Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Wednesday, 22 August 2012

My First try ^^

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Selamat Hari Raya semua, hehehe ..

Hari ini dah hari raya yang ke-4, tak sangka kan cepat sungguh masa berlalu? Ramadhan dah berakhir, semoga Allah panjangkan umur kita untuk ramadhan yang seterusnya, InsyaAllah..

Hari ini aku tak pergi mana2, penatlah. Duduk rumah jelah jawabnya. Nanti kalau ada masa aku updatelah pasal apa yang berlaku tyme aku pergi berziarah dengan kawan2, InsyaAllah. Tapi sekarang nie aku nak cerita pasal percubaan aku yang pertama buat kek. 

Anda semua mesti tahu Kek Batik kan?? Orang kata, dalam banyak2 kek, kek Batiklah kek yang paling senang dan ringkas untuk dibuat. Tak perlukan adunan yang banyak. Bahan2 yang digunkan pun senang untuk dicari. Tapi kadang2 benda yang senang kalau ada something yang tak kena pun takkan menjadi, kan?

Entah apa yang menarik aku nak buat kek nie, tyme puasa lagi aku memang terfikir nak try buat kek batik. Tapi disebabkan sibuk,*sibuklah sangat!! so tak dapatlah nak buat. Dulu aku tak payah nak susah2, coz Mak Yunie akan buat dan bagi aku sedikit, aku just makan saja. Tapi sekarang aku malu nak ambik, Yunie tak ada kat sini :(

Aku nie kadang2 orang kata hangat2 tahi ayam, beriya2 nak buat, tapi bila dah ada kesempatan timbul pulak malas aku. Baru2 nie aku ada beli majalah Remaja, disitu ada cara2 nak buat kek batik. Aku apa lagi semakin excitedlah nak test buat kek tu.

Disebabkan raya pertama dan ke-2 aku agak sibuk so tak dapatlah nak tunaikan hajat aku. Tapi bila Lisa msg dan ajak pergi bandar coz dia nak minta tolong teman beli barang2 keperluan dia untuk ke UMS, aku apa lagi ambik kesempatanlah nak beli bahan2 untuk buat kek tu.

So semalam, dengan excitednya aku buatlah kek tu. Mula2 gementar jugaklah, besalah first try katakan. Mak, mak cik dan adik aku Jalil ketawakan aku. Mereka pandang rendah dengan aku?! Semua cakap benda yang sama, "eleh, pandaikah kau masak?!" Takpa, aku tak kisah sekurang-kurangnya mereka dah menaikkan semangat aku, hehe..

Dengan 1% bantuan dari Mak, dan 1% lagi dari Macik aku dapat hasilkan kek batik yang 98% dari hasil buatan aku, ahaha.. Inilah Hasilnya


Nampak macam jadi kan? Aku pun tak pasti sangat benda nie jadi ke tidak. Aku malu nak nilai hasil kerja aku sendiri kang nanti orang kata pulak aku masuk bakul angkat sendiri, takmo2, hoho.. Tapi aku rasa macam manis sangatlah, orang kencing manis boleh kencing malam jadinya nie..

Yang bestnya, Mak senyum (mungkin bangga sikit dengan one & only anak daranya nie) and then, mak kata " ada jugak hasil buatanmu yang boleh di makan", hehe.. Pujiankah itu mak?!

So kalau kamu nak nilai hasil buatan aku nie jemputlah datang rumah, dengan segala hormatnya dipersilakan, hee..

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments: