Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Sunday, 1 December 2019

Review : Extraordinary You (K-Drama)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'



Disebabkan drama ni berlatar belakangkan alam persekolahan memang aku dah letak dalam list Kdrama Must Watch aku. Aku suka tengok drama yang bertema macam ni (cerita dak-dak sekolah), entahlah kenapa. Walaupun cerita sebegini kadang jalan ceritanya agak cheesy dan cliché, tapi drama yang ini berlainan sikit (sikitlah tak banyak) serius! lain dari yang lain.

Sinopsis ;

Drama ini dimulakan tayangannya pada 2 Oktober dan tamat pada 21 November 2019 yang lalu. Ia merupakan adaptasi dari webtoon yang bertajuk ‘July Found by Chance’.  Eun Dan Oh (Kim Hye Yoon) merupakan pewaris tunggal keluarga kaya, cantik, dan memiliki reputasi yang bagus di sekolah. Sayangnya, sejak kecil Dan Oh menghidap penyakit lemah jantung yang semakin kritikal dan dijangka tidak akan bertahan lama. Walaupun begitu, Dan Oh seorang gadis yang ceria dan sentiasa berusaha untuk memikat hati tunangnya Baek Kyung (Lee Jae Wook) walaupun hanya bertepuk sebelah tangan. Pada suatu hari, secara kebetulan, dia mendapati bahawa dia dan semua orang di dunianya sebenarnya adalah watak dalam sebuah buku komik yang bertajuk “Rahsia” (bimil). Memenuhi kriteria gadis remaja sempurna, Dan Oh berfikir dirinya adalah watak utama. Hingga suatu hari ia menemukan kenyataan bahwa dirinya hanyalah watak sampingan. Tidak puas hati dengan nasibnya, Dan-oh memutuskan untuk menjalin takdirnya sendiri dengan mengubah plot cerita itu dan mencari cinta sejatinya sendiri. Harapannya untuk membebaskan diri dari pengawasan Sang Penulis menjadi lebih kuat dari sebelumnya ketika dia tiba-tiba berjumpa pelajar tanpa nama yang digelar Pelajar Nombor 13 (Kim Ro-woon), dan kemuadian Dan Oh memberikan nama Haa-Roo untuknya.

Masa drama ni still on going, asal aku scroll ig memang banyak video clip scene drama ni. Oleh kerana tak nak mood spoiler dan tunggu sampai drama ni tamat baru aku nak tengok marathon, so aku terpaksa pandang sebelah mata. Tak sukalah tertunggu-tunggu episode seterusnya, Penantian itu satu penyiksaan tau, huhu..

Dekat dalam ig tu, banyak scene Baek Kyung dan Dan Oh. Sampai aku mati-mati ingatkan Baek Kyung tulah watak utama lelaki, ternyata eh ternyata bukan pulak. So ceritanya ni banyaklah orang yang tengah SLS (Second Lead Syndrome) dekat watak Baek Kyung ni, Tapi aku tak terkesan pun, SLS aku masih dengan watak Kim Jun Hwan (Ryeon Jun Yeol) dalam drama Reply 1988. Pernah tengok tak? Aku syorkan korang tengoklah tak menyesal punya..



Pengajaran Dalam Drama ;
  1. Setiap dari kita merupakan watak utama dalam kehidupan kita masing-masing tetapi kita jugak akan jadi watak sampingan dalam kehidupan sesetengah orang. Oleh itu, teruskan kehidupan dan berusaha perbaiki diri dan jadilah diri sendiri.
  2. Sekuat apa pun kita berusaha kita tidak akan mampu merubah takdir yang telah ditentukan untuk kita. Andai kita sudah berusaha merubahnya, namum tidak seperti yang kita inginkan maka redhakan saja. Kita harus yakin setiap apa yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik.
  3. Drama ni juga mengajar kita bahawa dalam hidup ini selalu ada risiko. Ke manapun arah dan gerak kita, selalu ada rintangan yang menghalang. Bukan lari dan bukan sembunyi, satu-satunya yang perlu kita lakukan adalah mengahadapinya.


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019