Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Friday 17 February 2012

Astrid – Tentang Rasa :)



Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya ..


p/s ; suka lagu nie .. aku bg untuk 'seseorang'.. 
uiikk !! 'orang' ambikla :).. (wishing u love &%@*) 


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday 16 February 2012

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012

Pada 11 bulan Februari tahun 2012, Tawau sekali lagi mengadakan acara yang terbesarnya iaitu Festival Kebudayaan Tawau yang telah berlangsung di Majlis Perbandaran Tawau. Acara itu telah disertai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah terutamanya di Tawau.. 


Ceh !! ayat tu ba, macam repoter news, ahaha .. LOL !! Lama ba uda aku mau update pasal festival tu, tapi tu la harus disedia maklum .. lp nie bukan aku jak yang pakai, adik2 aku pun mau guna jugak. so aku sebagai kakak kenalah mengalah (ngeh !! mengalah la sangat,huhu..) Tapi belum terlambat lagi kan?

Oleh kerana tempat kerjaku agak jauh dari bandar, so susah sikitlah aku dapat tau apa yang akan jadi dengan bandar tu. tapi tak tau la macam mana aku boleh tau ada acara besar malam tu, lepas tu ada Adira lagi. Wah , terus excited aku mau pegi. tahun lalu ada stacy tapi aku tak dapat tgk :( .. Sebenarnya, hampir lagi aku tak dapat pegi coz keta yang kami nak guna tak dapat nak start. Malam tu aku tumpang kawan aku, Wahyuni. Dia kan belum pro lagi bab2 keta nie. Betek jugaklah aku coz ingat tak dapat pegi, dah pakai lawa2 rugi woo tak pegi. Tapi nasiblah bapakku datang menyelamatkan keadaan. Tq pak.. I LOVE YOU :) ..

Kami sampai bandar mmg lama uda acara tu berlangsung, mmg banyak uda ketinggalan. Oleh kerana kami anak kelahiran bugis, so excited la mw tgk suku kaum sendri, terutmanya adik sepupu yunie yang kecik, syukur kami belum terlambat,hehe.. Niat hati tu mau la snap gambar2 yang best, tapi disebabkan ketiadaan alatan yang canggih and moden aku just gigit jari la tengok orang lain snap gambar sana-sini. Nasib ada page myTawau kat fb tu bolehlah aku cilok gambar2 sana,haha.. Sory admin,hehe..Tapi aku ambil sikit jak, banyak lagi gambar best2 tyme festival tu berlangsung. Pagi sebelum malam perarakan pun ada gak admin kasi masuk macam pakaian,makanan & adat suku kaum. 

jom tengok warna-warni pakaian bugis, hehe .. Mau tau?? Suku kaum bugis tahun nie merupakan peserta paling banyak untuk perarakan malam tu, diikuti oleh Arab kalau tak silap la. Tahun lalu suku Suluk yang paling banyak.
Proud 2 be bugisnese :)
ni pulak suku kaum yang lain ..



haa.. nie baru sikit, kalau mau tengok yang lain yang cantik2 juz klik link yang di atas tu. Tak pun singgah di sini Qimayblog. situ lagi lengkap penerangan pasal festival tu gambar pun banyak jugak, dari aku yang merepek entah apa2 nie,huhu ..

Lepas perarakan tu ada persembahan artis popular,huhu .. ( aku tengok artis,ahaha ) Apalagi , tanpa segan silu terus kami menyerbu pegi depan pentas . Abang RELA ?! uh !! ada ku kesssaaahh !!!oopppss excuse me :) .. Mula2 Mas (af) yang nyanyi , fuyooo.. botox tu ketara la, hee.. Tu tak seberapala, yang paling parah , punya la syok dia bangging sampaikan benda yang tak patut orang lain tengok boleh tertengok (astagafirrulaahalazim) . entahla dia sengaja atau tak . tapi dia kan ada otak mesti dia tau mana tak baik and mana yang baik. Tunggu la Melodi ahad nie, jadi kontrovesi ke tak si Mas nie.. Artis yang aku tunggu Adira,huhu.. dapat jugak aku tengok real . Putttiiihhh melepak wo Adira tu, untung Hafiz dapat dia,huhu ..

Iqa & Salma ( mentor ) pun ada . Makin kurus and cantik salma, cute ^^ .. Fourteen pun ada , aku tak la minat sangat pun , tapi layan je.. yang sedihnya Adam and group VIPnya tak sempat nyanyi , keciaann orang yang kempunan mau tengok dorang,ahaha..  Tahun depan InsyaAllah ada lg kot, tapi mungkin aku tak dapat tengok da.. Coz Yunie mungkin akan pindah kat KL ikot (bakal) suaminya. Aku maw pegi dengan siapa lg ?! :( 

nota kecil ; aarrrgghhh !! tiba2 lak blackout, tak sempat abis pun tadi. nasib boleh restore blek ,hehe..

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday 8 February 2012

Berubah ?! Bertukar ?! @_@

"Kenapa bah kau berubah kenapa bah ?!",huhu.. Mesti kamu tau lagu apa tu kan?ehe.. lama dah tak dengar lagu tu,tapi masih di ingat la juga.Aku tak la minat sangat lagu tu, tapi suka la coz rancak lagipun aku minat Stacy gak,hehe.. STOP !! Thats not the point of my story .. 


