Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Tuesday, 16 February 2016

Episode Terakhir Song Ilkook dan Si Tiga Kembar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Moshi-moshi (^.^)v


14 Febuari 2016 bersamaan hari ahad yang lalu merupakan episod terakhir untuk Song Ilkook dan 3 orang anak kembarnya dalam The Superman Return. Ececeh! Macam membaca berita pulaknya, hee..

Siapa minat dan selalu tengok cerita ni kita geng, hee. Tiap ahad memang kebiasanya aku duduk rumah je, maklum anak dara pingitan (ceh!), aku akan tunggu cerita ni. Sebab aku suka tengok telatah anak² orang korea dalam tu, terutama sekali kembar tiga tu la, anak² kepada pelakon Song Iikook.


Memang sebelum ni aku ada dengar ura² yang mereka dah shoot untuk footage terakhir diaorang, sedih memanglah sebab lepas ni dah tak dapat nak tengok telatah mereka, Daehan yang bijak,  Minguk yang nakal dan Manse yang manja.

Masa awal² rancangan ni, kembar tiga tu belum pandai cakap lagi comel je dorang. Bila dah pandai cakap memang bising, sampai aku bayangkan kalau aku ditempat Song ilkook memang penat nak layan karenah mereka bertiga. Aku salute dengan cara beliau besarkan dan layan anak-anaknya dengan sabar dan berdisiplin.


Orang kata, kalau nak besarkan anak² kembar ni agak susah sebab kadang sukar kita mahu bagikan kasih sayang yang sama rata. Tapi bila tengok cara Song Ilkook memang buat aku kagum. Dapat pulak beliau berikan kasih sayang sama rata untuk ketiga-tiga kembarnya. 

Neway, semoga sukses untuk Song Ilkook dalam bidang lakonannya, dan untuk Daehan, Minguk dan Manse semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik. We love u, muah cikiddd..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday, 1 February 2016

MALASssssss!!!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Moshi-moshi (^.^)v


Lama dah aku tak melawat dan kacau blog aku ni. Entahlah kenapa penyakit malas aku ni datang menyerang lagi. Aku palinglah tak suka bila penyakit malas nak update blog ni datang, nanti macam hari tu, sampai bertahun-tahun lamanya penyakit malas update blog aku bersarang dalam badan, last² sampai aku terlupa kata laluan blog aku, Padan muka aku!!

Harap² penyakit ni janganlah berpanjangan. Get well soon Beby..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday, 15 January 2016

Hadiah² GiveAway Sudah Sampai ^.^

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Moshi-moshi (^.^)v

Alhamdulillah, akhirnya hadiah yang aku tunggu² dah sampai dalam gengamanku (cewah). Seronok sangat rasanya. Hadiah² ni datang serentak pada hari sama,so disebabkan kerajinan yang aku miliki aku buat keputusan yang bijak aku update sekali dalam satu entry. Rajin tak kitew? hee.. 

Hari tu aku ada buat entry pasal aku menang GA kan? Haa.. Inilah hadiahnya.. Cantikkan? Terima kasih sis Sabrina dan flowery.dot.


Then tanpa aku sedari aku menang satu lagi GA. Nasib baiklah aku cepat perasan yang aku menang, then tanpa membuang masa aku cepat-cepatlah respond sebab sis Amy dah bagi warning siapa yang belum respond sebelum deadline yang beliau tentukan kira hadiahnya hangus dan beliau akan buat cabutan semula.


Sebenarnya aku tak tahu pun apa function hadiah ni, aku belum buka pun plastiknya. Tapi dari pengamatanku macam sebuah kotak (dah namanya Kotak Tjena, ish apalah aku ni!). Tapi macam kotak serba guna je ni (maaf kalau salah). Yang bestnya ada 1 lagi hadiah misteri yang sis Amy bagi. Neway, thanks a lot sis.

Oleh sebab aku dah menang dan dapat hadiah macam ni, buat aku bersemangat nak try semua GA² yang ada, manalah tahu ada rezeki lagi.




