Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Sunday, 13 May 2012

Opera Van Java .vs. Karoot Komedia

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Selamat pagi semua.. Adakah anda sihat?hehe.. Pernah tak kamu tengok rancangan di atas tu dekat tv korang?? Yang ada astro mungkin adalah, lebih2 lagi yang langgan channel Mustika or Indo pek.

Aku hanya langgan Mustika, Indo pek tak. Walaupun kadang2 bila tengok info dekat channel Pelangi and Bintang tu banyak rancangan yang best2, tapi sedikit pun tak goyangkan imamku untuk langgan channel tu. Sebab kat rumah aku nie pun boleh tengok rancangan2 tv indon,hehe ..

Kawan-kawan pernahlah cerita pasal OPV (Opera Van Java), macam best. Tapi malaslah mahu ambik port sangat. Baru2 nie aku sempat jugak tengoklah coz astro bermurah hati (konon) nak bagi pelanggan2 dia tengok semua channel yang dorang ada tu free. Sebab astro ada menang something, aku lupalah apa.

Memang bestlah OPV nie, tak kering gusi kita tengok. Masa Karoot Komedia nie masih dalam promosi aku agak yang rancangan nie mesti diadaptasi dari OPV sebab ada tukang karut segala, dan seperti yang aku jangka (^___^).  

Kalau orang indonesia tengok rancangan nie tak sudahnya dorang kutuk kita. Mesti macam2 dorang kritik. Yang parah mesti dorang kata kita curi idea ke apa. Aku bukan agak sembarang tau, aku pernah tengok sendiri satu rancangan tu (stesen tv indon) dorang kutuk Malaysia. Pengacara tu kata Malaysia nie pencuri, sudahlah curi budaya dorang sekarang nak curi tanah lagi, ada kah patut ?!


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019