Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday 9 December 2019

1st Giveaway by YYSELLA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Jom kita meriahkan giveaway saudari kita ni.. Jangan lupa klik banner tu tau..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday 1 December 2019

Review : Extraordinary You (K-Drama)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'



Disebabkan drama ni berlatar belakangkan alam persekolahan memang aku dah letak dalam list Kdrama Must Watch aku. Aku suka tengok drama yang bertema macam ni (cerita dak-dak sekolah), entahlah kenapa. Walaupun cerita sebegini kadang jalan ceritanya agak cheesy dan cliché, tapi drama yang ini berlainan sikit (sikitlah tak banyak) serius! lain dari yang lain.

Sinopsis ;

Drama ini dimulakan tayangannya pada 2 Oktober dan tamat pada 21 November 2019 yang lalu. Ia merupakan adaptasi dari webtoon yang bertajuk ‘July Found by Chance’.  Eun Dan Oh (Kim Hye Yoon) merupakan pewaris tunggal keluarga kaya, cantik, dan memiliki reputasi yang bagus di sekolah. Sayangnya, sejak kecil Dan Oh menghidap penyakit lemah jantung yang semakin kritikal dan dijangka tidak akan bertahan lama. Walaupun begitu, Dan Oh seorang gadis yang ceria dan sentiasa berusaha untuk memikat hati tunangnya Baek Kyung (Lee Jae Wook) walaupun hanya bertepuk sebelah tangan. Pada suatu hari, secara kebetulan, dia mendapati bahawa dia dan semua orang di dunianya sebenarnya adalah watak dalam sebuah buku komik yang bertajuk “Rahsia” (bimil). Memenuhi kriteria gadis remaja sempurna, Dan Oh berfikir dirinya adalah watak utama. Hingga suatu hari ia menemukan kenyataan bahwa dirinya hanyalah watak sampingan. Tidak puas hati dengan nasibnya, Dan-oh memutuskan untuk menjalin takdirnya sendiri dengan mengubah plot cerita itu dan mencari cinta sejatinya sendiri. Harapannya untuk membebaskan diri dari pengawasan Sang Penulis menjadi lebih kuat dari sebelumnya ketika dia tiba-tiba berjumpa pelajar tanpa nama yang digelar Pelajar Nombor 13 (Kim Ro-woon), dan kemuadian Dan Oh memberikan nama Haa-Roo untuknya.

Masa drama ni still on going, asal aku scroll ig memang banyak video clip scene drama ni. Oleh kerana tak nak mood spoiler dan tunggu sampai drama ni tamat baru aku nak tengok marathon, so aku terpaksa pandang sebelah mata. Tak sukalah tertunggu-tunggu episode seterusnya, Penantian itu satu penyiksaan tau, huhu..

Dekat dalam ig tu, banyak scene Baek Kyung dan Dan Oh. Sampai aku mati-mati ingatkan Baek Kyung tulah watak utama lelaki, ternyata eh ternyata bukan pulak. So ceritanya ni banyaklah orang yang tengah SLS (Second Lead Syndrome) dekat watak Baek Kyung ni, Tapi aku tak terkesan pun, SLS aku masih dengan watak Kim Jun Hwan (Ryeon Jun Yeol) dalam drama Reply 1988. Pernah tengok tak? Aku syorkan korang tengoklah tak menyesal punya..



Pengajaran Dalam Drama ;
  1. Setiap dari kita merupakan watak utama dalam kehidupan kita masing-masing tetapi kita jugak akan jadi watak sampingan dalam kehidupan sesetengah orang. Oleh itu, teruskan kehidupan dan berusaha perbaiki diri dan jadilah diri sendiri.
  2. Sekuat apa pun kita berusaha kita tidak akan mampu merubah takdir yang telah ditentukan untuk kita. Andai kita sudah berusaha merubahnya, namum tidak seperti yang kita inginkan maka redhakan saja. Kita harus yakin setiap apa yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik.
  3. Drama ni juga mengajar kita bahawa dalam hidup ini selalu ada risiko. Ke manapun arah dan gerak kita, selalu ada rintangan yang menghalang. Bukan lari dan bukan sembunyi, satu-satunya yang perlu kita lakukan adalah mengahadapinya.