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday, 13 January 2016

Segmen Blogwalking | Yaya Cendana

Moshi-moshi (^.^)v


Meh la kita join reramai. Klik banner ya..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tuesday, 12 January 2016

Maksud "H" di Setiap Kad Pengenalan Rakyat Negara Sabah dan 'k' untuk Negara Sarawak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Moshi-moshi (^.^)v


Seperti yang kita maklum generasi baru Sabah dan Sarawak sering berbangga dengan kod masing-masing (yeke?!) . Iaitu 12 & 49 untuk negara Sabah, dan 13 & 52 untuk negara Sarawak seperti yang tertera di dalam IC. Yang memberi makna mereka adalah anak jati Sabah/Sarawak.

Namun anda harus ingat, tidak semestinya kod 12/49/13/52 itu bermakna anda anak jati Sabah dan Sarawak. Realitinya kod 12/13 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod "H" & "K".

Malahan kod '12' & '13' sebenarnya mengiktiraf bahawa Sabah adalah negeri yg ke-12 dan Sarawak negeri yg ke-13 di dalam Malaysia. Sedangkan status sebenar Sabah & Sarawak ialah Negara di dalam Malaysia sama seperti UK yang terdiri daripada 4 buah negara iaitu England, Scotland, Wales & Northen Ireland. Ini juga turut dijelaskan oleh Tunku Abdul Rahman sendiri mengenai 'equal status Sabah Sarawak dengan Malaya' ketika dalam perbahasan parlimen 28 April 1962.

Berbalik pada info 'H' & 'K' tadi, Kod H & K terletak paling bawah di sebelah kanan ic. Mungkin ada diantara anda tidak menyedarinya, kerana kod H/K ini kelihatan kecil.

Persoalannya adalah mudah, jika anda ada kod 12/49/13/52 tertera di dalam ic tetapi tidak mempunyai kod H atau K, maka anda bukanlah anak jati Sabah/Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Kod K adalah salah satu keistimewaan orang Sarawak, sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H.

Dengan Kod H/K bermakna Sabah/Sarawak adalah sebuah Wilayah atau Negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.

Untuk makluman lagi, bukan semua orang yang dilahirkan di Sabah/Sarawak diberi kod H/K. Kod H/K hanya akan akan diberi jika seseorang lahir di Sabah/Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sabah/Sarawak dan jika seseorang itu lahir d Sabah/sarawak tetapi kedua dua ibu bapa bukan orang Sabah/sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod H/K.

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak mengambil endah kod H/K tersebut, tetapi harus diingat kod H & K adalah harta paling bernilai di Sabah Sarawak. Tanpa kod K, anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak.

Kalau tidak percaya sila tanya yang lebih arif lagi iaitu mereka-mereka yang bekerja dengan JPN dan Imigresen.

Sekian terima kasih.

Negara Sabah: Malangnya, di Sabah sekarang ni warga pakistan yang langsung tidak tahu cakap bahasa Malaysia / Sabah pun sudah punya mykad yg ada tand 'H'...



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

SELAMAT ULANG TAHUN BLOGKU SAYANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Moshi-moshi (^.^)v


Alhamdulillah, tak sedar masa berlalu sudah 4 tahun aku jadi seorang blogger walaupun tak tegar sangat dan tak hebat sangat macam blogger² yang lain tapi masih boleh digelar blogger jugak kan? Boleh ke tak? Ala, bolehlah kan?hee..

Sebenarnya aku dah lupa dah bila aku mula terjebak dengan dunia blogging ni, nasib baiklah aku letak daisypath dekat blog ni so bolehlah bantu aku ingat. Terima kasih banyaklah kepada yang bertanggungjawab mencipta daisypath, its owsome and really helpful..


Selama 4 tahun ni aku pun tahu apa sajalah yang aku merepek dekat blog ni. Aku bersyukur dan terharu sangat ada jugak rakan blogger yang sudi follow aku, terima kasih banyak semua..

Aku kadang kesian jugak dengan blog aku, entah apalah salah dia sampai jumpa tuan pemalas macam aku ni. Aku pernah tinggalkan blog aku ni bertahun-tahun lamanya tanpa sembarang entry, lawat lagilah tak pernah. Kalaulah blog aku ni ada perasaan mesti dia dalam keadaan kensunyian dan kemurungan (hebatnya imaginasiku, hehe).

