Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Sunday 24 November 2013

My New Familia (Inci & MInci)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Hye u'olls.. Hari ni aku happy sangat coz my mum dah belikan seekor lagi arnab. Minggu lalu dah beli satu tapi lumrah dunia setiap yang bernyawa mesti bertemankan? So now, dah cukup dah sepasang arnab aku mudah-mudahan berkekalanlah hendaknya sampai ke anak cucu, hehe ..


Yang di atas ni my mum belikan minggu lalu (17 Nov 2013), kami bagi nama Inci. Kononya jantan, tapi kesahihannya belom di kenalpasti. Yang baru beli pulak kononya betina. Kalau ada masa nanti aku upload gambar dia ye?. Kami bagi nama Minci, ahaha.. sweet gitu..

Sebelum nie aku ada jugak beli arnab, aku ada post entry tu di sini, tapi umurnya tak panjang. Tiada jodoh kami bersama, cewaaahhh.. Yang sedihnya bukan sekali tapi dua kali, sakit hati sangat!! Yang pertama mati sebab monyet aku yang ganas tu, adakah patut dia pergi gigit?! Geram sangat masa dapat tahu, mahu saja aku cekik-cekik monyet tu, tapi aku hanya mampu pandang monyet tu dengan mataku yang berair. Lagipun maybe monyet aku tu tak sengaja kot, ahaha, ada pulak gitu.. Yang kedua tu pulak tak pasti sebab apa, coz my mum kata arnab tu memang dah kaku masa my mum tengok. Tapikan aku rasa dia kesakitan, coz malam sebelum kematiannya tu arnab tu ada terjatuh dari peganganku. Memang nervous gila jugaklah aku tyme tu, tapi bila aku tengok balik macam ok jerr arnab tu siap berlari-lari macam tak ada apa jadi. Tapi tak sangka esok paginya tyme aku pergi kerja arnab tu pun pergi. Aku rasa bersalah sangat..

Sebab kejadian tu, aku dah surender nak bela haiwan tu, aku hanya dengar cerita kawan sekerja aku pasal arnabnya.. But now, aku dah bersemangat nak bela semula. Insha Allah aku akan jaga dengan dengan baik. Haiwan tu pun mahkluk Allah, tak salah kalau kita kongsi rezeki yang ada bersama, kan? So thats all for tonight, nanti kang ada cerita pasal mereka ni aku update. Tapi itu pun kalau aku ada masa lah update, hee..

p/s : Semonga kali ini bertahanlah arnab-arnab itu, semoga kekal sihat ya Inci & Minci..

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019