Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday, 30 April 2012

WAHYUNI & AKMAL NAIM =.= (seQuel)

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi (>.<)v

1 April 2012 is ... April Fool !! ahaha .. Haiya !! bukan lah ,hehe .. Itu tarikh bestie aku Yunie sanding , bukan aku nak cerita pasal april fool yang nonsense tu . Ingat tak entri ini ?? Aku pernah janji kan nak update pasal sanding dia , and now this is it  !! Sorry i take a long tyme to update , hehe .. 

Kalau bukan sebab kawan2 yang lain mendesak mahu tengok gambar2 nie , lama lagi la kot aku nak buat . Aku bukan apa selain malas, gambar2 dalam camera aku nie size dia besar ( macam lah camera canggih sangat ) , so kalau nak upload ambik masa yang agak lama la . Orang Sabah kata 'boleh bikin bacat sampai berguling-guling' ,hee ..

Oh ya .. lupa lak nak bagi tau , hari tu Majlis akad nikah Yunie dilakukan di Masjid Aman Tanjung Batu . Sanding pulak diadakan di rumah pengantin perempuan di Batu 4 , Kampung Kongsi 8 . Okey !! aku tak mau merepek banyak2 , nanti kang aku melalut yang bukan2 lagi . Biar la gambar menceritakan segalanya, huhu .. (powernya ayat !!) Just take a look .. 
Enjoyyyyyy ... >.<

1st tyme menepung tawar , ada gabra and blur sikit
p/s ; sorry pic ni agak kureng sopan sikit , hehe ..
hehe .. aku interframe sekejap , peace yo !!
ini je kawan2 sekolah yang dapat datang :(
leesa , tika , liezah & mikha
me and Mikha
Mikha lagi and Liezah


nie nak buat apa sebenarnya ? o.O
hey !! im not ready !!

We all together ^.~
"micheal' menyumbangkan lagu , hehe ..
Naim pun nak nyanyi jugak ,ahaha ..
Sepupu and mak Yunie

me and Iza
Oren ..
oppsss !! interframe lagi ,hehe ..

kek ? tak sempat aku rasa :(

Puan Wahyuni ( sounds great) haha ..

dengan kawan skerja


wahyuni 's family

wow .. so sweettt ..
( aku snap pic nie curi2, hehe )

artis kampung (artis la sangat) kuikui ..

--THE END--
ATTN to Mikha ; Sorry pwen , aku malas mau edit gambar2 nie . aku edit yang sempat jak . Walaupun tak edit ko tetap maintain ba , huhu ..














♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday, 29 April 2012

Zizan masuk wad ?!

Assalamualaikum ..
Mosho-moshi (^.^)v

Baru-baru ini Zizan atau turut dikenali sebagai Zizan raja lawak dilaporkan telah ditahan di wad akibat diserang sakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya. 

Menurut pengurus peribadinya, Marina Juki menjelaskan doktor menasihatkan agar Zizan mengambil cuti rehat yang panjang supaya derita keletihan otot ini boleh beransur pulih dengan cepat dan  perlu berehat sepenuhnya .

Difahamkan Zizan juga terpaksa membatalkan segala penggambaran termasuklah penglibatannya untuk program Melodi dan Super Spontan sehingga beliau pulih sepenuhnya .


Kesian Zizan , patut la masa kat Super Spotan baru2 nie dia asyik batuk, rupa-rupanya radang otot. Semoga cepat sembuh zizan . . Tak sabar tengok zizan buat lawak lagi ..


Sumber : Enciknakal.blogspot

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

SRK & Kuning (^.^)v

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi !!

Hola pwens !! Rasa tak boleh tidor lak malam , kenapa eh? Ingat seseorang ka ?whoopss !! haha .. A big no for that !! huhu .. Eh !! apa nie  ?! O.o


Haaa !! Jangan tak percaya, sebenarnya aku nie peminat filem2 bollywood gak tau, hee .. 
Aku membesar dengan filem2 hindustan, terutamanya filem2 Dato' SRK nie . So sebab itu lah aku boleh terminat dengan filem2 tu .. Tapppiiii !! Filem bollywood sekarang tak sehebat filem yang dulu2 .. Pelakonnya pun , errr .. muka je lawa tapi lakonan tak ada selera kita nak tengok. Memang tak best lah !! Thats why lah sekarang aku kureeng dah tengok filem bolly nie, dah muak kot, ahaha ..

Rab ne bana di jodi maksudnya (kalau tak silap) Tuhan sudah tentukan pasangan ,hurmmm .. Ini filem terbaru Dato' SRK kali, coz actress perempuannya baru ( memang sah la baru , adeh !! sengal..). aku malaslah nak bagi tau filem nie pasal apa, nanti ada main kat tv korang tengokalah sendiri ya?hehe .. Korang mesti tertanya, kenapa lah minah nie promote pasal filem nie , tapi taknak cerita apa2 pasal filem nie! relaxx.. hehe .. kalau kamu nak tahu, baca la sampai habis ,ahaha :p ..

Aku cuma nak share benda yang menarik dalam filem nie aje .. Iaitu , watak Dato' SRK yang suka kuning ,ehehe ..  Bangga jugak lah terasa ,hehe .. Poyo kan ? lantak lah .. haha .. Cute apa sapa yang minat kuning tu , kan? Walaupun orang kata kuning tu warna %5;& , ada ku kesah ?! huh !! Jeles la tu ..


Tengok bekal tu , cumil kan? hehe ..


Dengan bangganya dia bawa bekal yang berwarna kuning tu ,ahaha ..



Haa .. scene yang nie paling lucu .. Dato SRK datang dengan berbaju kuning . Dia asyik desak gadis dalam tu supaya kata baju yang dia pakai tu cantik and cool . Dia kata lagi , " saya beli baju nie kerana baju dalam kedai dah abis di beli dengan budak2 kat sini (kelas tarian). Tinggal baju yang ini saja . Tapi kalau memang pun ada baju warna lain saya tetap pilih warna ini , sebab cool " aha .. Err .. lebih kuranglah dialognya macam tu, aku dah lupa sebenanya,ehehe ..

Ada lagi sebenarnya kereta dan katil berwarna  kuning kat dalam filem tu yang mencuit hatiku, tapi aku tak dapat cari kat google la .. Comel tau kereta tu ,tak tau jenama apa , lebih kuarang macam myvi tapi kecil sikit la, hurmmm entahlah , aku tak pasti jugak .

Oh ya .. nak tahu dalam filem nie dia ada gabungkan 3 agama, hindu, kristian & islam .. Watak dala filem nie , kejap berdoa dala kuil , pastu dalam gereja , pastu pulak berdoa di masjid . Bukan kah itu macam mempersendahkan agama? Lagupun dosa besar kalau kita mendua kan tuhan , Astagafirullahalazim ..


note ;ada kata2 dala filem ni yang aku suka . " Aku mencintaimu kerana aku melihat tuhan dalam dirimu ". tapi ingat , jangan mencitai seseorang melebihi cinta kita kepada ALLAH !!

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday, 28 April 2012

Bengkak tuu ..

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi !!

Hola pepps .. Tengah buat apa tu ?? sihat ke ? hehe .. Hurmm .. Hari nie dah masuk 2 hari aku tak pegi kerja . Rugi rasanya . Eh !! napa tiba2 aku rajin nak pegi keja nie?! haha .. Bukan apa, baru aku nak nikmati bekerja tanpa diktator2 kat tempat keja tu, kawan2 kata kalau dua hantu tu tak ada aman dunia terasa , wuu .. ruginya aku !! aishh .. kenpala tyme ketiadaan dorang aku kena accident yang kecil nie? tak boleh jadi nie, grrr !!

Accident kecil ?! nak tahu apa ??


Hee .. comel tak kaki aku sebelah kiri tu ?? >.< .. Jangan jeles tau ?ahak .. Nak jugak tak? huhu .. just joke !! Bengkak yang itu dah tak seberapa, tak macam yang kemarin tu, dah la bengkak, warna kemerahan , and rasa panas lagi. Mungkin sebab bisa haiwan tu. Comel tu memanglah comel , tapi seksa tau rasanya kalau nak bejalan . dah macam si capik dah aku rasa kalau berjalan,haha .. Bila dah berjalan pulak rasa macam berdenyut2 .

Macam mana boleh terjadi ?! hmm.. panjang cerita dia,huhu .. Di suatu pagi yang hening, ceh !! (nak kena cepuk budak ni!!) haha ,leklu.. Macam nie, lepas habis sarapan pagi macam biasa tapi dengan semangat yang luar biasa , iyalah apa tak happy, tiada diktator yang menyebalkan di tempat kerja hari ini .. Lepas dah minta izin dengan mak nak betolak pegi kerja aku pakai la kasut . aku main pakai je, macam biasa . Siap pakai kasut sebelah kanan , kasut belah kiri pulak dan  MMMMMAAAAAAAAAKKKKKK !!!!! terus aku lempar kasut tu kerana terkejut . My mum and my bro datang dengan muka panik "kau kenapa ?" Sambil senyum aku cakap lah ada somenthing dekat dalam kasut tu. Bila my mum chek, tak ada apa2 gak yang keluar . Untuk menutup rasa malu aku tersengih2 je sambil menahan sakit (ala .. sakit macam kena gigit semut yang besar berwarna hitam tu, pernah rasa tak ?) Ingatkan kesakitan tu sekejap je so aku tahan lah dengan niat mahu pergi kerja tu tetap ada , tapi bila tengok darah kat kaki (bahagian tepi ibu jari kaki) rasa sakit tu menjadi2 pulak  tapi aku tetap cool . Lama kelamaan bekas gigitan binatang tu jelas ketara coz berwarna biru kehitaman (lebam la tu) .. Tiba-tiba kesakitan tu semakin lama semakin naik ke kaki , mula-mula kat betis. Rasa macam urat aku macam di tarik2, itu yang aku tak tahan dan mula la aku bernyanyi kesakitan ( nangis la tu ). aku nak berdiri tapi macam tak boleh lak, my bro dengan lagaknya seperti abang berkata "tak payah pergi kerja la !" , pastu dia papah aku masuk dalam rumah .

Lama kelamaan aku tersa sakit tu dah mula naik kat paha aku .. itu yang semakin menjadi-jadi nyanyian sumbang ku .. Serius !! sakit sangat , rasa kaki sebelah kiri nie kejang . Aku tak tahu mahu buat apa lagi selain menangis . Kesian my mum , dengan muka yang panik dia asyik ke hulur-hilir cari ubat . Segala minyak sapu dia bagi kat aku .. Terima kasih mak, sayang mak .. Hanya tuhan dapat membalasnya^.^ .. Bila may dad sampai dia terus suruh kami bersiap nak hantar saya ke klinik katanya .. Dengan susah payah aku turuni tangga rumah, baru sekarang aku perasan betapa tinggi rumah aku nie . Bila dah abis turun tangga , aku telan liur tengok perjalan yang harus aku lalui sebelum sampai jalan utama kampung . Rumah aku letaknya nun jaoh kat belakang, so kalau nak pegi kena lah naik and turun bukit ,hehe.. Kereta tak boleh masuk la hanya khas untuk pejalan kaki je ..

Balik story tadi , my dad offer la kalau2 aku mahu di gendong ka tidak , oleh kerana malu di lihat oleh jiran2 aku menolak . Aku kuatkan kudrat ku berjalan , tapi !! mungkin my dad kesian tengok aku berjalan macam tak boleh jalan dia terus angkat aku sampai kat jalan utama . Malu weyyy !! apa-apa pun Terima kasih pak , sayang bapak !! .. kat dalam kereta parents ku asyik kata lain kali chek sebelum pakai apa2, baju ka kasut ka .. dan aku belum berenti dari menangis, kenapa? sebab sakit la , aduh !! 

Bila dah sampai klinik doktor bagi suntikan la pulak, aduh.. nie yang aku tak suka nie !! and then, aku di bagi 3 biji ubat untuk di makan .. Bila ingat balik macam lucu pulak, ahaha ..
So peringatan kepada kawan-kawan and diri aku sendiri ; kalau nak pakai kasut tu chek la sebelum pakai , tau kan cara nak chek? takkan nak di ajar kot ? aku yang patut di ajar ,hehe ..


p/s ; sebenarnya aku belum pasti lagi apa benda yang gigit aku , tapi meurut sumber2 yang boleh di percaya sikit , dorang kata bekas gigtan lipan . Lipan tu mungkin besar coz tengok dari bekas gigitannya . Tapi entah la.. Masa aku lempar kasut tu tak pulak benda tu aku tengok keluar , jeng .. jeng .. jeng .. ni satu misteri nie, ahaha ..



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday, 23 April 2012

#Tutorial ; Back to Top Button a.k.a Fly Up Button

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi (^.^)v

Hello fellas , how r u ?hehe .. Malam nie tiba-tiba pulak tergedik nak update pasal tutorial nie .. saja nak cuba nasib and tolong orang yang memerlukan,huhu .. Ini percubaan pertama aku nak buat tutorial ,so kalau macam ada tak paham tu janganlah segan silu tanya, atapun yang pro pasal tuto2 nie bagilah tunjuk ajar, Sharing is Caring right? hee ..