Semoga blog aku ni aku bertahan sampai tahun² yang berikutnya dan semoga aku tak kekurangan idea dan sentiasa ada kerajinan untuk mengupdate blog aku. Dan semoga aku takkan pernah bosan berblogging, kalau boleh blog ini diwarisi oleh anak² aku okey jugak tu. Belum pernah lagi orang mewariskan blog untuk anak² selain harta kan? So biarlah aku jadi orang yang pertama buat cengitu, hahaha (merepek jeeee) 

p/s : selamat ulang tahun blog.. sayang awak.. muah cikid ..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday, 9 January 2016

Deman Dilwale

Assalamualaikum..

Moshi-moshi (^.^)v


Siapa dah tengok cerita ni? Best sangat ke? Apa yang bestnya? Sana sini orang tengah cerita pasal filem ni, di facebook, twitter (aku takde twitter, tapi nak mention jugak), wechat dan semualah media sosial. Ini yang buat aku geram sangat ni. 

Yang aku tahu cerita ni digembar-gemburkan sebab Kajol dengan SRK berlakon semula setelah sekian lama tak berlakon bersama, kalau tak silap last KKKG (Khabi Kushi Khabi Gham) itupun kalau tak silaplah, maaf kalau salah. Dan di filem ini juga terserlah kejelitaan Kajol yang semkin lama semakin cantik.

Makin cantik dan putih kan? Minum Qu puteh kot, hehe..
Aku ni salah seorang peminat filem Hindustan jugak tau, sebabi tulah hatiku ni meronta-ronta nak tahu jalan cerita dan tengok filem ni. Dengar lagu² dia pun boleh tahan makinlah buat aku tak tahan hati nak sangat tengok. Tapi dekat mana?

Orang kata dah boleh tengok online, tapi aku kerjalah mana ada masa nak tengok, lappy aku pulak masuk sepital entah bila gammaknya nak sihat, hmm.. Tengok dekat cinema? Jangan haraplah! Aku bukan nak memburukkan cinema di tempat sendiri tapi dah cerita betul.
Dekat tempat aku ni hanya ada satu saja cinema, maklumlah bandar kecil saja. Then yang paling tak tahan, dorang hanya tayangkan movie box office cerita Hollywood tak pun cerita Cina. Ada jugaklah cerita melayu, tapi cerita yang hanya dperkatakan kononnya hebat, walhal hampeh.. Maaf bukan nak burukkan filem kita. Tapi filem melayu yang blockbuster macam Polis Evo baru² ni, tak ada pulak. Pelikkan? Aku pun tahulah macam mana pemilihan filem cinema ni.

Aku nak sangat tengok Dilwale ni, aduh! Nak sangat ni.. Jom kita buang masa dengar lagu Dilwale yang selalu terngiang-ngiang difikiranku.




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday, 8 January 2016

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum

Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)
UPDATED !

Hari tu terlupa nak wish untuk birtday Yan kan? So aku update baliklah..

Walaupun ucapan aku ni klise dan biasa² saja, tapi ikhlas ni dari lubuk hati yang paling dalam  ni (cewah). Mungkin ada rakan blogger yang lain lagi kreatif dari aku, so best of luck everbody..

Selamat Hari Jadi semoga dengan bertambahnya usia Yan, semakin sukses jugak dalam kehidupan seharian. Sentiasalah perbaiki diri menjadi seorang insan dan anak yang baik. May ALLAH bless you always dear..



