Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v
Pada hari ahad yang lalu, iaitu 29hb Julai 2012 bersamaan 10 Ramadhan, adik aku yang baru saja nak bersuai kenal dengan motor yang dia baru beli 2 hari (kalau tak silap) dah dapat kenangan dan juga parut yang mungkin takkan hilang buat selamanya
Kecian kan?! memanglah.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tapi nak buat macam mana, benda nak jadi. Tengoklah keadaan motor di atas tu, agak teruk jugaklah kerosakkannya. Sekarang nie dalam proses membaikpulih. Mesti anda nak tahu keadaan tuan punya motor jugakkan??
Perhatian !! : Agak mengerikan dan mengelikan bagi sestengah orang, so siapa yang memang tak boleh tengok tu diharap janganlah beranikan diri tengok ya?
Sekarang nie orangnya sihat walafiat jugak. Tak macam orang sakit pun. Tak boleh nak duduk diam, ada saja dia nak buat walaupun keadaannya tak mengizinkan. Biasalah istaring kan, memang begitu konon!! Nak larang pun bukannya dia nak dengar, so tengok jelah apa yang patut.
Adik aku seorang nie susah sikit nak makan obat, memang langsung tak suka nak makan obat sejak dia kecil lagi. Kami risau jugak manalah tau kalau2 ada dalaman yang cedera. Well, tak blh nak kata apa dah kalau dalam kapla ada batu duduk dalam besar punya, ahaha..
Sadis jugaklah adik aku nie aksiden, sudahlah badan bergeser dengan aspal, kena pijak lagi dengan motor, kawan dia sendiri pulak tu. Tapi benda tu tak disengajakn juga. Sebab itulah adik aku tak nak besarkan hal tu bila aku suruh dia bagitau parents pasal benda tu, dia tak mahu. Adik aku kata, "tak apalah, kawanku jugak. Kalau orang lain lama uda tu kena". Laa, macam tu jugak pun ada ka?!hmm..
Semangat setia kawan saja yang adik aku nie sama dengan aku, yang lain2 kami memang tak sehaluan. Perangai kami berdua ni agak kontra. Tak macam adik aku yang bongsu, perangai dan minat kami memang hampir sama. Tapi sekarang nie aku bukannya nak bandingkan adik2 aku ya? Harap maklum..
Yang aku tak puas hati, ada yang menyalahkan warna motor tu. Kononnya tak bolehlah guna warna tu, tak selamatlah, apalah, grrrr !! Apa kes warna yang disalahkan?! Disebakan itu adik aku cadang nak tukar warna motor tu, dia dah taknak guna warna itu lagi, kononnya sebab warna tu dia jatuh. Ngeh, nonesense !!
Dah dia yang tahu hari dah nak masuk magrib tak tahu nak balik rumah, Alih2 nak salahkan warna pulak. Adil kah macam tu?! Punyalah suci warna tu dia nak tuduh macam2 lak, warna tu tak bersalah, huhu. Sekeh kang baru tahu !!. Maaflah aku ter'emo lak gara2 warna, hehe..
Raya tinggal 2 minggu lagi nie?? Agak2 dapat kah kau sihat cepat deq?! Hmm.. Harap2 lah ya?? Kecian lak nanti ko. Cepat2lah sihat ya? Jangan risau kakakmu ini akan doakan kau cepat sembuh ya adekku.. :)
Amiiiinnn...
No comments:
Post a Comment