Wokey !! Korang pernah tak nampak button yang kalau kita klik sekejap je kita boleh pergi dekat paling atas blog? sebagai contoh ada kat blog aku tu .. 

Mula2, masuklah acc blog korang macam biasa . Kepada blogger yang menggunakan new updated blogger interface, korang klik Layout --> Add a Gadget --> HTML/JavaScript . Yang masih guna old blogger interface macam aku pulak korang klik Design --> Page Elements --> Add a Gadget --> HTML/JavaScript  ..
copy code di bawah ;
<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:5px;right:5px;" href="#" title="Back to Top"><img src="buttonUrlAnda" /></a>
warna Merah : size button ikut suka kamu
warna Ungu : url gambar button kamu

Nak Contoh button tak? Nie simple je , kalau korang terer buat button sendiri lagi best ..


http://2.bp.blogspot.com/_JwD5r652h00/SvDBmIGbP3I/AAAAAAAAASI/cL5okLpz_C8/s400/20.png  

http://3.bp.blogspot.com/_JwD5r652h00/SvDBl0UhsvI/AAAAAAAAASA/ge0GmH0HkyE/s400/bttp-19.png 
http://1.bp.blogspot.com/_JwD5r652h00/SvDBl9PLQ7I/AAAAAAAAAR4/5fV05DNfZ9o/s400/bttp-17.png 

http://3.bp.blogspot.com/_JwD5r652h00/SvDBW6QlhXI/AAAAAAAAARY/6ZxECjTlMxM/s400/bttp-13.png

http://4.bp.blogspot.com/_JwD5r652h00/SvDBBZGgr-I/AAAAAAAAAQg/1X96vgeWqaw/s400/bttp-6.png0/bttp-7.png 
http://4.bp.blogspot.com/_JwD5r652h00/SvDBWWig4UI/AAAAAAAAARI/28cXbIDOaqk/s400/bttp-11.png 
http://4.bp.blogspot.com/_JwD5r652h00/SvDBWmm_WTI/AAAAAAAAARQ/xfyALfcAbZ4/s400/bttp-12.png 
lepas dah siap semua tu jangan lupa save ya? Finish ! fuh !!  ..
maaflah korang, tuto aku tak sevouge tuto Lysaa or yang sewaktu dengannya , biasalah baru pertama kali update pasal tutorial nie ..



p/s : kalau ada apa2 tanya ya? hehe .. Semua nia aku belajar dari Love belog ^^




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday, 20 April 2012

New Look (>.<)v

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Hello my fellas , how are u ?hehe .. Hope u all owes fine ^.^ ..
Blog aku berwajah baru lagi kan? takla baru sangat actually,hehe .. sekarang aku dah kembalikan warna favouriteku,hehe .. Kenapa?kamu tak suka kuning ke? hmm.. 
Backgroundku hari tu agak gelap la jugak, sampai ada kawan komen "kenapa gelap sangat?" haaa??!! ..o.O
Well pwen, aku dah tukar warna yang terang menderang,entah apa yang kau akan komen nanti,huhu .. Suma edit mengedit blog nie aku belajar dari Lyssa Faizureen. Try la lawat kat blog dia, suma pasal tutorial blog ada di situ .. Bha !! cukuplah sudah aku merepek ya?hehe ..

gonna miz this background :)

note ; menyesuaikan diri dengan background baru ..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday, 15 April 2012

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Bestkan ayat di atas nie terkena di hati menusuk ke jantungku,huhu .. Siapalah yang cipta ayat nie?indah sungguh (serious !!) ..

Tadi masa on9 facebook, sementara tunggu noti (manalah tau ada) aku lawat2 la facebook kawan2 yang lain. Sampailah aku dekat profile si wadi nie Lovely Moon . Tiba2 (ceh !!..) mataku nampak la ayat nie, waduh menikam sukma woo ..

Sama-samalah kita renungkan maksudnya ya?hee ..


maw tau rahsia ?? Inilah doaku.. ^.^



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday, 7 April 2012

LIRIK : Lonely by 2ne1 ⓛⓞⓥⓔ

♡ ENGLISH VERSION 




I know that you're gonna hate me
For saying these words right now
But I ain't got no choice
I just have to let it out

Cause you see lately something's
Changed in my mind
Seems the fire within me has died
I'm a stranger to myself, don't wanna feel this wa-a-ay

You're so sweet, so lovely
But even so I let go

I don't know, I don't know
What's taking over me?

