Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Sunday, 25 October 2015

L U P A

Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v

Holla fellas, Selamat hari isnin korang, ada tak yg monday blues hari ni? Itu commonlah kan? Aku pun kadang monday blues jugak, tp hari ni tidak. Iyalah dah hujung bulan kot, nak² lagi hari ni isnin terakhir bulan oktober tahun ni, gila kau tak happy?! Tapak tangan kanan ni sudah gatal rasanya nak pegang duit, wuuu tashabanyerrrr..
Ok la, aku bukan mahu bercerita pasal monday blues, apalagi pasal gaji. Memang tak lah! Tengok title tu? Haaa.. Pendek saja tajuknya bukan? Tak tahu mahu letak title apa sebenarnya, itu saja yang terpikir so letak sajalah yang penting ada bersangkutan, tak gituw?

Beberapa malam sebelum ni, (entah malam bila dah lupa) mata aku ni tak
boleh tidur lagi, so ringanlah tangan aku mencapai telefon tak seberapa pintarku yg ada di sisi masa tu, lalu aku tekan keypad telefon dan cari blog aku sendiri. Itu pn terpaksa cari dekat google (Realiti si Mata Kuyu), nak cari guna url memang tak ingat. Siapa suruh letak url panjang² sendiri terkial². Nasiblah belum ada lagi blogger bagi nama blog dia sama macam aku, kira nama blog
aku ni masih rare lagilah kn? (bangga sikit)

Okey back to story, aku godek²lah blog aku ni, aku baca entry aku yang lepas². Kadang tu sampai terdetik di hati "tak sangka, pandai jugak aku berblogging, walaupun tak sehebat Keknis atau Ben Ashari, heeeee". Astagfirullahalazim TERpuji diri sendirilah pulak, maafkan saya =.='..
Then tiba² terjumpa pulak entry ni..




Seriously, aku betul² tak ingat. Aku memang lupa ada kejadian macam ni jadi dengan aku. Tapi bila fikir² balik takkanlah aku nak tulis suka² kan? Takkanlah aku yg reka² cerita pasal tu pulak kan? Apa faedah aku dapat? Nak kata mahu dapat publisiti, memang tak lah, apa lagi kontroversi ingat aku ni artis?! Hmm, tp betul aku lupa tika dan saat itu. Kalau kamu rasa nak baca penuh entry ni, pergi sini ye.

Orang yang tidak aku kenali yang aku gambarkan dalam entry tu memang tak dapat aku gambarkan lagi, im totally lost! Betul² lupa siapakan gerangan hamba Allah yg telah mengeluarkan kata² yang harap²lah menjadi realiti tu. Siapa tak nak kaya kan? Mestilah semua mahu, kamu mahu kan? Aku pun mahu jugak. Tapi itulah, sampai sekarang tak kaya² jugak. Macam mana nak kaya, kalau tak
ada kemajuan dalam diri sendiri masih di tampuk yang lama, masih jadi kuli², masih makan gaji.

Allahualam, itu semua rahsia Allah. Mana tahu esok lusa masinlah mulut orang tu kan? AminInshaALLAH. Kita ni hanya mampu merancang Allah yang tentukan segalanya, sebagai manusia kita kena berusaha untuk majukan diri sendri, tapi kenalah jugak berdoa kan, supaya lebih berkat usaha kita. Akhir sekali kita kenalah tawakal dan redha dengan segala ketentuannya. kipidap don gibab..
Yang terbaik biasanya datang terlambat, Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Yang terbaik itu pula mungkin tidak sama dengan apa yang kita inginkan. Yakinlah, usah bersedih.



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019