Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday 7 May 2012

Meluah .. Terluah

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi (^.^)v



Hari nie dah masuk dua hari aku tak kerja. Kakiku masih sakit lagi, masih bengkak lagi , entah bilalah baru sihat. Tapi tak apalah , aku tak kisah sangat pun pasal kerja tu . Terus terang aku tak happy pun kerja di sana . Aku terasa mahu balik kerja di tempat yang dulu . 

Aku perasan dengan diriku, sejak aku keluar dari tempat kerja lama aku macam bukan diriku sudah . Aku selalu mahu menyendiri, senang menangis, pendiam, dan dalam sehari tu boleh dikira berapa kali aku ketawa . Tak macam dulu, dari datang kerja sampailah time balik kerja ada saja benda yang buat aku ketawa dan tersenyum. Kawan2 satu kerja dulu susah mahu tahu aku ada masalah atau tidak .

Aku yakinkah diriku yang itu semua hanya permulaan kerana aku belum dapat sesuaikan diri di tempat baru dan mungkin lama-kelamaan semuanya akan pulih macam biasa, tapi sampai sekarang masih lagi begitu, makin teruk adalah.

Aku tak tahu apa sebenarnya percaturan hidup yang Allah bagi . Aku pernah solat istikharah aku mohon petunjuk Allah dan jawapan yang aku dapat , aku kena kerja di tempat baru tu. Aku redha dan yakin ada hikmah mengapa aku perlu kerja di tempat baru.

Perlukah aku menyesal? aduh !! kenapalah macam ni jadinya? Astagafirullah .. Ya Allah , apa yang perlu aku lakukan? Tak sanggup rasanya aku jadi seorang yang berperangai pelik nie. aku mahu diriku yang dulu ...



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

  1. Salam,

    Boleh aku pun nak guna 'aku kau' jugak la.. haha nak mesra sket dengan kau :P

    Actually aku selalu ada perasaan macam kau. Aku rasa ni normal. Bila kita dapat sesuatu yang best n lepaskan bnda tu... Kita akn rasa rindu...Rasa nak berada pada masa tu balik... Tp yesterday is pass, now is presence... Ikutkan hati aku aku lagi suka tempt aku kerja dulu... tp ak berada di tempat yg kurg sket... Caranya aku cuba cari kebahagiaan baru disini... takde benda sama...ko kena anggap ni cabaran n dunia baru... Kalo ko tak mampu nak hidupkan suasana ceria atau cari ceria di sekeliling ko... Cuba ko ceriakan diri ko... Macam ko anggap aje datang kerja untuk buat kerja yang menyeronokkan... Buat kerja bersungguh2 n performance yg ko buat tu hasil yg boleh buat ko ceria :P Anyway salam kenal :D Aku Moon

    ReplyDelete
  2. tima kasih Moon ..

    pernah jugak aku try yang macam Moon cadangkan , tapi semua tak menjadi .
    So aku ambik keputusan jalani hidup macam biasa ( walaupun nampak macam orang bodoh )..

    Terharu aku baca komen Moon nie (serius!). tak sangka moon nie blh jadi pakar motivasi,hehe ..
    Neway nice to know you, call me beiby ..

    ReplyDelete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019