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday 30 November 2019

Planner 2020 Giveaway by Messarah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Memulakan entry untuk bulan december ni kita join Giveaway. Walaupun pemenang hanya dua orang tapi meh la kita try jugak, manalah tau kita salah satu dari dua orang itu kan? Klik banner dan baca syarat-syaratnya. Senang jew syarat-syaratnya, jangan risau..

Aku nak share pasal quotes. Sebenarnya banyak quotes yang aku suka dari bahasa melayu, English sampailah ke bahsa Cina (wahh..) Tapi takkan nak list semua dekat sini kan? Yang aku rasa quotes tu dekat dengan aku dan yang dah biasa guna jelah aku list sini.

1. Hidup Baik-baik
Quotes ni aku ambik dari satu novel, masa sekolah menegah tengah nak dekat-dekat exam sempat lagi aku pinjam novel kawan aku tu. Tapi aku dah lupalah pulak tajuk novel tu. Deep sangat maksudnya..

2. Que Sera-sera
Quotes bahasa French nilah yang inilah paling kerap aku guna. Kalau korang perasan dekat blog aku mesti ada ayat ni. Mesti korang dah biasa dengar kan? maksudnya pun mestilah korang tau kalau dah biasa dengar. Bagi yang belum pasti apa maksudnya ni saya nak bagitahu. What will be will be..

3. The One who loves more is the weaker one ;


Aku perasan quotes ni dari dialog Lee Kwang Soo dalam drama It's okay That's Love. Memang biasa jugak dengar ayat tu kan?

Untuk Sarah, Happy birthday in advance. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Semoga terus maju jaya.. 




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday 14 November 2019

Review : Strangers From Hell (K-Drama)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Stranger From Hell ataupun Hell is other people merupakan drama Korea yang diadaptasi dari Webtoon dengan tajuk  yang sama. Drama ni ditanyangkan pada 31 Ogos hingga 6 Oktober 2019.

Genre drama ni Psychological thriller. So sebab itu aku agak berkira-kira jugak nak tengok sebab genre drama ni aku tak seberapa nak berkenan. Tapi bila tengok jumlah episod yang cuma 10 episod, terusik jugak hati aku ni nak tengok.

Mula-mula tengok tu timbul rasa penyesalan (sikit), hehe.. Sebabnya episod pertama pun dah buat kita rasa tense dan nerve wracking. Tapi tulah, perjalanan harus diteruskan (tiberrr..) aku tekad jugak habiskan 10 episod tu dengan penuh debaran.

Inilah drama yang membuka mata aku untuk melihat Korea ni dengan sisi yang lain, sebab selama ini aku tengok Korea ni tempatnya best-best, menarik, indah dan permai (overnyaa..) walaupun aku tahu realitinya taklah macam yang aku bayangkan. Setiap tempat ada keistimewaannya, negara kita pun tak kurang hebatnya, banyak juga tempat yang best dekat Malaysia ni, kan?

Sepanjang tengok drama ni, semua lokasi dan tempat drama ni aku rasa creepy, even tengok drama korea yang bergenrekan hantu taklah aku rasa creepy sangat melainkan hantu dalam cerita tu buat aku terkejut (cakap besar nampak!). Sebab drama ini jugaklah aku dapat rasakan macam mana tekanannya hidup dekat Korea tu. Semua sedia maklum yang Korea Selatan merupakan antara negara termaju, so rakyatnya harus berusaha dan berlumba-lumba untuk tingkatkan taraf hidup mereka. Wow, sebab tengok drama jew boleh rasa tekanan tu?! Bukan kaleng-kaleng drama korea ni, daebakkk..(haa, tepuk!) *apa aku merepek sebenarnya ni? =.=”

