Assalamualaikum ..
Moshi-moshi (^.^)v ..
Salam semua .. malam nie dekat tempat aku sejuk sangat. Hujan masih turun lagi, tapi tak selebat tadi. Tapi cahaya kilat masih aku dapat tengok, seram jugak !!
Hari rabu yang lalu my mum dah bawa aku jumpa doktor sekali lagi, maybe dia tak tahan tengok anaknya nie dalam kesakitan terus. Lepas ambil surat MC dari ofis tempat kerja aku bagi cadangan dengan my mum supaya kami terus direct pergi bandar sebab jam 12pm kan klinik tutup. So my mum pun setuju.
Aku happy sangat coz inilah kesempatan aku boleh jumpa bekas kawan2 sekerja aku. Aku rindu sangat dengan dorang. Dulu tyme aku sihat tiap hari minggu aku datang jengguk dorang, tapi sejak2 tak sihat nie dah jarang dah.
Sebelum jumpa mereka, sampai saja di bandar Tawau tu aku gagahkan diriku berjalan mencari majalah kegemaranku and beberapa barang keperluanku. Sepanjang jalan tu my mum asyik membebel. Aku tahu dia risaukan aku, tapi ini kesempatanku. Nanti benda yang aku mahu tak dapat pulak kan?! Maaf mak ..
Sampai saja aku di tempat kerja yang lama kawan2 semua sambut aku dengan gembira. Dorang juga maklum tentang apa yang dah jadi dengan aku, terharu aku dengan layanan dorang. Oleh kerana aku nie agak sensitif aku hampir menangis. Tapi aku tahan, maintain macho, ehehe..
Bila besama kawan2 di situ aku happy sangat, sampai aku lupa kesakitanku. Ketawaku yang terbahak-bahak (melampaukan ??) dan lawak bodohku semua keluar bila dengan dorang. Ya Allah, betapa gembiranya aku..
Tapi masa cepat sangat berlalu. Sakit jugaklah hati bila my dad call yang dia dah boleh pulang kerja dan akan hantar aku pergi klinik. Sedih sangat tinggalkan dorang. Tapi aku terdaya, semua kuasa Allah.
aku harap sangat aku cept sembuh supaya aku boleh hang out dengan kawan2 lagi.
p/s ; doakan aku sihat cepat ya?
No comments:
Post a Comment