Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Friday, 6 September 2019

Balut

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )

Mungkin entry aku ini agak menjijikkan bagi sesetengah orang. So, sebelum tu aku minta maaf  kepada yang kurang berkenan dengan entry ni. Tapi info ini mungkin akan berguna untuk pengetahuan kita semua.


Balut, apa itu balut? Balut merupakan telur itik (ada juga yang guna telur ayam) yang telah disenyawakan dan dibiarkan selama beberapa hari sebelum ia dimasak. Pada saat ini, embrio (janin) itik sudah mula menunjukkan ciri-cirinya yang lengkap seperti mata, paruh dan bulu. Bunyinya agak menakutkan, bukan? Namun, makanan Balut ini merupakan antara makanan yang popular di Filipina dan banyak dijual di tepi-tepi jalan.

Balut sudah wujud sejak tahun 1800 lagi dan sejak dari itu, cara penyediaan makanan ini tidak banyak berubah. Telur itik perlu dieramkan oleh itik dewasa sehingga embrio sudah mulai terbentuk. Selalunya telur ini sudah boleh diambil apabila mencecah umur antara 12 sehingga 18 hari.

Menurut beberapa tukang masak handal, waktu yang tepat untuk memasak telur tersebut adalah ketika telur itu mencapai umur 17 hari. Masa pengeraman telur ini haruslah tepat untuk mengelakkan embrio itik itu mati. Balut tidak boleh dihasilkan sekiranya embrio itik tersebut mati sebelum sampai masanya.

Cara memasak telur ini pula sama sahaja seperti memasak telur rebus. Cecair di dalam telur itik ini tidak akan mengeras sepertimana telur ayam rebus, tetapi cecair itu akan berubah tekstur menjadi seperti sup.

Balut ini haruslah dimakan terus setelah dimasak. Cecair sup tadi diminum dahulu sebelum isi di dalamnya dimakan. Kebiasaannya, kandungan di dalam telur ini dimakan bersama-sama dengan garam, cuka dan cili yang telah dikisar bersama.

Oleh kerana Sabah nie bersempadan dengan Filipina, jadi banyak jugaklah kawan-kawan aku yang berketurunan Filipina. Mereka adalah cerita pasal makanan popular kampung mereka tu, katanya rasa balut tu lebih kurang rasa sup ayam, yuckk..


Balut dikatakan sangat sesuai dimakan oleh individu yang mahu menambah stamina dan menguatkan jantung kerana dipercayai kaya dengan kandungan protein. Oh really?!

Tapi guys, ingat ya kita as Muslim sama sekali tidak dibenarkan untuk makan balut. Kerana embrio di dalam telur itik tersebut adalah yang belum sempurna kejadiannya dan termasuk dalam kategori bangkai. Sudah jelas dalam Islam, hukumnya adalah haram bagi perbuatan makan bangkai.

Banyak lagi makanan Malaysia yang sedap-sedap dan yang paling penting halal, macam ayam goreng McDonald's kan, hmmm craving lah pulak. Ada yang sudi belanja tak ? 'ㅅ' 


sumber : iamlejen.com

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019