Sinopsis ;
Yoon Jong-Woo (Im Si-Wan) is a man in his 20's. He has lived in a small town for all of his life, but he gets a job at a small office in Seoul. Yoon Jong-Woo moves out to Seoul and stays at a cheap apartment which shares its kitchen and bathroom with other residents. He doesn't like staying at the apartment and he doesn't like the other residents who seem weird and suspicious.
source : asianwiki
Banyak yang puji lakonan Lee Dong Wook dalam cerita ni menjadi. Memang menjadi sangat, sebab dalam drama-dramanya sebelum ini senyumannya itu mampu merncairkan hati wanita-wanita yang melihatnya (cewahh). Tapi dalam drama ni aku tak mahu dan takut tengok dia senyum. Seriously, seram weyy!!! Oppa jjang !! Pelakon-pelakon yang lain pun boleh tahan jugak even ada yang aku tak pernah nampak berlakon tapi berjaya jugak bawakan watak psychopath. Drama ini jugak merupakan projek pertama Im si Wan selepas menamatkan Military Service.

Ending drama ni agak plot twist. Kepada yang dah tengok drama ni tapi tak paham sangat endingnya, aku suggest korang baca entry ini. Mungkin akan bantu korang paham..

Last but not least, moral of the story from this drama ;
  1. Jangan terburu-buru untuk mengambil keputusan
  2. Selalu waspada dengan orang asing, jangan mudah percaya
  3. Jangan ragu dan takut melaporkan hal ganjil yang berlaku di sekeliling kita
  4. Prihatin dengan kawan atau keluarga kita yang mengalami masalah

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Comeback Giveaway by Farah Farhana.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Sempat lagi ni kalau nak join.. Klik banner dekat atas ye guys^^..

Tag ; Miss Oren
        Sihatimerahjambu
        Mialiana


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday 7 November 2019

Busted! : Season 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Kalau bercerita mengenai Korean Variety Shows, automatik kepala kita akan ingat dengan Running Man. Yup, Running Manlah variety show Korea yang pertama aku tengok dan terus jatuh cinta dari episod pertama sampai sekarang Tapi guys, sebenarnya banyak lagi variety show Korea yang menarik, salah satunya adalah Busted!


Busted! ialah program televisyen web Korea Selatan di saluran Netflix yang dibintangi Yoo Jae-suk, Ahn Jae-wook, Kim Jong-min, Lee Kwang-soo, Park Min-young, Oh Se-hun (EXO) dan Kim Se-jeong (Gugudan). Musim pertama terdiri daripada 10 buah episod dan dimulakan dengan dua buah episod pada 4 Mei 2018. 


Actually, aku baru sempat dan habis tengok bulan lalu, hehe.. Dah lama teringin nak tengok sebab dalam ni ada anggota EXO (sehunie) tapi asyik tunda sebab nak habiskan drama korea yang tak habis-habis, haha..

Bakal memulakan tayangan pada 8 November ini (hari ini) tapi agak sedih sikit sebab pada musim terbaru ini tiada lagi Lee Kwangsoo. Menurut satu sumber, pelakon itu tidak dapat menyertai penggambaran musim kedua kerana terikat dengan penggambaran filem pada ketika itu (boleh tahan masyukk juga Oppa satu ni). Pun begitu, seorang lagi selebriti telah diserap sebagai ahli baru iaitu Lee Seunggi (yeahhh!!). 

