Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Sunday, 6 May 2012

Bulan Membesar ?!

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi (^.^)v

Wow !! suspen kan tajuk di atas ? haha ..  Sebenarnya bukan bulan yang membesar , tapi imej bulan yang kita tengok tu agak besar saiznya (kamu pernah ukur tak ?) nak tahu lebih lanjut ? meh baca meh ..


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk Bumi dapat melihat imej bulan yang paling besar sepanjang tahun ini semalam (5 may 2012).


Keadaan itu berlaku apabila kedudukan bulan paling dekat dengan Bumi pada jarak 357,000 kilometer.


Posisi tersebut adalah 24,600 kilometer lebih dekat daripada purata jarak Bumi dengan bulan.


Saintis Balai Cerap Tentera Laut AS, Geoff Chester berkata, pada kedudukan tersebut, bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar daripada biasa.


"Namun, anda sukar mengesan perbezaan ini dengan menggunakan mata kasar," kata Chester.


Menurutnya, fenomena itu yang dinamakan adibulan, akan menyebabkan kejadian air pasang besar ekoran jajaran Bumi dan bulan yang dekat.


Namun, beliau menolak mitos Barat yang mengaitkan fenomena adibulan dengan peristiwa luar biasa termasuk ramai orang akan menjadi kurang siuman dan bencana alam akan meningkat. 




sumber : MYTAWAU @ facebook


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

  1. haha .. tu nak bertukar jadi sailormoon kali ,ahaha ..

    ReplyDelete