Your loving arms reach out for me
But even so I let go

I don't know

I gotta find my way home

Baby I'm sorry even now you're here I'm lonely
I'm so selfish, I ain't worthy of your heart
Wait here, and watch me walk away

I'm sorry, here's the ending to our story
When we're close I still feel like we're worlds apart
I can't stay, cause with you baby
I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely
Baby I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely

Baby I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely
Baby I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely (eh-eh)

You didn't create this problem
All of this is my own fault
I can swear to God that I've been ready to break up from the start

When you hold me I feel so out of place
I feel trapped I wanna run away
How come when I'm met by love it makes me weak and empty?

You're so sweet, so lovely
But even so I let go

I don't know, I don't know
What's taking over me?

Your loving arms reach out for me
But even so I let go

I don't know

I gotta find my way home

Baby I'm sorry even now you're here I'm lonely
I'm so selfish, I ain't worthy of your heart
Wait here, and watch me walk away

I'm sorry, here's the ending to our story
When we're close I still feel like we're worlds apart
I can't stay, cause with you baby
I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely
Baby I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely

Baby I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely
Baby I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely

Cause I'm just another girl, who's tired of being lonely

I can't take it anymore goodbye

Cause I'm just another girl

Who's tired of it all

I just cannot stay cause with you baby

I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely
Baby I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely

Baby I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely
Baby I'm so lonely, lonely, lonely, lonely, lonely (eh-eh)


♫ The End 


Q ; am i lonely witout you rite now ? o.O"




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday, 6 April 2012

WAHYUNI & AKMAL NAIM =.=

30/03/2012 merupakan hari yang paling manis untuk sahabatku Wahyuni yang telah diijabkabulkan pada hari itu .. Alhamdulillah, dengan satu lafaz saja dia dah sah jadi isteri kepada Mohd. Akmal Naim . Memang dia kotakan janjinya yang dia akan melafazkan sekali saja akad nikah nanti . dan dia dah kotakan, bukan saja sekali, tapi dia lafazkan dengan jelas dan lantang , cayalah bro !! wa tabik sama luu ..>.<

Baru hari ni aku dapat tengok face to face suami kawan aku nie, selama nie kami hanya tengok gambar, sms and cakap dalam telefon saja .. Yalah, dia kan orang semenanjung so macam tu jew lah cara berhubung.. aku mengakulah yunie, suami kau memang cumil and chubby, ahaha .. Sorry selama nie aku and kawan2 yang lain selalu kutuk dia, hee ..

Selama dorang bercinta banyak dugaan dorang lalui, aku sebagai kawan adalah tau sedikit sebanyak kisah dorang nie .. Biasalah orang bercinta, ada halangan dari beberapa pihak , ada pihak ketiga and macam2 lah.. Sampaikan ada satu hari tu aq langsung tak tidur semalaman coz dengar curhat c Akmal tu .. Tapi aku tak kisah, sebagai kawan apa salahnya berkorban sikit . Nasiblah di tempat kerja aku boleh tahan walaupun magrainku datang lagi. Tapi syukurlah semua itu dah berlalu, hari ini dorang dah jadi suami isteri dah .. happy for it ^.^ ..

Sekarang, perjalanan baru lak dia kena lalui. Tapi aku yakin dengan kawanku nie, walaupun perangainya agak childish tapi dia memang seorang yang kuat dan tabah . Aku kenal dengan dia .. Apa2 pun aku akan doakan yang terbaik untuk dia menjalani hidup baru di rumah baru dengan suasan yang baru nanti .. Tapi jangan la lupa kawan2 mu di Sabah ni..

* jom tengok gambar yang sempat aku snap >>>> 

sementara tunggu rombongan pihak lelaki
mak mertua yunie bersama hantaran :)

ni mas kahwin mereka .. RM300 :)
proses pertukaran wali (kot) ^.^
saat yang mendebarkan & mengharukan

Rantai sebagai tanda ikatan perkahwinan mereka 

oh !! so sweeett ^.^ (nak jugak camni ..)

wajah ceria pasangan pegantin baru ^.^






notakecil ; baru malam ni dapat update penuh , dah lama dah tersimpan kat draft, besalah ada busy sikit,hee ..
 Nanti aku update lak majlis sanding dorang eh? tuuunnnggggguuu (^.^)v


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