Mengenai Ahn Jae Wook aku tak pasti pulak kenapa, aku trylah google yang ada cuma berita dia tertangkap memandu ketika mabuk. Tidak dinyatakan sebab kenapa tak join musim terbaru rancangan ini. Tak sabar rasanya nak tengok musim terbaru ni tapi pukul berapa pulak tayangannya nanti?? aduuhhh!! selownya aku..=.="


Sinopsis ;

Tujuh orang selebriti mendapati bahawa mereka adalah sebahagian daripada operasi yang dikenali sebagai Project D, di mana mereka ditanam dengan cip yang mengandungi DNA detektif-detektif terkenal dalam sejarah. Dipimpin oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai "K" (Ahn Nae-sang), mereka direkrut sebagai detektif peribadi dan diberi kes baru dalam setiap episod, sementara memikirkan misteri di sebalik Project D dan penubuhannya.

Edited : Sebenarnya Ahn Jae Wook ada jgk dalam show ni, tapi dalam beberapa episod sahaja  

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tuesday 5 November 2019

LUCID DREAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Maksud Lucid Dream
 Lucid dream ialah keadaan dimana kita sedar ketika sedang bermimpi. Kita boleh mengawal apa yang terjadi di dalam mimpi kita sendiri.

Wow, bunyi macam seroniok jew kan? Bestnya bila dapat bermimpi apa yang kita impikan (eh, tiberr?)

Sebenarnya setiap orang memiliki kemampuan untuk menyedari dia sedang bermimpi, tapi tergantung seberapa cepat kita sedar hal ini dan kemudian boleh mengontrolnya. Setidaknya setiap orang akan mengalami lucid dream satu kali seumur hidupnya secara tidak disengaja.

Honestly, aku seorang lucid dreamer tau. Mungkin disebabkan aku ni jenis yang suka tidur, sebab tulah aku boleh kawal mimpi ikut suka hati aku, haha.. Dulu aku tak tahu pun apa yang aku buat tu namanya lucid dream. Aku ingatkan itu cuma imaginasi aku yang tinggi sampaikan aku bawa ke dalam tidur. 

First time aku sedar yang aku tengah berlucid dream ni masa aku addicted sangat main game, Candy Crush. Tahukan candy crush? game yang pernah popular satu masa dulu, sekarang pun masih popular jugak. Tapi tak macam dululah kan? So nak dijadikan cerita, dulu jadi habit aku sebelum tidur mesti main candy crush, kadang tu ada level yang memang kita takle nak selesaikan, so bila tak dapat selesaikan memang sakit hatilah kan? Bila tidur dalam sakit hati tulah aku bermimpi main candy crush dan selesai dengan senang, haha.. Dan banyak lagilah keadaan sekeliling aku yang terbawa ke dalam mimpi.

Adakah Mempengaruhi Kesihatan?
 Tujuan manusia mengalami lucid dream sendiri belum diketahui secara pasti. Akan tetapi banyak ahli terapi yang memanfaatkan keadaan mimpi sedar sebagai pengubatan atau terapi. Misalnya untuk menyembuhkan trauma psikologi, meningkatkan kepercayaan diri, mengembangkan kepekaan diri, dan menjelajahi alam bawah sedar.

Kerana dalam mimpi sedar, kita boleh melakukan berbagai hal yang belum boleh atau tidak mungkin kita lakukan di dunia nyata. Bahkan beberapa ahli terapi akan memicu mimpi sedar pada orang yang lumpuh agar dalam mimpinya ia boleh merasakan bebasnya bergerak dan berjalan.

For those yang nak merasa Lucid dream ni pun boleh jugak. Ada cara untuk kamu mengalami dan merasai mimpi sedar tu senfiri, nothing imposible guys, huhu..

