Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v
Sudah lama rasanya aku tak update pasal DAA ni kan? Rasa
macam dah banyak tertinggal ni. Tak apa, aku rajin hari ni so aku akan trylah
update sebaik mungkin, InsyaAllah..
Entry yang lepas aku update pasal Top 15. So mari kita semak
siapa yang berjaya ke pusingan seterusnya dan siapa yang tersingkir ;
DA Asia Grup A
Irwan DA2 (Indonesia)
Shiha Zikir (Malaysia)
DA Asia Grup B
Lesti DA1 (Indonesia)
Wan Syuhada (Malaysia)
DA Asia Grup C
Danang (Indonesia)
Yaniey Junaini (Brunei)
DA Asia Grup D
ATY DA2 (Indonesia)
MimiFly (Malaysia)
DA Asia Grup E
Evi Masamba (Indonesia)
Hazman (Malaysia)
Namun, perjuangan peserta yang tersingkir tidak terhenti di
situ sahaja.Pada 9 Disember, mereka diberi peluang sekali lagi ke pusingan
Wild Card. Di mana hanya dua daripada lima orang peserta dipilih untuk ke
pusingan seterusnya iaitu Top 12.
Berbeza dengan sebelum ini, nasib para peserta ditentukan
dengan point yang diberi oleh Dewan² Juri, tapi pada kali ini komentator/pengkritik diberi
kuasa sepenuhnya menetukan siapa yang harus dan layak untuk diberi peluang
sekali lagi dengan memberi lampu hijau (layak) atau merah (gagal) mengikut
persembahan yang mereka tunjukan. So mari kita semak keputusannya ;
Tahniah Henny dan Fitri :) |
Setelah selesainya pusingan Wild Card, pusingan Top 12 pulak
berlangsung. Pusingan kali ini hanya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
A dan B. Format pertandiangan sama juga dengan sebelum-sebelumnya.
Malam semalam merupakan malam result untuk kumpulan B dan
merupakan malam terakhir untuk pusingan Top 12. Keputusan pusingan kali ini
agak mengecewakan kerana dua orang peserta yang tersingkir adalah dari
Malaysia.
Grup A
Irwan DA2 (Indonesia)
Lesti DA1 (Indonesia)
Evi Masamba (Indonesia)
Wan Syuhada (Malaysia)
Yaniey Junaini (Brunei)
Grup B
Henny Hanip (Singapura)
Danang (Indonesia)
Aty DA2 (Indonesia)
Shiha Zikir (Malaysia)
Fitri Hiswandy (Malaysia)
Malam ini pula akan berlangsungnya pusingan Top 10. Tiada
perubahan kumpulan yang dilakukan. Setiap peserta dari setiap kumpulan akan
diberi dua kali (hari) untuk bertanding mengumpul point sehingga salah seorang
dari setiap kumpulan tersingkir.
Nampak gayanya pertandingan ini seperti didominasikan oleh
peserta dari Indonesia. Tidak dapat dinafikan lagi kehebatan peserta² mereka
yang sentiasa mendapat pujian dan mengumpul mata tertinggi disetiap pusingan.
Sepertinya kita dah boleh agak siapa yang akan menjuarai pertandingan ini.
Tapi mungkin terlalu awal untuk kita buat ramalan walaupun
itu mungkin kenyataan, kita tunggu dan lihatlah dulu bagaimana hasilnya kerana
peserta dari negera kita tak kurang hebatnya denagn sandaran utama kita, Shiha dan
Syuhada yang setiap hari dapat dilihat peningkatannya. Jadi teruskanlah
menyokong mereka agar mereka lebih bersemangat untuk terus berjuang.
p/s : sukanya tengok Amelina jadi komentator
No comments:
Post a Comment