Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Tuesday 7 January 2020

Kampung People

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'

Siapa layan kampung people? Kita geng, best wey cerita tu, ada je scene yang buat kita tergelak. 

Actually , sejak aku dah tamatkan perkhidmatan astro ,aku dah jarang layan cerita melayu ni. Bukan je drama ,semua rancangan yang ada dekat tv memang aku tak tahu pun .Nasiblah sekarang ni semua dihujung jari, bukan tv je sumber infomasi, so apa yang viral and tengah hot sekarang dapatlah aku follow Kalau tak memang aku tak tahulah apa yang jadi dekat dunia ni (teruk sangat ni) 

Kalau bukan sebab kawan² aku sembang pasal kampung people ni tak adanya aku curious sangat. Dah dorang bercerita sambil tergelak tak hengat dunia, tinggal aku yang ternganga dengar story dorang sebab tu membuak² dalam diri ni nak tengok cerita tu. 

Tapi, tulah malam ni dah episod akhir dah. Ni yang aku tak puas hati ni, cerita best cam tu episod dia sikit je, ke nak ada kampung people season 2? 

Ikutakan kerajinan yang ada separuh dalam diri ini, aku cadang nak bagi masuk link kampung people kat sini ,jadi senang terus tengok tak perlu pergi youtube . Tapi kemalasan aku yang separuh ni yang buat aku hilang semangat, di tambah pulak aku update blog ni guna phone je. Tak syoklah update blog guna phone. So lepas ni memang aku akan jaranglah update blog sebab pc adik aku rosak ,laptop aku pulak dia rembat bawa pergi ke KK ,hmmm.. 

Jom kita layan Ng aka bloopers kampung people ni.. 


 






Credit : @rashidi_ishak ig
p/s : entah macam mana rupa blog aku ni. .






♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019