Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v
Diam tak diam sekarang nie dah 12 Syawal kan? Cepatnya masa berlalu, rasa macam baru semalam aku pergi beraya dengan kawan2 (bolehkah macam tu?) ahaha..Rakan2 blogger dah banyak post pasal raya mereka sampai berepisod2. Siap upload gambar yang cantik2 lagi. Jeleslah sikit, tapi tak banyak, hee..
Aku tak banyak sangat snap gambar tyme raya nie, maklumlah sejak diriku kehitaman rasa nak berposing depan kamera tu kurang. Malu sangat nak tengok kamera, serius!! aku malu nak tengok hasil gambar tu.Gambar dengan family pun tak ada! Tengoklah, betapa malu tahap gabannya aku kan? hanya kerana kulitku yang kegelapan, ish2!
Berbalik cerita raya, raya pertama aku tak dapat pergi mana2 pun sebab sibuk bantu mak masak. Banyak benda belum kami settlekan, sampaikan kami tak pergi sembahyang raya. My dad dan adik2 saja yang pergi.
Raya ke-2 baru aku beraksi, ahaha.. Wadi macam biasalah, datang rumah awal pagi, Nasib aku dah bangun tyme tu.. Mula2 aku, Wadi dan Cinta (Echa) turun bandar nak jumpa kengkawan yang lain. So di bandar tu kami jumpalah dengan Ica, Amil, Andi dan satu lagi budak lelaki tu aku tak kenallah pulak, tak ingat nama dia. Tahun nie, kami kurang seorang ahli Rullah. Dia tak dapat join sebab sekarang dekat Melaka (agaknyalah)
Lepas kami semua dah berkumpul, kami terus direct ke sasaran pertama, huhu.. Rumah Tijah. Di rumah Tijah kami dah bertambah ahli, Ina dan kekasih hatinya join kami. So jumlah keseluruhan kami seramai 10 orang termasuk aku.
Psstt !! Ada kisah lucu nie? Tapi takot pulak nak cerita nanti kang orang nie kerjakan aku pulak. Tapi tak apalah, tak ada masa kot dia baca blog aku nie, ahaha.. Begini, tyme nak balik dari rumah Basri (boyfriend aka selingkuh Tijah), aku, Ica, Tijah, Wadi dan (oh ya!) ada penambahan seorang kawan lagi, tapi aku tak ingatlah nama dia. Tak apalah, siKawan lah namanya, hee.. Kami berempat tunggu kawan2 yang lain dihantar keluar. Almaklum, rumah Basri tu agak jauh masuk dalam. Keretanya pun kecik saja so terpaksalah Basri ambil pergi dan balik 2 trep.
Dalam kami menunggu tu, terjadi perkara yang agak lucu tapi mengejutkan. Bila ingat rasa nak ketawa terguling2 pun ada, haha.. Masa tu, aku tak pasti apa yang Ica dan Tijah kecohkan, aku lak tyme tu tengah bercakap dalam telefon dengan little bro aku. Tiba2 aku tengok Wadi jatuh dalam parit. Dia jatuh depan mataku, tapi aku tak dapat berbuat apa2. Dalam hati sempat berbisik,"kawan apa aku nie?" Mungkin agak lama jugak aku berdiam, sampaikan little bro aku menjerit panggil aku. "Sorry Deq".
Tapi syukur jugaklah Wadi jatuh dengan cara bermaruah. Dia jatuh dengan cara berdiri, ada stail tau,haha.. Nasib ada paip air yang sebesar 6 inci tu tempat dia berpijak. Dan syukur jugak air parit tu tak tinggi/banyak. So dia pun tak kotor sangat, skirt dan kaki dia saja yang kotor. Tijah terus kol Basri minta dia bawakan air untuk Wadi. Kejadian tu macam sekelip mata saja, itu yang kami anggap itu sebagai lawak, nasib wadi tak kisah. Kami pun hairan entah macam manalah dia boleh jatuh.
Lepas kejadian tu, kami teruskan perjalanan kami. Dah puas aku merepek, saatnya tengok gambar pulak. Walaupun tak banyak, tapi kira adalah nie ye..
Err.. punyalah sikit !! ahaha.. Oklah, itu sajalah kali nie.. Selamat Hari Raya. Maafkan kita nie kalau ada terkasar bahasa dengan anda2 semua ya??
p/s : tengoklah betapa pemalunya aku, asyik menyorok saja bila bergambar, ahaha .. malu gila..
hak2 excited sgt kot kawan kau tu nk pergi beraya.. smpai terjatuh longkang xD
ReplyDeleteahaha.. agaknya la tu.
Delete