Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Friday, 5 October 2012

Ceria Kembali ..

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi (^.^)v

Tanpa disedari sudah lebih sebulan aku bekerja semula di tempat kerjaku yang dulu. So far so good, Allhamdulillah .

Aku bersyukur kawan2 dapat terima aku seperti dulu. Malah hubungan kami semkin baik. Segala perselisihan paham yang ada dapat dibaiki dan diselesaikan. Terima kasih ya Allah.

Bukan saja kawan2 di cawangan aku bekerja yang terima kemasukanku semula, kawan2 di cawangan lain pun sama. Hampir semuanya bertanyakan soalan yang sama bila berjumpa aku, " Kau masuk kerja balik? Bila kau masuk kerja balik dan blablabla.." Soalan itu aku boleh jawab berulang kali, tapi bila mereka bertanya " Kenapa kau makin kurus nie? kenapa kau makin kecik ? kenapa pipimu tak tembam sudah? " uhh!! bila hampir semua kawan2 bertanya soalan yang sama aku bingung aku tak tau mahu jawab apa, coz aku pun tak perasan yang aku dah kurus. Kadang tu aku jawab yang aku Putus Cinta, yang lucunya ada yang percaya sampai nak korek lebih dalam lagi ceritaku. Bercinta pun tidak macam mana pulak boleh putusnya? Aduh, lucu banget sih, ahaha (berindon la pulak).

Tapi aku tak kisah semua tu, aku happy mereka begitu, itu bermakna yang mereka caring dengan aku sampai kekurusan dan kegemukan aku pun mereka perasan kan ? Sekarang nie aku sedang dalam proses mengemukkan badan semula. Kawan2 pun sedang bantu aku. Tak hentinya mereka ajak aku makan itu ini sampai aku rasa penat untuk makan, ahaha (boleh ka begitu?)

Semoga akan ada lagi kebaikan yang datang. Dan semoga keputusanku bekerja semula di situ adalah keputusan bijak, cemerlang, gemilang dan terbilang , hehe .. ^.^



p/s : i love them :)



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment