Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v
Olla my fellas .. Very long tyme no see.. Rindunya .. Harap rakan2 blogger yang lain sentiasa sihat.
Akhirnya, saat yang aku impikan telah tiba. Selama nie aku terpingin sangat nak bela arnab, tapi my mom tak benarkan. Sebab beliau kata aku tak komited bila nak jaga haiwan nie ( wah !! power giler ayat mak aku nie, ahaha )
16 September 2012 bersamaan dengan hari Ahad, aku dan adik bongsu aku secara diam2 dah plan pergi beli arnab tu senyap2.
Sebenarnya dah dua kali percubaan kami untuk beli arnab tu gagal, sebabnya kami lambat datang. Arnab2 yang ada dah di booking oleh orang lain, kecewa sangat tyme tu. Kalau boleh rasa macam nak merayu je dekat mak cik tu supaya bagi kami yang beli arnab tu.
Kami beli arnab tu di Pasar Tamu Takada Tawau. Kalau orang Tawau taulah tempat tu. Pasar tu di buka pada hari Ahad sahaja. Pukul berapa start aku tak pasti tapi yang pasti sampai pukul 12:00 tengah hari sahaja.
Oleh kerana tekad dan tidak putus asa kami berdua, untuk ketiga kalinya kami pergi lagi untuk mencuba nasib. Tapi kali nie adik aku pergi sendiri sebab time tu aku dah kerja so tak dapat nak join adik aku. Dengan semangat yang berkobar2 aku kejutkan adik aku awal pagi (tyme bangun bila sekolah) kesian dia.
Bila balik dari kerja aku teramatlah happy bila adikku tunjukan arnab tu dengan aku. Bolehnya aku lupa pasal benda yang buat aku excited selama nie.
Comel je dia. Sekarang nie dia baru sebesar tapak tangan aku. Dan aku bagi nama PoOh. Itu bersempena dengan kartun yang aku minat. Nak letak spongebob takut pulak ada orang terbelit lidah nak sebut nanti kang, haha .. Lagipun aku bagi nama tu dengan harapan dia aku membesar dengan sihat macam kartun Pooh tu, tapi janganlah sampai perut boroi, hee ..
-Welcome to my life POOH-
nice,,,hehe,,hai pooh :-)
ReplyDeleteHai jugak Osman FBI, hee..
ReplyDelete