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-seikian-






♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday, 7 January 2016

LIRIK : Jessie J-Nobody's Perfect




When I'm nervous I have this thing, yeah, I talk too much
Sometimes I just can't shut the hell up
It's like I need to tell someone, anyone who'll listen
And that's where I seem to fuck up

Yeah, I forget about the consequences
For a minute there I lose my senses
And in the heat of the moment my mouth starts going
The words start flowing, oh

But I never meant to hurt you
I know it's time that I learnt to
Treat the people I love like I wanna be loved
This is a lesson learnt

I hate that I let you down
And I feel so bad about it
I guess karma comes back around
'Cause now I'm the one that's hurting, yeah
And I hate that I made you think
That the trust we have is broken
Don't tell me you can't forgive me
'Cause nobody's perfect
No, no, no, no, no, no, no, nobody's perfect, no

If I could turn back the hands of time
I swear I never would have crossed that line
I should have kept it between us
But, no, I went and told the whole world how I'm feeling, oh

So I sit and I realize
With these tears falling from my eyes
I gotta change if I wanna keep you forever
I promise that I'm gonna try

But I never meant to hurt you
I know it's time that I learnt to
Treat the people I love like I wanna be loved
This is a lesson learnt

I hate that I let you down
And I feel so bad about it
I guess karma comes back around
'Cause now I'm the one that's hurting, yeah
And I hate that I made you think
That the trust we have is broken
So don't tell me you can't forgive me
'Cause nobody's perfect
No, no, no, no, no, no, no, nobody's perfect

I'm not a saint, no, not at all, but what I did, it wasn't cool
But I swear that I'll never do that again to you, oh
I'm not a saint, no, not at all, but what I did, it wasn't cool
But I swear that I'll never do that again to you, yeah

I hate that I let you down
And I feel so bad about it
I guess karma comes back around
'Cause now I'm the one that's hurting, yeah
And I hate that I made you think
That the trust we have is broken
So don't tell me you can't forgive me
'Cause nobody's perfect, no

I hate that I let you down
And I feel so bad about it
I guess karma comes back around
'Cause now I'm the one that's hurting, yeah
And I hate that I made you think
That the trust we have is broken
Don't tell me you can't forgive me
'Cause nobody's perfect, yeah, yeah, whoa

Don't tell me, don't tell
Don't tell me you can't forgive me
No, no, no, no
'Cause nobody's perfect, no



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tuesday, 5 January 2016

27 # Wordless Wednesday : ONE SIDED LOVE

Assalamualaikum..

Moshi-moshi (^.^)v



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday, 3 January 2016

SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com

Moshi-moshi (^.^)v


Nak join Segmen ni ? 50 blogger yang terawal dan mengikut kesemua syarat akan terpilih ! First come . First serve ! :D

Caranya mudah sahaja !

SYARAT WAJIB

1. Buat SATU entri bertajuk --->  SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com
2 . Kemudian , ikut step seterusnya di blog Lyssa ye ----> http://www.lyssasecret.com/


**Boleh tambah ayat korang sendiri mengikut kreativiti masing-masing**

-Siapa tak mahu masuk bloglist Lysa wei?! Aku dah lama follow Lysa ni sebab banyak tutorial yang berguna untuk cantikkan blog aku yang tak boleh nak cantik² ni, bukan salah tutorial tapi salah aku yang tak pandai guna, hehe..

-Dan lagi aku dah lama dah letak blog Lysa dekat bloglist aku. For me, she's my mentor dalam berblogging ni. Nampak tak kat sebelah kiri (jika berhadapan dengan pc/laptop/hp) siap dengan banner Lysa lagi. So kalau nak ikut syarat² yang lain aku memang dah pas dah (ceh, cakap besar! maafkan saya).
♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday, 1 January 2016

Segmen Awak Orang Mana?

Moshi-moshi (^.^)v



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ini adalah segmen pertama yang aku join untuk tahun ini. Jom kita ramai² join sekaki juga. Klik banner yang comel tu ye sayang²ku, hee..

Aku ni asal Tawau Sabah. Tak banyak sangat tempat menarik dekat Tawau ni, tapi makanannya banyak sangat yang menarik dan sedap² belaka, sampai nak cerita pun tak larat (maka malas).

Oleh sebab aku ni tak suka dan annoying sangat dengan warna kuning jadi aku nak warna yellow, haha.. Ikut suka sislah warna yellow yang mana satu yang penting tak menyakitkan mata yang memandang. Maaf sis aku tak pandai tengok kod² warna ni tu yang minta jasa baik sis tolong pilih warna. Maaf ye agak menyusahkan.


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