Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Thursday 16 February 2012

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012

Pada 11 bulan Februari tahun 2012, Tawau sekali lagi mengadakan acara yang terbesarnya iaitu Festival Kebudayaan Tawau yang telah berlangsung di Majlis Perbandaran Tawau. Acara itu telah disertai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah terutamanya di Tawau.. 


Ceh !! ayat tu ba, macam repoter news, ahaha .. LOL !! Lama ba uda aku mau update pasal festival tu, tapi tu la harus disedia maklum .. lp nie bukan aku jak yang pakai, adik2 aku pun mau guna jugak. so aku sebagai kakak kenalah mengalah (ngeh !! mengalah la sangat,huhu..) Tapi belum terlambat lagi kan?

Oleh kerana tempat kerjaku agak jauh dari bandar, so susah sikitlah aku dapat tau apa yang akan jadi dengan bandar tu. tapi tak tau la macam mana aku boleh tau ada acara besar malam tu, lepas tu ada Adira lagi. Wah , terus excited aku mau pegi. tahun lalu ada stacy tapi aku tak dapat tgk :( .. Sebenarnya, hampir lagi aku tak dapat pegi coz keta yang kami nak guna tak dapat nak start. Malam tu aku tumpang kawan aku, Wahyuni. Dia kan belum pro lagi bab2 keta nie. Betek jugaklah aku coz ingat tak dapat pegi, dah pakai lawa2 rugi woo tak pegi. Tapi nasiblah bapakku datang menyelamatkan keadaan. Tq pak.. I LOVE YOU :) ..

Kami sampai bandar mmg lama uda acara tu berlangsung, mmg banyak uda ketinggalan. Oleh kerana kami anak kelahiran bugis, so excited la mw tgk suku kaum sendri, terutmanya adik sepupu yunie yang kecik, syukur kami belum terlambat,hehe.. Niat hati tu mau la snap gambar2 yang best, tapi disebabkan ketiadaan alatan yang canggih and moden aku just gigit jari la tengok orang lain snap gambar sana-sini. Nasib ada page myTawau kat fb tu bolehlah aku cilok gambar2 sana,haha.. Sory admin,hehe..Tapi aku ambil sikit jak, banyak lagi gambar best2 tyme festival tu berlangsung. Pagi sebelum malam perarakan pun ada gak admin kasi masuk macam pakaian,makanan & adat suku kaum. 

jom tengok warna-warni pakaian bugis, hehe .. Mau tau?? Suku kaum bugis tahun nie merupakan peserta paling banyak untuk perarakan malam tu, diikuti oleh Arab kalau tak silap la. Tahun lalu suku Suluk yang paling banyak.
Proud 2 be bugisnese :)
ni pulak suku kaum yang lain ..



haa.. nie baru sikit, kalau mau tengok yang lain yang cantik2 juz klik link yang di atas tu. Tak pun singgah di sini Qimayblog. situ lagi lengkap penerangan pasal festival tu gambar pun banyak jugak, dari aku yang merepek entah apa2 nie,huhu ..

Lepas perarakan tu ada persembahan artis popular,huhu .. ( aku tengok artis,ahaha ) Apalagi , tanpa segan silu terus kami menyerbu pegi depan pentas . Abang RELA ?! uh !! ada ku kesssaaahh !!!oopppss excuse me :) .. Mula2 Mas (af) yang nyanyi , fuyooo.. botox tu ketara la, hee.. Tu tak seberapala, yang paling parah , punya la syok dia bangging sampaikan benda yang tak patut orang lain tengok boleh tertengok (astagafirrulaahalazim) . entahla dia sengaja atau tak . tapi dia kan ada otak mesti dia tau mana tak baik and mana yang baik. Tunggu la Melodi ahad nie, jadi kontrovesi ke tak si Mas nie.. Artis yang aku tunggu Adira,huhu.. dapat jugak aku tengok real . Putttiiihhh melepak wo Adira tu, untung Hafiz dapat dia,huhu ..

Iqa & Salma ( mentor ) pun ada . Makin kurus and cantik salma, cute ^^ .. Fourteen pun ada , aku tak la minat sangat pun , tapi layan je.. yang sedihnya Adam and group VIPnya tak sempat nyanyi , keciaann orang yang kempunan mau tengok dorang,ahaha..  Tahun depan InsyaAllah ada lg kot, tapi mungkin aku tak dapat tengok da.. Coz Yunie mungkin akan pindah kat KL ikot (bakal) suaminya. Aku maw pegi dengan siapa lg ?! :( 

nota kecil ; aarrrgghhh !! tiba2 lak blackout, tak sempat abis pun tadi. nasib boleh restore blek ,hehe..

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019