Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Sunday, 1 July 2012

Doodle Cute Love Story : WAN HAZEL

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

 
Awak online tapi saya takut nak tegur


 
Bila awak balas komen saya, Saya rasa happy sangat


 
Saya takut sangat kalau awak dah ada pasangan hidup


 
Apa pun saya doakan awak bahagia


 
Awak taw tak ? Saya suka awak dari dulu lagi..Lama dah


 
Hahaha .. Saya takut nak luahhkan .. betul ..Saya takut


 
Kalau saya luah guna doodle nie..Boleh tak?..Romantik tak?


 
AWAK SAYA SUKA AWAK..BETUL..Awak suka saya tak?


 
...


 
Ya Allah jika benar dia jodohku dekatkanlah hatiku dengan hatinya, jika tak jauhkanlah hatiku dengan hatinya.Amin :)


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Aminnn..



kredit to : WAN HAZEL 


p/s : Sorry WAN HAZEL, kita copy entry kamu. Coz nak share dekat fb tak tahu pulak caranya.. Thumbs up for you :)

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

1 comment:

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019