Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Tuesday, 17 July 2012

Khunsa? Apa tuuuu ?!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi(^.^)v


Elow fellas ... 

Tadi, bila dah siap semua kerja nie aku terus buka lappy, konon nak tengoklah stail fasion tudung yang terbaru. Aku tanyalah dengan uncle Google nie, tapi semua site yang di bagi dekat ping busuk. So aku cari jelah dekat situ. Aku bw semua blog yang berkenaan. Hinggalah sampai satu blog nie, aku terjumpa pasal khunsa

Mungkin ada yang belum tahu pasal nie. Aku sebenarnya dah tahu lama dah, cuma gambaran sebenarnya belum aku kenal pasti lagi. Dalam blog tu adalah gambarannya, cuma aku tak mahulah letak dekat blog aku kang kontrovesi pulak, nanati tak pasal2 aku kena spam. Walaupun untuk pengetahuan, tapi gambar tu still 18sx, so tak berani aku nak letak dekat sini cukuplah peneranganya saja eh?1

+ Secara fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

+ Dari segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.

Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.

+ Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.


"La Hawla Wa La Quwwata illa Billah"








♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

3 comments:

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019