian aku hari nie..
Hahaha.. macam2lah kejadian yang jadi.

Apa2 pun, Hadapi dengan Senyuman ^.^


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Contest Header Cute & Awesome -:by Miss Opsspocot !

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Yuhu.. Kali nie nak join contest pasal header lagi. Manalah tahu boleh menang macam hari tu, InsyaAllah..

Kepada siapa2 yang nak join sila tekan banner untuk tahu syarat2 contest nie.

Tarikh tutup tak pasti pulak, kita tunggu owner blog buat pengumumanlah.


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tuesday, 10 July 2012

Cara-cara Mengurangkan Sakit Senggugut

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Hai para wanita sekalian. Setiap bulan mesti kita akan mengalami detik2 kesakitan yang disebabkan oleh kedatangan tetamu yang tak diundang (period).*ayat bertabur!! tapi tak semualah para wanita yang mengalami benda nie. Macam aku tak pernahlah kena teruk sangat, syukur sangat2.

Untuk mengelakkan kesakitan memang tak adalah caranya, tapi untuk kurangkan anda boleh mengambil panadol menstrual yang berwarna merah jambu itu tak pun anda boleh mencuba petua ni, InsayAllah berkesan..

Petua 1 :
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 :
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 :
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 :
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 :
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 :
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Namun begitu petua ini masih dipersoalkan memandangkan doktor berpesan supaya pengidap senggugut mengelakkan minum teh dan lain- lain minuman yang sejuk sifatnya.

Petua 7 :
Tuam bahagian sakit dengan tuala panas. Anda boleh memanaskan tuala itu dengan seterika, atau dengan air suam. Tuala juga boleh digantikan dengan botol air berisi air suam. Perlu diingat, air tuaman itu tidak boleh diminum.

Petua 8 :
Bagi orang yang kadang- kadang mengidap sakit senggugut, kadang- kadang tidak, ini berkaitan dengan perubahaan rutin. Jika anda seorang yang aktif atau bekerja keras, senggugut tidak pernah menyakitkan. Bagi mereka yang banyak rehat dan kurang cergas, bisa sakit sengugut itu akan lebih terasa.

Petua 9 :
Mungkin ada yang lebih suka pil panadol menstrual kerana ia lebih mudah didapati di mana- mana berbanding herba yang jarang- jarang terjual. Anda boleh mencuba satu lagi cara semulajadi, iaitu tidur. Selepas bangun, sakit senggugut itu akan berkurang atau sama sekali hilang. Namu perlu diingat, tidur di tempat dan pada masa yang sesuai sahaja.



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Segmen: JOM TAMBAH FOLLOWER by SANDRA

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Buat entry laju2 kali nie..
So pada siapa nak join klik banner ye??
SEE YOU SOON ..



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday, 9 July 2012

Migrain oh Migrain !!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Uh !! Inilah sakit yang sudah sebati dalam diriku. Tak pernah ada tanda2 akan menghilang, sampai ke tua agaknya aku bawa sakit nie bersama, uhu..*nauzubillah !!

Bila2 masa saja dia nie akan datang, tanpa diundang. Kalau keadaan cuaca yang berubah2 disitulah munculnya sakit nie. Kalau aku terlalu aktif pun tak boleh jugak. Terbatas sungguh aktiviku, mahu rasa keseronokkan yang berganda2 langsung tak boleh.*lemahnya aku kan? :(

Kalau aku terlalu banyak fikir pun dia nie akan datang jugak, aku tak boleh stress. Kalau dah stress memang macam nak pecah kepala nie. Kadang2 makan panadol pun tak mampan. Tapi my mom tak bagi sangat makan panadol, coz dah ada kesan sampingan obat tu dengan aku. 

Sejak kebelakangan nie selalulah aku kena migrain nie. Maybe sebab aku terlalu banyak fikir. Aku pun tak pasti apa sebenarnya yang aku selalu fikirkan. Kejamlah aku nie, menyiksa otakku berfikir benda yang tak penting. Kalau dulu ada tempat nak mangadu masalah and minta nasihat, tapi sekarang ~ ~ ~ T.T

Aku tak mahu pikir benda yang tak penting nie, tapi apakan daya fikiranku mengatasi kemahuanku.*cewwah!! Aigoo.. i've no idea what to do..




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday, 8 July 2012

Nasi @ Nasi Goreng Gondrong :)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Hola fellas ..
Mesti kamu semua kurang paham pasal tajuk entry aku kali nie. Pelikkan bunyinya?? Ganas kan?! Tapi itulah nama makanan yang ada dekat Tawau nie. Ada lagi banyak nama makanan yang pelik2 di sini, Nasi Gondrong nie salah satu daripadanya. Tapi semuanya sedap dimakan*itu yang penting!!..

Tadi aku keluar hangout dengan besties aku, Ira, Leesa, Bida, Tika and Lyza. Biasalah, hujung minggu kan?hee.. Seronok jugak kalau sekali-sekala kuar jalan2 nie. Hilang semua tension bila kuar dengan kawan2. Terlepas rindu dalam jiwa dan raga nie*ececeh, jiwang siot!!..

So bila jalan2 nie mesti perut lapar kan? Sepanjang perjalanan tu aku asyik teringat dengan makanan tu*gila bayang. Kawan2 asyik tegur, mereka kata "jangan asyik ingat kang kau kempunan jatuh tersungkur nanti, nasi gondrong tu tak dapat masuk perutmu, ahaha.."

