Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Saturday, 9 January 2016

Deman Dilwale

Assalamualaikum..

Moshi-moshi (^.^)v


Siapa dah tengok cerita ni? Best sangat ke? Apa yang bestnya? Sana sini orang tengah cerita pasal filem ni, di facebook, twitter (aku takde twitter, tapi nak mention jugak), wechat dan semualah media sosial. Ini yang buat aku geram sangat ni. 

Yang aku tahu cerita ni digembar-gemburkan sebab Kajol dengan SRK berlakon semula setelah sekian lama tak berlakon bersama, kalau tak silap last KKKG (Khabi Kushi Khabi Gham) itupun kalau tak silaplah, maaf kalau salah. Dan di filem ini juga terserlah kejelitaan Kajol yang semkin lama semakin cantik.

Makin cantik dan putih kan? Minum Qu puteh kot, hehe..
Aku ni salah seorang peminat filem Hindustan jugak tau, sebabi tulah hatiku ni meronta-ronta nak tahu jalan cerita dan tengok filem ni. Dengar lagu² dia pun boleh tahan makinlah buat aku tak tahan hati nak sangat tengok. Tapi dekat mana?

Orang kata dah boleh tengok online, tapi aku kerjalah mana ada masa nak tengok, lappy aku pulak masuk sepital entah bila gammaknya nak sihat, hmm.. Tengok dekat cinema? Jangan haraplah! Aku bukan nak memburukkan cinema di tempat sendiri tapi dah cerita betul.
Dekat tempat aku ni hanya ada satu saja cinema, maklumlah bandar kecil saja. Then yang paling tak tahan, dorang hanya tayangkan movie box office cerita Hollywood tak pun cerita Cina. Ada jugaklah cerita melayu, tapi cerita yang hanya dperkatakan kononnya hebat, walhal hampeh.. Maaf bukan nak burukkan filem kita. Tapi filem melayu yang blockbuster macam Polis Evo baru² ni, tak ada pulak. Pelikkan? Aku pun tahulah macam mana pemilihan filem cinema ni.

Aku nak sangat tengok Dilwale ni, aduh! Nak sangat ni.. Jom kita buang masa dengar lagu Dilwale yang selalu terngiang-ngiang difikiranku.




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

1 comment:

  1. Salam. done follow sini. jemput join ^_^

    http://www.yayacendana.com/2016/01/segmen-blogwalking-yaya-cendana.html?m=0/

    ReplyDelete