Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Saturday, 7 November 2015

Merawat Kucing yang Muntah Cacing

Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v


Adakah kamu seorang cat lover? Pernah tak kucing kamu mengalami muntah cacing? Sound weird kan? Geli pun ada, mesti korang terbayang macam manalah keadaan itu for those yang tak tahu kan?

Sebenarnya aku pun baru tahu pasal benda ni. Selama ni yang aku tahu kucing hanya berak cacing maaf* seperti yang dialami oleh kanak².

Sebelum ni aku dah ada seekor anak kucing yang mati sebab kecacingan, sedih tau. Aku bagi dia minum ubat cacing kanak², tapi umur dia tak panjang dan mungkin ubat tu tak sesuai untuk haiwan, Hmm.. itulah padah kalau nak jadi veterinar yang tak bertauliah.

Tanda² paling ketara kucing terkena ialah bila kucing kita tidak selera makan dan tidak bermaya serta tidak aktif seperti selalu. Masa nampak kucing aku dalam keadaan macam tu aku sudah agak dia alami kecacingan tu. Tapi bila kebetulan aku ternampak dia muntah dan ternampak benda yang bergerak dalam muntahnya punya terkejut beruk aku. Nasib cuma seekor cacingnya, kalau tak maybe aku dah berlari kegelian.

Oleh sebab aku tak mahu kucing aku menerima nasib yang sama macam kucing aku yang sebelum ni, aku google cara yang betul untuk rawat sakit kucing aku ni. Cari punya cari memang aku tak dapat. Tapi aku try jugaklah tips yang ada di google tu, Alhamdulillah kucing aku dah aktif semula dan bising macam selalu bila dia lapar.

Caranya, ambil 1/4 bawang putih lumat/tumbuk sampai halus. Kemudian campur dengan makanan kucing kamu. Tapi aku campur dengan susu sebab kucing aku tak mahu makan. So kalau susu senang sikit nak suap si kucing tu. TAPI kena ingat, bawang putih kalau berlebihan boleh membahayakan kucing kita. Tengoklah dulu keadaan kucing dalam 2-3 hari. Kalau tiada perubahan adalah baiknya kita bawa kepada yang pakar.

Ada satu aku pelik pasal cacingan kucing ni, sakit ni berjangkitkah ya? Sebabnya seekor demi seekor kucing aku dapat sakit yang sama. Kesian aku tengok kucing² aku tu, sedih tau. Tapi aku try jugak bagi bawang putih macam yang aku buat dengan kucing aku yang sudah sihat tu.

Oklah cukuplah untuk hari ini saja aku merepek. Selamat berhujung minggu semua. LOL ;)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

1 comment:

  1. kucing qila pun pernah kena,huhu terus qila bawa ke doktor kucing,
    dapat ubat cacing ;) jemput datang blog http://aqila-qila.blogspot.my/

    ReplyDelete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019