Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v
Annyeong haseyo ! Aha.. berlagak nak cakap korea la pulak, huhu..
Comel tak doodle dekat atas tu? Ha.. tu hasil contengan yang kreatif dari Apit. Credit to Him :).. Tapi sebenarnya aku bukannya nak cerita pasal doodle tu pun. Aku cuma nak share apa yang terjadi dekat tempat kerja yang ada kena mengena dengan doodle nie.
Tadi ada seorang customer nie, orangnya agak "sihat"lah jugak. Aku tak pastilah dia orang Pakistan atau Indian, tapi dia boleh bercakap dalam bahasa mandrin. Kagum jugaklah kami sekejap. Tapi orangnya macam tak betul sikit, ada bisikkan halus *cewah yang kata kononnya dia mabuk. Tengok dari fizikal macam betul yang dia mabuk, mata pun merah, dah tu suaranya yang besar dan garau kadang2 buat aku takut.
Nak dijadikan cerita, waktu aku tengah sibuk dok tekan2 komputer untuk buat bil, aku perasan dia asyik perhatikan aku dan kawan sekerja aku, Ejum yang kebetulan ada disebelah aku. Waktu itu kami duduk berhadapan. Punyalah tak selesa aku, rasa macam nak sembunyikan muka macam gambar profil aku tu ha.. Kalau dia memang nak bandingkan aku dengan Ejum aku memang serenderlah. Tyme tu aku buat kerja sepantas yang boleh sebab tak selesa keadaan seperti itu.
Tapi, bila aku terpandang dia yang kebetullan pandang aku tyme tu, dia terus cakap macam nie >>>
Him : (sambil tangannya tunjuk aku) Ko nie banyak fikir bah kan? Banyak ko fikir kan??
Me : @_@ Hah?! How u know??
Him : I know lah, thats what i see.. Dont think to much.
Me : ...(wordless)..
Kemudian Anna pulak datang dekat kami, dia ada cakap lagi..
Him : Tapi dalam kamu 3 orang nie kau yang akan/boleh kaya *tak pasti yang mana 1 ayatnya.Me : wah !! ahahaha ... (biar betul)
Kami betiga hanya mampu ketawa. Aku yang kebingungan hanya ketawa setakat mana yang boleh.
Memang betul pun aku nie kuat berfikir. Entah apa saja yang aku fikirkan. Sampaikan aku boleh jadi migrain fikir benda2 nie.
Tapi, yang dia kata aku akan jadi kaya tu memang aku musykillah sikit. Tak dapat dipercayai.
Kalau betullah kan kata2nya tu, maybe tercapailah impianku untuk kahwin dengan anak raja, waakaka.. *angan2 minah jenin nie.
Hmm.. sampai sekarang aku teringat kata2 orang tu, aku bingung nie takkanlah ketara sangat kalau aku nie jenis yang kuat berfikir?! Sesuailahkan doodle tu dengan kejadian aku hari nie..
Hahaha.. macam2lah kejadian yang jadi.
Apa2 pun, Hadapi dengan Senyuman ^.^
orang too cam ahli sihir dlm citer
ReplyDeletecartoon jew.. hehehe
itulah pasal.. dah macam watak org yang besar dalam harry potter (dah lupa namanya)
Deletehehehehe..tiba2 tjuga tu urang..haha..follo kamu dik..kita sama2 sabahan :)
ReplyDeletesama lah..kuat berfikir..ahakz
ReplyDelete