Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Friday 6 April 2012

WAHYUNI & AKMAL NAIM =.=

30/03/2012 merupakan hari yang paling manis untuk sahabatku Wahyuni yang telah diijabkabulkan pada hari itu .. Alhamdulillah, dengan satu lafaz saja dia dah sah jadi isteri kepada Mohd. Akmal Naim . Memang dia kotakan janjinya yang dia akan melafazkan sekali saja akad nikah nanti . dan dia dah kotakan, bukan saja sekali, tapi dia lafazkan dengan jelas dan lantang , cayalah bro !! wa tabik sama luu ..>.<

Baru hari ni aku dapat tengok face to face suami kawan aku nie, selama nie kami hanya tengok gambar, sms and cakap dalam telefon saja .. Yalah, dia kan orang semenanjung so macam tu jew lah cara berhubung.. aku mengakulah yunie, suami kau memang cumil and chubby, ahaha .. Sorry selama nie aku and kawan2 yang lain selalu kutuk dia, hee ..

Selama dorang bercinta banyak dugaan dorang lalui, aku sebagai kawan adalah tau sedikit sebanyak kisah dorang nie .. Biasalah orang bercinta, ada halangan dari beberapa pihak , ada pihak ketiga and macam2 lah.. Sampaikan ada satu hari tu aq langsung tak tidur semalaman coz dengar curhat c Akmal tu .. Tapi aku tak kisah, sebagai kawan apa salahnya berkorban sikit . Nasiblah di tempat kerja aku boleh tahan walaupun magrainku datang lagi. Tapi syukurlah semua itu dah berlalu, hari ini dorang dah jadi suami isteri dah .. happy for it ^.^ ..

Sekarang, perjalanan baru lak dia kena lalui. Tapi aku yakin dengan kawanku nie, walaupun perangainya agak childish tapi dia memang seorang yang kuat dan tabah . Aku kenal dengan dia .. Apa2 pun aku akan doakan yang terbaik untuk dia menjalani hidup baru di rumah baru dengan suasan yang baru nanti .. Tapi jangan la lupa kawan2 mu di Sabah ni..

* jom tengok gambar yang sempat aku snap >>>> 

sementara tunggu rombongan pihak lelaki
mak mertua yunie bersama hantaran :)

ni mas kahwin mereka .. RM300 :)
proses pertukaran wali (kot) ^.^
saat yang mendebarkan & mengharukan

Rantai sebagai tanda ikatan perkahwinan mereka 

oh !! so sweeett ^.^ (nak jugak camni ..)

wajah ceria pasangan pegantin baru ^.^






notakecil ; baru malam ni dapat update penuh , dah lama dah tersimpan kat draft, besalah ada busy sikit,hee ..
 Nanti aku update lak majlis sanding dorang eh? tuuunnnggggguuu (^.^)v


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019