Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Thursday, 12 November 2015

Kek yang Tak Menjadi T.T

Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v


Eee.. Malunya aku!! Entah apalah masalah kek aku ni, entah kenapa pulak tak menjadi kali ni. Aku bukanlah nak kata aku pro sangat dalam buat² kek ni, aku amatur saja budak baru nak belajarlah katakan. Dalam amatur² aku ni pun selalu menjadi jugak.

Sebabnya selama ni aku buat kek kaedah kukus sahaja bukan bakar² dalam oven a.k.a ketuhar. Iyalah, dalam rumah aku ni mana ada oven elektrik yang ada pun oven yang dibakar guna dapur gas. Tahu tak yang mana aku maksudkan?

Ini hah, yang aku maksudkan. .
Nak dijadikan cerita, sebenarnya aku baru beli oven tu, awal bulan baru² ni. Kononnya nak upgradekan skill dari kukus ke bakar. Sebenarnya kukus ni agak rumit  tau kerja dia, kalau dah minit² akhir kukusan tu kita kena jaga dan pastikan kek tu betul² masak kang terlebih masak nanti hangus pulak takdanya bunyi ting..ting.. macam oven elektrik tu, kan?

So masa hari ahad baru² ni (baru ada masa nak update, hee) kerajinan menjelma dan kebetulan myLittleBro midsem break so kami bekerjasamalah membuat kek itu. MyLittleBro ni peminat setia kek aku tau, termasuk myDad jugak. MyMom tak suka sangat sebab dia boleh buat lebih better katanya, hmm..

Aku tak tahulah mana silapnya, adakah sebab adunan kek yang aku buat tu sepatutnya untuk kukus, tapi aku memandai pergi bakar pulak? Kah aku yang sebenarnya tak pandai pakai oven ni? Maklumlah orang kampung kesian, jakun benda² canggih ni tapi gatal nak pakai jgk, hmm..

Betullah orang kata, masak ni seronok tapi itu kalau 'menjadi' apa yang kita masak boleh menghilangkan stress tapi kalau sebaliknya memang sakit hati kitew ni, huh! Nak tahu? Aku bernasib baik tyme tu, sebab myMom sudah tidur, so aku dengan myLittleBro pakat ambik yang elok saja yang boleh dimakan. Yang masih mentah dan hangus tu kami buang, kami ikat kemas² baik punya dengan kompek (beg plastik) dan kami buang dengan campur adukkan sampah yang lain supaya myMom tak perasan. Nampak tak ciri² penjenayah yang ada dalan diri aku? Haha..(ketawa jahat). Syukurlah sampai sekarang myMom tak tahu jenayah yang kami berdua sudah lakukan.

Tapi tak apa, aku akan cuba sampai aku dapat membaking sesuatu. Dah beli kenalah guna kan? Kalau tak rugi aku beli. Neway, kalau ada antara anda² yang membaca (ada ke?) entry ni? Bagilah komen, kenapa kek aku jadi sampai macam tu (malu nak tengok kek tu), dimana silap dan salah yang aku telah aku lakukan. Dan kalau sudi bagilah petua dan tunjuk ajar sekali ye?



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019