Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Tuesday, 12 January 2016

Maksud "H" di Setiap Kad Pengenalan Rakyat Negara Sabah dan 'k' untuk Negara Sarawak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Moshi-moshi (^.^)v


Seperti yang kita maklum generasi baru Sabah dan Sarawak sering berbangga dengan kod masing-masing (yeke?!) . Iaitu 12 & 49 untuk negari Sabah, dan 13 & 52 untuk negari Sarawak seperti yang tertera di dalam IC. Yang memberi makna mereka adalah anak jati Sabah/Sarawak.

Namun anda harus ingat, tidak semestinya kod 12/49/13/52 itu bermakna anda anak jati Sabah dan Sarawak. Realitinya kod 12/13 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod "H" & "K".

Malahan kod '12' & '13' sebenarnya mengiktiraf bahawa Sabah adalah negeri yg ke-12 dan Sarawak negeri yg ke-13 di dalam Malaysia. Sedangkan status sebenar Sabah & Sarawak ialah Negara di dalam Malaysia sama seperti UK yang terdiri daripada 4 buah negara iaitu England, Scotland, Wales & Northen Ireland. Ini juga turut dijelaskan oleh Tunku Abdul Rahman sendiri mengenai 'equal status Sabah Sarawak dengan Malaya' ketika dalam perbahasan parlimen 28 April 1962.

Berbalik pada info 'H' & 'K' tadi, Kod H & K terletak paling bawah di sebelah kanan ic. Mungkin ada diantara anda tidak menyedarinya, kerana kod H/K ini kelihatan kecil.

Persoalannya adalah mudah, jika anda ada kod 12/49/13/52 tertera di dalam ic tetapi tidak mempunyai kod H atau K, maka anda bukanlah anak jati Sabah/Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Kod K adalah salah satu keistimewaan orang Sarawak, sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H.

Dengan Kod H/K bermakna Sabah/Sarawak adalah sebuah Wilayah atau Negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.

Untuk makluman lagi, bukan semua orang yang dilahirkan di Sabah/Sarawak diberi kod H/K. Kod H/K hanya akan akan diberi jika seseorang lahir di Sabah/Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sabah/Sarawak dan jika seseorang itu lahir d Sabah/sarawak tetapi kedua dua ibu bapa bukan orang Sabah/sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod H/K.

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak mengambil endah kod H/K tersebut, tetapi harus diingat kod H & K adalah harta paling bernilai di Sabah Sarawak. Tanpa kod K, anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak.

Kalau tidak percaya sila tanya yang lebih arif lagi iaitu mereka-mereka yang bekerja dengan JPN dan Imigresen.

Sekian terima kasih.

Nota kaki : Malangnya, di Sabah sekarang ni warga pakistan yang langsung tidak tahu bertutur bahasa Malaysia / Sabah pun sudah punya mykad yg ada tanda 'H'...



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

  1. tak bestnya.. kasihan sabah~ senang sja pakistan tu dapat. #proudtobesarawakian.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.. kadang rasa tak puas hati jugak. hmm..

      Delete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019