Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday, 14 December 2015

10 soalan dari #jmbelog

Assalaumalaikum..
Moshi² (^.^)v..

Oleh kerana hari ni aku terasa bosan yang amat, aku usha-ushalah blog yang aku follow. Then aku ternampaklah entry dari blogger jmbelog. Walaupun aku tak tersenarai dalam tagging beliau tapi JM kata siapa² pun boleh jawab. So, dengan tak tahu malunya aku nak menjawab jugak, haha..

1) Tentang diri anda

- Tiada yang special sangat pun pasal diri aku ni, just ordinary girl yang kadang kala agak senget kepala otaknya. Boleh panggil aku Beby (malu dah nak guna nama ni sebenarnya) tak pun Yatie.Tapi sebenarnya aku banyak nama panggilan tau, tak perlulah nak senaraikan satu² bukan ini tujuan soalan tu, hehe..  so suka hatilah nak panggil apa, kalau aku respon bila dipanggil bermakna itulah nama aku.

2) Negeri kelahiran anda

- Tempat kelahiran aku nun jauh menyeberangi Laut China Selatan, iaitu Sabah Di Bawah Bayu bha. Bangga juga jadi sabahan ni walaupun baru² ini banyak dugaan dan khabar angin yang terjadi. Kesian bah..

3) Apa selalu anda lakukan bila ada masaalah atau stress

- Aku bukannya nak kata aku ni alim, tapi kalau aku dalam situasi yang dinyatakan aku kan ambik wuduk dan solat. Takpun aku akan berkurung dalam bilik dan menangis semahunya sampai aku lega. Bila dah rasa lega barulah otak boleh berfungsi untuk selesaikan masalah kan?

4) Dari mana hadirnnya idea anda berblog

- Dari zaman sekolah lagi aku minat berblogging sebabnya aku terpengaruh dengan satu cerita dekat tv ni, tapi aku dah lupa cerita apa. Bila tengok watak dalam cerita tu selalu update pasal kehidupan dan apa yang dia lalui setiap hari aku rasa macam best je, di situlah aku tanam minat nak berblogging. Tapi oleh kerana time tu family aku tak mampu nak belikan computer dan sediakan internet so keiginan tu terlupakan begitu sahaja.

5) Bila mula berbelog

- BIla dah habis SPM, aku ambil keputusan untuk bekerja sementara di Cyber Café. Ada seorang rakan sekerja aku ni rajin berblogging, bila tengok dia tiap hari ada saja yang di updatenya so, keiginan berblogging tu muncul semula. Pada permulaan nak berblogging memang agak blur, then malas nak cari tahu aku pun give uplah dan dalam hati berkata, “tak semudah yang aku fikirkan”. Then tibalah satu saat bila aku terasa bosan asyik buka facebook di laptop, idea aku untuk berblogging muncul semula. Kali ini aku dah tekad mahu jadi seorang blogger, dan sampailah sekarang walaupun tak sehebat mana pun penulisan aku ni.

6) Pernah anda sambut hari lahir, hadiah istimewa yang pernah anda dapat

- Pernah. Syukurlah boleh dikatakan tiap tahun ada saja surprise party yang dibuat oleh officemate aku. Tapi bukan untuk aku saja, kawan² sekerja yang lain pun kami buat jugak.

- Rantai. Hadiah ni boleh dikatakan istimewa jugaklah sebab diberikan oleh seseorang yang “pernah” jadi orang istimewa untuk aku. Bukan ex-boyfriend tau, kami hanya kawan aku je terlebih feel time tu kira macam bertepuk tangan sebelahlah, sedih plus malu aku. Tapi syukurlah kami masih boleh berkawan sampai sekarang.

7) Bagaimana ciri-ciri seseorang untuk teman hidup anda

- Err.. cam mana eh? Boleh tak kalau aku nak yang kaya dan kacak?haha.. Tak adalah, gurau saja ye? Bagi aku paling penting dia boleh jaga dan terima aku bersama familyku dengan seadanya. Boleh bimbing aku dan bakal anak² aku kejalan yang dirahmatiNya, InshaAllah.. Tapi kan, kalau dapat dia ni pun ok jugak, heeeeeeeee.....


8) Ucapan istimewa yang pernah anda terima dari seseorang / sesiapa saja

- Ucapan yang aku rasa istimewa sekali ialah daripada parents aku. Tak kisahlah ucapan hari jadi ke, tahniah ke apa-apalah ucapan dari mereka, buat aku terharu dan rasa gembira.

9) Pendapat tentang blog JM

- Bagi akulah kan? BlogJM simple and nice. Tak semak sangat dengan gadjet² yang entah apa². Part yang aku paling suka ialah kalimat suci yang animated tu. First time aku masuk ke blog JM memang yang itu buat aku terpaku dan hanya satu ayat keluar dari mulut aku, “WOW!”.

10) Berapa peratus layak untuk blog JM

- Aku tak pandai nak bagi² peratus ni. Tapi kalau aku bagi, JM jangan marah tau. Aku bagi 85/100, hee.. Sikit sangat ke? Maaf ya? Aku tak tahulah kenapa aku bagi peratus tu, number tu yang tiba² muncul bila baca soalan yang ini. Apa² pun semoga JM berjaya menjadi blogger yang Berjaya dan maybe boleh jadi yang terkenal kan, siapa tahu ada rezeki. Oklah, itu saja, sekian J


p/s : maaf kalau agak panjang merepek.




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

  1. assalamualaikum. nice komen. JM suka dengan jawapannya, jujur dan berterus terang, In sha Allah, semoga impian anda menjadi kenyataan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah.. hanya impian saja, entah boleh ke tak jadi kenyataan :)

      Delete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019