Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday, 21 December 2015

Tawau Rasai Gegaran Lagi

Assalamualaikum..
Moshi²(^.^)v

Memang kebiasaan aku tiap kali dah siap² nak pergi kerja aku akan cek telefon aku sementara tunggu bas, itu pun kalau ada data internetlah kalau tiada aku berdiri sajalah macam patung dekat bus stop, haha.. Bila aku buka telefon tu, agak terkejut jugak aku tengok jumlah chat dari group whatsapp kawan² aku. Sempat aku bertanya dalam hati, apa yang diaorang bincangkan.

Oleh sebab perasaan ingin tahu tu membuak-buak, aku buka then baca langsung terkejut. "Tawau terkena tempias gegaran lagi?!" Astagfirullah al-azim.. Macam mana aku boleh tak tahu? Aku rasa jugak gegaran semalam, aku tersedar jugak tapi aku ingatkan kucing² aku yang bermain dalam dapur. 

Lepas aku rasa dah tiada apa yang berlaku aku sambunglah balik tidur aku. Dalam kemamaian aku tu sebenarnya sempat jugak otak aku bagi isyarat yang tadi tu gempa bumi. Tapi aku buat dunno saja sebab rasa mengantuk masih bersisa.

Ini adalah gegaran kali kedua yang dirasai oleh kami (warga Tawau). Sebelum ini tidaklah kuat sangat gegarannya. Jadi orang yang tidur mati macam aku ni memang confirmlah langsung tak rasa gegaran tersebut. Tapi kali ini gegarannya memang kuat, aku boleh terasa walaupun aku tak perasan itu gegaran gempa bumi.


Dunia semakin tua, apa² saja boleh berlaku. Selagi kita boleh berwaspada kita berwaspadalah. Apa² kita hanya mampu berserah padaNya. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya. Baca selanjutnya disini #prayforTawau


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019