Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Thursday 5 September 2019

Petua Memutihkan Wajah Menggunakan Hanya Dua Bahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )


Sekarang ni produk memutihkan wajah dah banyak di pasaran, ada yang berasaskan kosmetik dan ada jugak yang perlu dikonsumsi samaada diminum atau dimakan. So, sebagai pengguna kita kenalah tahu baik buruk satu produk tu. 

Walaupun zaman dah moden, petua² nenek moyang kita jangan dilupa apalagi kalau bahan yang digunakan selamat dan berasaskan alam semulajadi paling penting bahannya tersangatlah mudah untuk dicari. Mungkin ada yang dah tahu pasal petua ni, it's okay kita bagitahu yang tak tahu..

Hanya dua bahan diperlukan untuk petua ni, boleh cari dekat dapur sekarang. Kenapa, tak percaya ke?

Bahan-bahan yang digunakan, taraaaaa...


Yup, tepung beras dan tomato sahaja.

Langkah-langkahnya ;

1. Ambil 1 sudu tepung beras, letak dalam mangkuk yang bersih

2. Potong satu tomato dari tengah dip/tenyehkan separuh tomato tadi ke dalam tepung dan tekan dengan perlahan supaya tepung akan melekat pada tomato.

3. Gosok tomato perlahan-lahan di muka selamat 5 minit. Tomato akan bertindak sebagai agen peluntur yang akan mengilangkan kulit mati dan akan memberi kesan cerah dan glowing untuk kulit wajah kita.

4. Selepas menggosok, biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh dengan air. Kalau guna air sejuk lagi bagus. Boleh buat dua kali seminggu, InshaAllah boleh cerahlah wajah kita macam artis korea, cewahh..

Tapi ingat tau, jangan kulit muka je nak putih. Putihkan dan bersihkanlah hati kita jugak. Inshaallah kita jadi seorang yang cantik diluar dan didalam..

-THE END-

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019