Cara-caranya;

  1. Tidur di katil dengan baju yang longgar dan selesa, tapi jangan sampai tidak sedarkan diri. Berusaha dan concentrate dengan merasa hembusan nafas kamu selama beberapa saat.
  2. Bayangkan kamu sedang mengira kambing biri-biri atau menaiki tangga, ingat jangan sampai tertidur maksudnya kamu kena tidur-tidur ayamlah, gituuu..
  3. Setelah itu kamu akan mengalami Sleep Paralysis atau ketindihan. Kamu akan merasa dilempar atau ditindih dengan beban berat, tapi jangan bangun tau! Bertahanlah atau usaha kamu akan gagal :(
  4. Setelah berjaya melewati ketindihan, kamu akan mengalami tahap black out, dimana kamu akan merasa memasuki ruang gelap hitam yang kelam. Bertahan, jangan bangun jugak!
  5. Lepas tue, kamu akan mengalami sensasi yang berupa penglihatan ataupun pendengaran. Tahniah kamu berjaya masuk ke dunia mimpi dalam keadaan sedar :)
Aku pernah jugaklah try step dekat atas, tapi tak berjaya aku terus black out sampai ke pagi, haha.. Tapi mungkin kamu boleh, who knows.. Selamat berlucid dream :)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tuesday 15 October 2019

7 Habit Punca Kulit Jadi Kusam


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


1. Malas Membersihkan Wajah
  • Perkara pertama yang harus dilakukan selepas seharian berada di luar adalah membersihkan wajah
  • Jangan biarkan debu dan kotoran serta bahan kimia menempel di wajah hingga menyebabkan kusam dan berjerawat
2. Kurang Menggunakan Skrub
  • Skrub wajah sekurang-kurannya 2 kali seminggu untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada wajah
3. Tidak Menggunakan Pelembab Secukupnya
  • Pilih pelembab yang sesuai dengan kulit anda agar hasilnya lebih memukau
4. Produk Mekap
  • Pilih produk kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda
  • Bersihkan juga peralatan mekap dengan  kerap agar kuman tidak menempel di wajah
5. Sering Tidur Lewat
  • Dapatkan tidur yang secukupnya
  • Sebaiknya, jauhkan diri daripada stress dan pengunaan telefon bimbit sebelum tidur agar tidur lebih nyenyak
6. Persekitaran Yang Kotor
  • Gunkan sunscreen/sunblock sebelum keluar rumah
  • Rajinkan diri untuk bersenam kerana ia mampu mengeluarkan toksin dalam badan
7. Kurang Minum Air Putih
  • Salah satu khasiat air putih adalah menghidrat dan mencerahkan kulit dari dalam
  • Jadi, jangan lupa minum air putih secukupnya

p/s : Take note ya sis semua. Kalau tak buang  habit ni, tak berserilah muka kita nanti^^


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday 14 October 2019

Lirik : ILIR 7 - Entah Apa Yang Merasukimu (Salah Apa Aku)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )


Aku percaya kamu
Tapi lagi-lagi kau bohongiku
kau telah tipu aku

Aku menyayangimu
Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku

Tak pernah kusangka kau telah berubah
Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka, sungguh aku kecewa

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Aku menyayangimu
Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku

Tak pernah kusangka kau telah berubah
Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka, sungguh aku kecewa

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Nota kaki : Lagu Entah Apa Yang Merasukimu atau tajuk sebenarnya Salah Apa Aku yang dinyanyikan oleh kumpulan ILIR 7 yang berasal dari Indonesia ini sebenarnya dikeluarkan pada tahun 2018. Lagu ini menjadi viral tahun ini di kalangan pengguna aplikasi tiktok tapi bukan versi originallah (video di atas) yang popular tapi versi remix yang ala-ala dangdut sikit (video di bawah)..



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday 27 September 2019

LIRIK : Moments - Christopher ( OST Moment at Eighteen/At Eighteen )

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )


Please don't say a word
Cuz they all have been said now
Like a journey coming to an end

You say
Let it run like the river
Wild and without a care
Just like the days, we were young and fumbling

Everything fades away
Let it go by with a flow
Really wish I could stay, but you know me

All the moments we shared
Are not going anywhere
Never quite understood it when you told me

Just close your eyes
and I be right by your side
Cuz memories don't say goodbye

Everywhere I go
you are always there with me
And I was always scared to face the truth

Now I'm still
Waiting right here for you
to hold you in my arms again
Just like the days, we were young and fumbling

