Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Friday, 13 September 2019

Mengikhlaskan Perlu Niat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )'ㅅ'


Mengikhlaskan perlu niat, bukan mengingati segala kejadian yang kau alami namun pada akhirnya melupakan segala usaha yang sedang kau jalani. Mengikhlaskan adalah ketika kau belajar rela, lapang serta tidak lagi mengharap suatu yang tidak mungkin terjadi lagi. Seberapa kau mampu untuk belajar menerima; bahwa semuanya tidak lagi sama seperti sebelum-sebelumnya. Bukan berarti kau memaafkan lalu memberikannya kesempatan untuk kembali padamu. Lalu mengulang lagi kisah patah hati itu.
.
Mengikhlaskan bererti kau harus boleh. Boleh menerima keadaan seadanya, bukan memaksa agar dia terhapus dari bayanganmu sebelumnya. Kerana sungguh, ikhlas adalah bentuk menerima dengan baik, di mana hati belajar lapang meskipun tidak sesuai harapan. Di mana harapan-harapan sebelumnya harus dilupakan selamanya, di mana ego harus dihancurkan bersama.
.
Ikhlas perlu niat, bukan dengan mengisi hari-hari dengan ingatan yang menyakitkan. Kerana ia akan mengajar kau belajar menerima kenyataan. Ikhlas adalah kau yang mampu belajar, semua yang terjadi telah jauh hari kau ketahui. Kerana setiap jatuh cinta mengalami banyak risikonya. Kecewa, diabaikan atau tidak dihargai adalah kewajaran jatuh cinta sebelum tiba saatnya. Maka belajarlah ikhlas dan rela atas apa yang menimpamu sekarang, agar kau tak melulu dihantui oleh rasa kehilangan yang teramat dalam.

Jadi, niatkan dihati ikhlas memaafkan dan ikhlas menerima ketuntuanNya. Kerana DIA maha mengetahui segala sesuatu. 


credit : elda_rina


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

  1. salam sabtu. follow sini :D

    ReplyDelete
  2. yupp.. betul tu... belajar untuk mengikhlaskan...

    psst... thanks sudi join segmen Mia.
    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    ReplyDelete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019