Dalam bugis, gondrong nie bermaksud berambut panjang untuk lelaki sahaja*lebih kuranglah, hee.. Bila kita nampak lelaki yang berambut panjang mesti banyak persepsi kita terhadap mereka. Mesti kita tengok mereka nie seorang yang ganas, takpun seorang yang rockers, kan? Takkanlah makanan tu seganas dan serockers meraka? ahaha.. A big NO for that!!

Tapikan, sebenarnya makanan tu cuma nasi dan ayam panggang masak kicap. Kenapa dinamakan sedemikian rupa aku pun tak pasti. Nak dikata tukang masaknya seorang lelaki gondrong tak jugak, hmm.. Entahlah, tapi memang sedap dimakan, yummmyy !!*laparlah pulak


p/s: kalau kuar jalan lagi aku nak order lagilah, hehe..








♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday, 7 July 2012

7# Wordless Sunday (Penilaian Kita)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


notakaki : terimalah pasangan atau kawan kita dengan seadanya :)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Lyana's Studio First Giveaway

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Hye peeps ..
Jom ramai2 join GA nie..
Klik banner untuk pergi ke owner GA ye??

               http://akmaluv90.blogspot.com/



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday, 6 July 2012

Bloglist Ramadhan bersama Aisyah Humaira'

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Tinggal seminggu lebih lagi kita umat islam akan menyambut bulan Ramadhan. So join bloglist Nierah nie sangatlah tepat. Boleh berpuasa bersama rakan2 blogger.

 Kelebihan Bulan Ramadhan nie sangatlah banyak. Tapi Nierah minta 3 je..
1. Pahala dan Amalan kita akan digandakan
2. Nikmat selepas berbuka puasa sangatlah menyeronokkan
3. Dengan puasa kita boleh menurunkan berat badan :)

Wassalam ..



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim .. Aku join GA nie..
Peluang untuk menag GA nie memang tipis, tapi tak apa yang penting GA nie memang best.
Kalau nak join jugak klik banner ya??

Aku nak hadiah kamera tu.. :)

Tarikh tutup : 12 Ogos 2012

                     http://hanawonnie.blogspot.com/
                     http://siamoycincai.blogspot.com/







♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday, 5 July 2012

Tukar baju (lagi)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Aloha.. 
Sekali lagi aku buat perubahan kecil untuk blog kesayangan aku nie.

Aku dah tukar background, sebab background yang hari tu aku rasa over sangat. So aku tak mahu lah sakitkan mata rakan yang lain aku tukar kepada background yang agak simple. Warnanya pun taklah menyala sangat kan?

Header pun aku dah tukar. Aku nie cepat bosan so bila selalu nampak header tu rasa gatal saja tangan nie mahu tukar yang lain. Aku masih lagi guna doodle yang hari tu, doodle nie aku ambik dari Apit. Aku suka doodle tu, sweet sangat, macam aku, haha..*perasanlah pulak

So harap aku tak cepat bosan dengan muka baru blog aku nie, hee..
Adios !!

To reminder ;


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday, 4 July 2012

Durian dalam durian?!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Pernah tengok tak durian dalam durian?? Kalau aku memang confirmlah tak pernah, coz nak dekat apatah lagi nak makan buah tu aku sungguh tak suka. Sebelah mata pun aku tak ada selera nak pandang (ceh! berlagaklah pulak). Serious!! aku memang tak suka. Kalau dah terhidu baunya, rasa macam nak muntah, tak tahan, sakit kepala. Aigoo, punyalah teruk, hehe..

Pelikkan gambar tu? Aku tak pastilah kalau kejadian seperti di dalam gambar tu memang wujud ataupun photo editing mata-mata. Sekarang nie kan dah banyak sofware2 canggih untuk edit2 gambar. Semunya terpulang kepakaran tukang edit gambar tu nak edit camna.

Tapi dalam dunia nie tiada yang mustahil. Mungkin jugak wujud kejadian macam nie. Allah maha Berkuasa. Dia boleh mencipata sesuatu tanpa kita terduga yang kadang2 tak tercapai dek akal.

Aku terjumpa pic nie dekat wall rakan mukabuku aku. So kesahihannya aku tak dapat nak pastikan, terpulang kepada individu nak percaya atau tidak..

p/s : AKU TAK SUKA DURIAN .. :)









♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

#6 Wordless Wednesday (Hanya Tuhan yg Tahu)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday, 1 July 2012

5# Wordless Monday

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


notakaki : its so TRUEE!!


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Doodle Cute Love Story : WAN HAZEL

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

 
Awak online tapi saya takut nak tegur


 
Bila awak balas komen saya, Saya rasa happy sangat


 
Saya takut sangat kalau awak dah ada pasangan hidup


 
Apa pun saya doakan awak bahagia


 
Awak taw tak ? Saya suka awak dari dulu lagi..Lama dah


 
Hahaha .. Saya takut nak luahhkan .. betul ..Saya takut


 
Kalau saya luah guna doodle nie..Boleh tak?..Romantik tak?


 
AWAK SAYA SUKA AWAK..BETUL..Awak suka saya tak?


 
...


 
Ya Allah jika benar dia jodohku dekatkanlah hatiku dengan hatinya, jika tak jauhkanlah hatiku dengan hatinya.Amin :)


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Aminnn..



kredit to : WAN HAZEL 


p/s : Sorry WAN HAZEL, kita copy entry kamu. Coz nak share dekat fb tak tahu pulak caranya.. Thumbs up for you :)

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