Everything fades away
Let it go by with a flow
Really wish I could stay, but you know me

All the moments we shared
Are not going anywhere
Never quite understood it when you told me

Don't go easy into the good night
A part of me always be with you
And I'm never gonna let you go from my heart
Just close your eyes I'm by your side
Cause memories don't say goodbye

Ooh everything fades away
Just go with the flow oh you know me

All the moments we shared
Are not going anywhere
Never quite understood it when you told me

Just close your eyes
and I be right by your side
Cause memories don't say goodbye

source : Musixmatch

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday 25 September 2019

SELAMAT TINGGAL...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )


Uiseyy!! post title macam something jaa bunyinya, siap capital letter pulak semua, haha..
Tak ada apa sebenarnya? Alaa, cuma nak say goodbye dengan header lama aku ni. Rasanya ini header ke-3 atau ke-4 yang aku buat sendiri..

Adiosss header, miss you..

Lama jugaklah aku guna header ni, dah berapa tahun ek? Malaslah kira, huhu..

Masa mula² aktif balik berblogging ni, niat dihati tak mahu tukar header, cukuplah tukar apa yang patut, buang apa yang patut (kononlah).. Tapi bila masuk jew homepage blog, mesti header yang dulu kita tengok kan? So bila selalu tengok aku dah rasa bosan. Dan rasa macam header budak yang baru nak up yang punya, haha..

Disebabkan photoshop dalam pc ni ada problem, aku terpaksa tungu owner (my lil bro) pc ni balik dan betulkan. Tapi entah kemana kesabaran aku, aku pergilah google dekat mana boleh edit photo online free

Mula² tu aku jumpa satu blogger ni, dia recommend buat header dekat Picmonkey.com. Tanpa buang masa aku buatlah, punya fokus aku buat sampai rasa naik juling mata ni. Bila dah siap then puas hati (sikit), aku carilah button save tapi tak jumpa² guys. Yang sakit hati lagi kena bayar entah berapa usd (lupa). Then aku google lagi cara nak save photo dekat picmonkey tapi terjumpa pulak satu blog mat salleh ni yang tak recommend kita pakai picmonkey ni sebab kena bayar untuk jadi member, sign up je free. So useless katanya, huhu.. So, dengan berat hati aku terpaksa merelakan kepergian header yang aku buat dekat situ. 

Dengan azam yang masih bersisa, aku google lagi (banyak jasa mr. google ni) dan jumpalah Pixlr X. Walau tak segrand photoshop tapi bolehlah bantu pulihkan semangat aku yang tersisa ni untuk buat header baru blog. "Adalah bha dari ndak ada" kata orang Sabah. Yang bestnya pixlr X ni, tak perlu nak sign up sign in bagai. Kita boleh terus edit gambar yang kita nak dan cara save pun senang tak susah nak cari pun. Kalau rasa tak puas hati kita masih boleh edit lagi nak save dan edit banyak kali pun tak kisah.

-The End-

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday 23 September 2019

Dahi Singkap Makna Tersirat Pemiliknya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )




Orang kata kalau punya dahi yang luas tu maknanya dia seorang yang bijak pandai, betul ka? Honestly aku jealous dengan orang yang punya dahi lebar atau jendol ni. Dahiku jenis yang banyak anak rambut boleh dikategorikan dahi sempitlah jugak, so kalau pakai tudung mesti anak² rambut yang halus tu tersembul keluar apalagi kalau buat aktiviti lasak memang sakit hati jugak la.

Nak dijadikan cerita, masa sekolah dulu aku selalu jugaklah curi² cukur rambut halus aku bila ada aktiviti sukan di sekolah. Entah kenapa hari tu, nasib aku tak baik boleh pulak kedapatan dengan my mom. Aku punya terkejut dengar suara my mom sampai terluka dahi. My mom kata jangan selalu cukur, nanti makin lebat aku pun percaya then lepas tu dah tak pernah nak cukur² dah. Redho sajalah kalau rambut tu nak keluar.

