Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Saturday 18 January 2014

Jangan lafazkan ini (Bila Awek Menangis)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Hai semua.. Sebagai perempuan biasanya kita nie lebih mudah menitiskan air mata berbanding lelaki. Lebih-lebih lagi time kita period atau stress kita boleh menangis sampai tersedu-sedu kan?!

Selalunya si lelaki akan cuba untuk menenangkan teman wanitanya yang sedang menangis. Tapi malangnya, si lelaki kerap melakukan kesalahan ketika berkata. So jom kita berkongsi perkara yang tidak boleh diperkatakan pada si gadis yang sedang menangis.


 "Lupakan Saja"
Bila lelaki menyebut perkataan ini, si gadis akan jadi bertambah sedih. Bahkan ia boleh membuat tangisannya bertambah teruk. Kesedihan tidak boleh dihilangkan dengan begitu saja. Setiap orang mengekspresikan rasa kecewa dengan cara yang berbeza-beza. Menangis adalah salah satu cara yang boleh membuat mereka berasa lebih tenang.

 "Taklah seberat mana masalah awak tu"
Lelaki mungkin menganggap bahawa masalah yang dihadapi oleh pasangannya tidak terlalu teruk. Tetapi jika perkara ini boleh membuat dia sampai menangis, tentu ada perkara yang tidak diingini telah berlaku kepadanya. Mengatakan kepadanya bahawa perkara itu tak seberat mana seolah-olah tidak mangambil berat perasaannya. Tak hairanlah jika pasangan kamu menangis dengan sikap kamu itu.

 "Eh, awak datang bulan lagi ker?"
Gadis akan merasa diremehkan dan tidak dihargai saat lelaki menganggap wanita jadi lebih sensitif kerana datang bulan. Pada fasa ini, gadis menjadi lebih sensitif ketika PMS. Namun, tidak bererti mereka akan menerima bila dikatakan seperti itu saat ia menangis. Perkataan ini seolah-olah merendahkan statusnya sebagai seorang wanita.

 "Awak nie mengada-ngadalah"
Jika si gadis menangis, memang ada perkara yang sangat emotional yang dialaminya. Dengan mengungkapkan perkataan ini, ia akan membuatkan si gadis berfikir yang kamu menganggapnya sebagai seorang yang bermasalah dan selalu suka membuat drama.

 "Saya faham perasaan awak"
Ayat ni memang sudah menunjukkan rasa simpati. Tetapi semua ini palsu semata-mata apabila ia diucapkan oleh si lelaki yang telah menyakiti perasaannya. Merangkul atau menepuk bahu jauh lebih berkesan untuk membuatkan perasaan si gadis berasa lebih baik daripada hanya sekadar mengucapkan kata-kata ini.

 "Sudahlah tu.. berhenti nangis okey!"
Melarang si gadis untuk menangis ketika dia berasa sangat sedih atau terseksa bukan satu pilihan yang bijak. Penyelesaian terbaik untuk mengatasi situasi seoerti ini adalah dengan membiarkan dia meluahkan perasaanya. Meminta dia berhenti menangis bermakna kamu seperti menganggap dirinya tidak stabil dan tangisannya itu seperti menggangu kamu.

So para jejaka sekalian, bersikap jujurlah kamu kerana dengan sikap jujur kamu akan membuat gadis kamu lebih tenang setelah menangis dan menganggap bahawa pasangannya memahami perasaannya. Harap info ni berguna untuk kita semua.



sumber : majalah REMAJA (edisi 15 Jan 2014)



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019