Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Tuesday, 12 January 2016

SELAMAT ULANG TAHUN BLOGKU SAYANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Moshi-moshi (^.^)v


Alhamdulillah, tak sedar masa berlalu sudah 4 tahun aku jadi seorang blogger walaupun tak tegar sangat dan tak hebat sangat macam blogger² yang lain tapi masih boleh digelar blogger jugak kan? Boleh ke tak? Ala, bolehlah kan?hee..

Sebenarnya aku dah lupa dah bila aku mula terjebak dengan dunia blogging ni, nasib baiklah aku letak daisypath dekat blog ni so bolehlah bantu aku ingat. Terima kasih banyaklah kepada yang bertanggungjawab mencipta daisypath, its owsome and really helpful..


Selama 4 tahun ni aku pun tahu apa sajalah yang aku merepek dekat blog ni. Aku bersyukur dan terharu sangat ada jugak rakan blogger yang sudi follow aku, terima kasih banyak semua..

Aku kadang kesian jugak dengan blog aku, entah apalah salah dia sampai jumpa tuan pemalas macam aku ni. Aku pernah tinggalkan blog aku ni bertahun-tahun lamanya tanpa sembarang entry, lawat lagilah tak pernah. Kalaulah blog aku ni ada perasaan mesti dia dalam keadaan kensunyian dan kemurungan (hebatnya imaginasiku, hehe).

Semoga blog aku ni aku bertahan sampai tahun² yang berikutnya dan semoga aku tak kekurangan idea dan sentiasa ada kerajinan untuk mengupdate blog aku. Dan semoga aku takkan pernah bosan berblogging, kalau boleh blog ini diwarisi oleh anak² aku okey jugak tu. Belum pernah lagi orang mewariskan blog untuk anak² selain harta kan? So biarlah aku jadi orang yang pertama buat cengitu, hahaha (merepek jeeee) 

p/s : selamat ulang tahun blog.. sayang awak.. muah cikid ..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

1 comment:

  1. alhamdulillah. semoga lebih success...

    ReplyDelete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019