Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Friday, 27 November 2015

OFFICIALLY 25th NOW

Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v

Alhamdulillah, hari ini  genaplah umurku 25 tahun, omg! Rasa tua sangat pulak diri ini, haha.. Kini aku melangkah ke satu lagi fasa kehidupan, iaitu alam dewasa dan oleh itu aku terpaksa ucap selamat tinggal untuk alam remaja, wuuw sedih pulak rasanya..

Aku dah tak boleh berhuhahuha macam kanak² riang. Aku mesti jadi matang, cool dan feminim macam kakak², hmm.. bolehkah aku macam tu? Orang kata umur dengan perangai aku ni tak setaraf (adakah patut?) umur dah tua tapi perangai masih macam budak², manja dan gedik (sikit jew) tak sudah. InsyaAllah aku akan cuba matangkan diriku, jadi setaraflah umur dan perangaiku.

Terima kasih kepada kawan² dan familyku yang bagi ucapan untuk aku. Doa kalian aku sangat hargai. Dan tak lupa kawan² sekerja yang sudi buat surprise, terima kasih banyak korang terharu aku, kamu semua memang the best, hehe.. Comel sangat kek yang korang bagi, nak makan pun tak sampai hati. Meh aku belanja gambar kek tu ;

Comel kan? Warna kuning gitu, dah tu sedap pulak.. yummyyy..

Apa-apa pun aku bersyukur kehadrat Ilahi sebab masih bagi peluang aku hidup di muka bumi ni. Semoga aku akan lebih tabah menjalani hari² mendatang, dan semoga aku diberi kesempatan lagi untuk hidup lebih lama supaya aku boleh berbakti untuk kedua orang tuaku dan memperbaiki diriku agar mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi muslimah sejati, InsyaAllah, Aminn..

Eh, eh.. korang pulak taknak wish dekat aku ke? Hee.. kalau sudilah J


p/s : I wish I can meet my prince charming one fine day, INSYAALLAH (haha, mimpi je lah kau cik Beiby oi!)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

  1. Happy belated birthday dik. May Allah blessed u all the time.... Take care...
    jom support our segmen : misi kembara si citam

    ReplyDelete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019