Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Tuesday, 8 May 2012

Tak Mahu !! Tak Nak !! (╥_╥)

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi (^.^)v



I dont know how to start. Tapi aku nak melalut pasal kata-kata yang di atas nie . Benda nie betul2 terkena dengan batang hidung aku sendiri. Ah !! gila ..

Memang!! kalau aku ingat dia aku mesti sedih sampai kadang2 aku tak perasan pun yang aku menangis. Agak keterlaluankah aku? Atau aku nie keanak-anakkan? 

Dia . Siapa dia? Dia cuma kawan aku. Ya, memang hanya kawanku.Perasaan sebagai kawan tu tetap aku pertahankan walaupun dia selalu buat sesuatu yang boleh buat benteng pertahananku goyang (sandi kan?)

Dia taklah encem mana pun, macho pun sikit je. Tapi perwatakannya yang kontra dengan aku buat aku senang berkawan dan rapat dengan dia. Dia selalu jadi pakar motivasiku. 

Tengah syok2 berkawan tiba dia cakap dia sayang dan suka aku (haha..funny!). Dia suruh aku tunggu dia (euwww !! nonsense mamat nie !). Siap bagi warning lagi, jangan nakal ya? awas kau!!

Kata-katanya tu aku anggap macam angin lalu dan anggap sebagai gurauan, walaupun dia selalu bagitau benda yang sama. Eleh lelaki, kalau tak pandai bermulut manis tu bukanlah lelaki namanya kan?

Lama jugak egoku bertahan dengan mamat nie. Sampailah satu hari aku sedar yang dia berjaya runtuhkan tembok ego dalam hatiku. Tibalah satu malam, dia suruh aku buat pengakuan . So kami sama-samalah buat pengakuan, dia sayang aku dan aku sayang dia. Alangkah bahagianya hidup, rasa macam bercinta . Tapi aku dan dia sama-sama belum bersedia untuk bercinta . Dia kata yang penting kita tahu isi hati masing2. Just jalani hidup nie macam biasa, sebab dia kata "kalau kita yakin dia jodoh kita, pasti sepanjang perjalanan hidup kita akan tersenyum".

Tapi..

Semakin hari aku rasa ada yang pelik . Dia bosan dengan aku agaknya. Tapi, aku tetap buat selamba, buat macam tak ada apa2, layan dia macam biasa.

Tibalah satu malam tu, dia keluarkan kata2 yang buat aku sebak . Dia bukan maki pun, tapi kata-katanya macam aku nie dah syok sendiri, macam aku nie tergila-gila and terkejar-kejarkan dia. Hey !! siapa yang gilakan siapa nie? siapa yang terkejar siapa nie?!

Yang buat aku sedih sangat bila dia bagitau aku yang dia menyesal bagitau aku yang dia sayang aku, dia menyesal bagitau dia suka aku. Dia kata menyesal layan aku begini dan begitu , hey !! apa nie ?! teruk sangatkah aku di matanya? Aku nie patung yang tak ada hati dan perasaan kah?? Ya Allah , sungguh aku tak mampu berkata apa-apa selain menangis dalam diam sebab aku tak mahu dia tahu aku menangis. 

Sampai sekarang aku masih ingat kata-katanya tu. Bila ingat perasaanku terus sebak. Sampai bila? aku tak pasti, biarlah masa yang menentukan. Tapi aku tak mahu sedih sebab dia lagi . Aku tak nak menangis sebab ingat kata-katanya  tu .

Apa2 pun aku nak ucap terima kasih dengan dia sebab banyak benda baik yang dia buat kat aku . Semoga kau bahagia . Aku doakan kau bahagia .


p/s ; hadapi dengan senyuman

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019