Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v
Ramai anatara kita yang tidak tahu, sekarang ini tengah
berlangsungnya Pertandingan Bakat dangdut, D'Academy Asia yang
disiarkan di salah satu stesen television Indonesia (Indosiar). Pertandingan ni
kira besar jugaklah kerana ia melibatkan peserta dari 4 negara yakni Indonesia,
Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Setiap negara menghantar 5 wakil
yang akan bersaing di D'Akademi Asia. Program ni disiarkan secara langsung
setiap malam pukul 18.30 WIB.
Program ini dihoskan oleh pengacara² yang tidak asing lagi
di negara tersebut yang sentiasa mengamatkan keadaan iaitu Ramzi, Rina Nose,
Irfan Hakim dan Andika Pratama. Manakala, juri² yang terlibat pulak Saiful
Jamil (Indonesia), Soimah (Indonesia), Iis Dahlia (Indonesia), Inul Daratista
(Indonesia), Ivan Gunawan (Indonesia), Roslina (Singapura), Fakhrul Razi
(Brunei Darussalam), Mas Idayu ( Malaysia), Amelina (Malaysia).
Walaupun nama pertandingan ni Pertandingan Pencarian Bakat
dangdut tapi tak semestinya peserta hanya menyanyikan lagu dangdut. Mereka
jugak boleh membawakan lagu² asli melayu seperti lagu zapin, lagu joget atau
yang seumpama dengannya. Peserta juga akan bersaing dalam 2 pusingan dimana dalam pusingan kedua peserta yang mendapat point terendah akan tersingkir. Pada 18th Nov baru² ni peserta dari Singapura, Abby Tinara telah tersingkir. Manakala peserta dari Malaysia, Mimifly atau Mimi (OneNationEmcee) berapa ditempat ketiga.
Yang uniknya dengan pertandingan ini, selain diadili dan dikomen oleh juri² yang ada, mereka jugak akan diadili dan diberi markah oleh dewan
juri secara online streaming. Juri² tersebut adalah Pak Ngah (Malaysia),
Zulkefli (Malaysia), DJ Daffy (Brunei Darussalam), Hans Anwar (Brunei
Darussalam), Mayuni (Singapura), Hendro Saky (Indonesia) dan Hetty Koes Endang
(Indonesia ).
Berikut ini Senarai Nama Peserta TOP 20 D'academy Asia 2015 :
Oleh sebab kita di Malaysia ni tak dapat nak saksikan secara langsung dikaca tv, so kita hanya boleh tengok dekat Youtube walaupun bukan live. Oklah tu dari tak adakan? Kita kena sokong dan bagi semangat dekat peserta² dari Malaysia kerana mereka bukan saja tunjukkan bakat yang ada pada mereka tapi mereka juga membawa nama Malaysia bersama.
Semoga Mimi, Shiha dan yang lainnya berjaya di sana. Malaysia Boleh!! :D
follow sini :)
ReplyDelete