Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Tuesday 16 February 2016

Episode Terakhir Song Ilkook dan Si Tiga Kembar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Moshi-moshi (^.^)v


14 Febuari 2016 bersamaan hari ahad yang lalu merupakan episod terakhir untuk Song Ilkook dan 3 orang anak kembarnya dalam The Superman Return. Ececeh! Macam membaca berita pulaknya, hee..

Siapa minat dan selalu tengok cerita ni kita geng, hee. Tiap ahad memang kebiasanya aku duduk rumah je, maklum anak dara pingitan (ceh!), aku akan tunggu cerita ni. Sebab aku suka tengok telatah anak² orang korea dalam tu, terutama sekali kembar tiga tu la, anak² kepada pelakon Song Iikook.


Memang sebelum ni aku ada dengar ura² yang mereka dah shoot untuk footage terakhir diaorang, sedih memanglah sebab lepas ni dah tak dapat nak tengok telatah mereka, Daehan yang bijak,  Minguk yang nakal dan Manse yang manja.

Masa awal² rancangan ni, kembar tiga tu belum pandai cakap lagi comel je dorang. Bila dah pandai cakap memang bising, sampai aku bayangkan kalau aku ditempat Song ilkook memang penat nak layan karenah mereka bertiga. Aku salute dengan cara beliau besarkan dan layan anak-anaknya dengan sabar dan berdisiplin.


Orang kata, kalau nak besarkan anak² kembar ni agak susah sebab kadang sukar kita mahu bagikan kasih sayang yang sama rata. Tapi bila tengok cara Song Ilkook memang buat aku kagum. Dapat pulak beliau berikan kasih sayang sama rata untuk ketiga-tiga kembarnya. 

Neway, semoga sukses untuk Song Ilkook dalam bidang lakonannya, dan untuk Daehan, Minguk dan Manse semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik. We love u, muah cikiddd..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

  1. Sedih la lepas ni si kembar tiga dah xda. :'( Eiqa paling suka tengok gelagat diaorang.

    ReplyDelete
  2. Kita geng!^^ minat dengan kembar tiga ni.

    ReplyDelete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019