Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday 2 September 2019

I am Back (again)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Annyeonghaseyo (^.^)v


Annyeong yeorobun, naneun dol-awassda^^.. 

Alahai, mengada la pulak nak berkorean bagai. Maafkan saya^^.. Finally, untuk kesekian kalinya aku muncul kembali. Setelah bertahun lamanya jari jemari aku ni tak menari tengo atas keyboard ni. Eh, tak jugaklah 😅, aku buat kerja bukan setakat menari, siap bersenam lagi, haha.. Cuma otak aku ni yang agak kaku nak susun ayat macam dulu. Dah dua, tiga lagu habis aku dengar, tapi ayat aku satu paragraph ni tak siap-siap. Padam, taip, padam, taip, walhal benda yang sama je aku padam dan taip tu. aigoo..

Aku tak tahulah mimpi apa aku malam tadi sampai rasa nak jenguk blog aku ni. Dah 7 tahun dah blog aku yang loner ni (macam ownernya), kesian. Apapun tahniah blogku sayang, kerana bertahan selama 7 tahun (walaupunn)

 Sebenarnya aku pernah berniat nak delete blog ni, tapi entahlah kenapa sampai sekarang tak delete lagi, rasa sayang sebenarnya. Walaupun followers dan pembaca blog aku tak banyak mana pun, tapi rasa sayang tu ada. Penat tau sebenarnya nak hias blog ni. Nampak simple je dengan warna kuning yang menyakitkan mata (yeke? tak jugak kan?) tapi sebenarnya blog ni penuh dengan code. Sampai naik juling aku meyusun code², so biarlah blog ni stay sampai bila dia rasa nak stay.

Aku tengok dah banyak blogger yang tak aktif dah, ada beberapa je yang aku tengok masih aktif. Aku salutelah dengan blogger yang masih aktif sampai sekarang, komitment mereka dengan blog memang macam begini 👍. Tak macam aku ni, macam air laut yang kejap pasang kejap surut (apa kena mengena?)

Entry kali ni adalah entry pertama untuk tahun ni, maybe jugak yang terakhir untuk tahun 2019 ni. Nak kata tak ada masa, tipulah.. sebab kebanyakkan masa aku tengok korean dramas dan layan bias aku dekat ig, hehehe.. Aku tak pastilah kenapa aku boleh terjebak dengan kpop ni, hmm..

Okaylah, aku pun tak tahu nak taip apa lagi ni. Otak aku dah beku rasanya nak keluarkan ayat, haha.. Adioss..

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019