Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Thursday 20 September 2012

New Baby ^^

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Olla my fellas .. Very long tyme no see.. Rindunya .. Harap rakan2 blogger yang lain sentiasa sihat.

Akhirnya, saat yang aku impikan telah tiba. Selama nie aku terpingin sangat nak bela arnab, tapi my mom tak benarkan. Sebab beliau kata aku tak komited bila nak jaga haiwan nie ( wah !! power giler ayat mak aku nie, ahaha )

16 September 2012 bersamaan dengan hari Ahad, aku dan adik bongsu aku secara diam2 dah plan pergi beli arnab tu senyap2.

Sebenarnya dah dua kali percubaan kami untuk beli arnab tu gagal, sebabnya kami lambat datang. Arnab2 yang ada dah di booking oleh orang lain, kecewa sangat tyme tu. Kalau boleh rasa macam nak merayu je dekat mak cik tu supaya bagi kami yang beli arnab tu.

Kami beli arnab tu di Pasar Tamu Takada Tawau. Kalau orang Tawau taulah tempat tu. Pasar tu di buka pada hari Ahad sahaja. Pukul berapa start aku tak pasti tapi yang pasti sampai pukul 12:00 tengah hari sahaja.

Oleh kerana tekad dan tidak putus asa kami berdua, untuk ketiga kalinya kami pergi lagi untuk mencuba nasib. Tapi kali nie adik aku pergi sendiri sebab time tu aku dah kerja so tak dapat nak join adik aku. Dengan semangat yang berkobar2 aku kejutkan adik aku awal pagi (tyme bangun bila sekolah) kesian dia.

Bila balik dari kerja aku teramatlah happy bila adikku tunjukan arnab tu dengan aku. Bolehnya aku lupa pasal benda yang buat aku excited selama nie.


Comel je dia. Sekarang nie dia baru sebesar tapak tangan aku. Dan aku bagi nama PoOh. Itu bersempena dengan kartun yang aku minat. Nak letak spongebob takut pulak ada orang terbelit lidah nak sebut nanti kang, haha .. Lagipun aku bagi nama tu dengan harapan dia aku membesar dengan sihat macam kartun Pooh tu, tapi janganlah sampai perut boroi, hee ..

-Welcome to my life POOH-

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday 9 September 2012

Bermulanya Hari Baru

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Esok, bermulanya hari baru untuk aku. Setelah berminggu-minggu aku menjadi suri rumah sepenuh masa. Akhirnya, aku tekad akan bekerja semula di tempat kerjaku yang lama.

Tapi, aku risaulah. Tak tahu macam mana nak bagitau parents aku pasal benda nie. Mereka belum tahu lagi yang aku akan bekerja semula di situ. Aku takut nak bagitau, sebab dari cara parentsku, sepertinya mereka tidak suka aku bekerja di situ. Kata mereka jauh, makan ongkos banyak dahlah gaji ciput. Macam mana ya?!

Kawan2 aku di situ cukup gembira bila aku katakan yang aku akan berkerja bersama mereka semula. Aku pun gembira sangat2. Dengan mereka nanti aku boleh ketawa, bergurau-senda dan macam2 lagi boleh aku buat. Bestnya, hehe..

Tak sabar rasanya menunggu hari esok. Semoga esok membuka lembaran hari yang baik untuk aku. Semoga keputusan yang aku buat nie diredhai Allah. Semoga aku tak kekok nak buat kerja2 esok, hehe..
 - AMINNN-

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday 8 September 2012

17# Wordless (Petua Wajah Berseri)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Nak join?? Klik banner ye..

Beiby blogger dari Sabah. Follower setakat nie 152 orang.

Segmen Tamat : 10 September 2012, Jam 2 petang 


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday 7 September 2012

16 # Wordless Saturday (Jodoh)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

7 Rahsia cara Berjalan Wanita

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Setiap wanita mempunyai cara jalan yang tersendiri. Setiap cara berjalan tu ada rahsia dan maksud tersendiri. So marilah kita semak cara jalan kita macam mana, atau kepada si jejaka lihatlah maksud cara berjalan wanita anda. 

Peringatan : Jangan terlalu percaya ye ?

*Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

*Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan ke kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya. Namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

*Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

*Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

*Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

*Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

*Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Kredit : pen patah blogspot

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019