Begini ceritanya ... aku ada seorang kawan yang aku tgk dah berubah abis, tak macam yang aku kenal dulu . Maybe dia berubah lepas dia putus cinta . yaka? (ish !! apa la aku nie wat konklusi sendri, tak bek tau !! ) tapi itulah realitinya, so saaaaddd :(


Bila aku ingat tyme kami tengah hangat 'berteman' (tapi mesra) hehe,seronok sangat. Rasa macam dunia nie milik kami berdua, huhu .. (macam bercinta daa ..) . Betul!! Serius !! itu yang aku rasa dulu. To be honest, dalam kami berteman tu mmg ada feeling each other la. Aku ingatkan aku yg 'SS', tak sangka lak jadi 'HTH',huhu.. mcm mana aku tau? Dah dia yang bagitau sendiri siap ajak couple lagi. Seronok sangat tau, macam mau terbang jak rasanya tapi tak tau la kenapa aku tak boleh terima,jual mahal kan (konon).. Something wrong with me?! duh !! i dont know .. :( 


Aku cakap jugak dengan dia,biarla kita berkawan jak kalau ada jodoh ada la tu. Dia jaoh ba,jumpa pun tak pena, alam maya jak hubungkan kami.Aku tak la takut berdepan realitinya, tapi aku takut dia berdepan dengan realiti ku (err.. apa tu ?? wateva !!) Dia pun ok saq,memahami sangat,tu la aku senang dengan dia. Dia lucu, happy go lucky so tak heran la mana2 orang senang kawan dengan dia apalagi kalau girl, mudah la terpikat dengan dia tu.


Sepanjang kami berhubung di facebook and phone (sms & call) dia selalu wat aku tersenyum,ada jak modalnya buat aku ketawa & senyum..so sweett ^^ .. Hubungan kami berjalan dengan lancar, sampai la satu hari dia bertemu dengan takdirnya ( bukan jodohnya ya), kami jarang berhubung da. Dia tukar num fon, aku pulak dah jarang online fb. Ada gak dia bg num fon barunya, kami msg la mcm biasa,tapi itu la tak semesra dulu rasa kekok lak,hmm..


Tak lama lepas tu mak cik aku nak bertukar sim dengan aku, coz ada yang tak kena dengan simnya tu. so dengan hati yang berat terpaksa la aku tukar, yang tragiknya aku tak copy pun num2 dekat sim aku tu,termasuk num si dia, rosak program !!:( .. 


Kalau aku o9 fb ada gak la aku tengok2 perkembangan dia ngn gfnya. Bahagia,hmm.. Jeles?! hee.. tipu la kalau aku kata tak,perasaan menyesal tu pun ada gak menyibuk,huh!! Dekat tempat kerja aku asyik termenung kata kak Kasseq la. yaka?tak perasan pulak,haha.. And then,bila aku tersangatla jarang o9 aku tak tau la pa yg jdi dengan dorank, pastu tup2 dah break, hah?! biar betul !! punya la loving, caring & romantik aku tgk dorank tu,tapi berakhir dengan cepat lak. thats y i sad itu takdirnya,bukan jodohnya,hehe..


Aku buat dunno jak benda yang jadi dengan dorank tu,aku try la layan dia macam dulu,tapi hampeh.. Mission Failed ,hmm.. Dia mcm mau tak mau jak layan aku,kecian aku, kecik hati ku nie,kau tau kah ?! So until now on kalau aku tengok dia o9 dekat fb tu aku hanya mampu memandang. menegur?oh,lain kali la ya?haha.. Aku tengok dia semakin teruk,dressingnya pun entah apa2, caci makian pun senang2 jak dia taip.. so pity..


Kalau la boleh masa berputar balik kan bagos?haha.. Nonsense !! tak payah la masa putar balik,cukup dia jak la kembali macam dulu,kan?? itu jak.. 
-- wassalam --

nota kaki ; 'ss' = syok sendiri
'HTH' = heart to heart

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday 4 February 2012

7 Tips untuk memahami hati wanita..


Sememangnya wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu secara terus terang,mereka mahukan seorang lelaki yang lebih memahami. Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka. Jadi, setiap kata-kata mereka pasti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik kata-kata wanita?

(1) Fine!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan perkataan Fine! ? Kebiasaannya, wanita meluahkan perkataan ini kerana mahu menghentikan perdebatan yang sedang berlaku. Sebaiknya, apabila mereka sudah mengeluarkan kata-kata ini, anda perlu untuk memberikan ruang untuk mereka bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.

(2) 5 minit- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit untuk bersiap, anda perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah jam. Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita, terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang.

(3) Takda apa-apa- Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan. Lelaki seharusnya bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana cara untuk mengatasinya.

(4) Sukahatila (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan sukahatila, ia sebenarnya memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu. Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami mereka.

(5) Whatever!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakana bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”

(6) Takpe, saya ok- Apabila wanita meluahkan kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Anda seharusnya belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap hubungan anda semula.

(7) Jangan risau, saya dh agak dah- Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan dengan sikap buruk anda.

nota kaki ; aku berharap sangat dapat lelaki yg menerima aku seadanya dan sentiasa paham aku  (╯_╰)

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019