Cukuplah aku melalut, meh kita tengok dahi siapa yang kenaaa.. Tapi tak semestinya semua betul ye, jangan serius sangat okay? 😉 

 Dahi Lebar
Bagi kamu yang berdahi lebar, kamu dikategorikan sebagai individu pendiam dan suka buat hal sendiri. Kamu hanya akan sekepala dengan mereka yang banyak bercakap malah kamu juga boleh menjadi penghibur di kala teman lain bersedih. Kamu sangat pakar dalam soal simpan menyimpan. Jadi, tidak hairanlah jika kamu punya banyak wang simpanan tanpa perlu risau lagi soal kewangan.

 Dahi Bersegi
Kamu orang yang sangat kuat bekerja. Setiap tugasan akan dilakukan dengan tekun dan besungguh-sungguh. Oleh kerana itulah kamu lebih menonjol bebanding teman² lain. Pun begitu, kamu perlu tahu walaupun dari sisi lain kamu nampak bagus tapi ada juga kelemahan yang perlu kamu akur. Kamu tidak punya ramai teman malah kekok dalam nak memulakan perbualan.

 Dahi Berbentuk Hati
Kuat berimaginasi dan punya cita²yang tinggi. Lebih suka menyendiri dari menyibukkan diri dengan benda² tidak berfaedah. Kamu sukar didekati tapi akan menjadi mesra dengan mereka yang memahami dan sekepala denganmu. Selain itu, kamu tidak suka dengan bebanan kerja dan akan berasa tertekan jika diminta untuk melaksanakan sesuatu tudagan tanpa kerelaan hati.

 Dahi Dipenuhi Anak Rambut
Seorang yang bijak dan kreatif orangnya. Suka menolong orang yang berada dalam kesusahan dan sanggup mengetepikan kepentingan diri. Kamu disayangi ramai kerana sikap pemurah yang ada dalam diri kamu. Namun, dari sisi lain  kamu amat boros dalam berbelanja. Kamu juga sukar bersikap tegas dan sangat lembut hati.

 Dahi Jendol
Dahi jendol bermakna, dahi kamu luas dan sedikit benjol di hadapannya. Apa yang menariknya tentang kamu? Kamu dikatakan seorang yang berjiwa penyayang, cekal dan kuat berusaha dalam nak mencapai sasaran. Malahan kamu sangat setia bila menyentuh soal cinta. Namun dari aspek lain kamu kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri.

 Dahi Sempit
Seorang yang berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain. Kamu juga tidak akan menyerah kalah pada mereka yang cuba mahu menjatuhkan kamu. Bagi kamu jika kamu dipihak yang benar kamu akan berjuangsehabis mungkin. Kamu juga memiliki kebijaksanaan dalam bidang akademik amnya dan sanga desenangi ramai orang.

Sumber : Majalah Remaja (Edisi Dec 2014)

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday 21 September 2019

Terima Kasih Untuk Diriku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'



Dulu kau sempat kukorbankan dengan alasan juga dalih yang kuatasnamakan. Dulu kau sempat menjadi seorang yang begitu jatuh, semuanya yang kau pertahankan berbalik menjadi benteng yang tengah runtuh. Dulu kau menjadi seorang yang kukorbankan atas nama cinta, hingga akhirnya membuat luka di hatimu semakin menganga. Ya karena logikaku telah kalah daripada hati yang terus memiliki perasaan yang amat tinggi.
.
Namun sekarang, kau adalah jiwa yang tengah berusaha menjadi apa adanya. Yang belajar menerima atas segalanya, meski seluruhnya tak pernah menjadi bagian mimpi-mimpimu sebelumnya. Tapi kini terima kasih, karena kau telah lebih memilih mencintai dirimu sendiri. Daripada bertahan namun terus tersakiti. Yang terus membaikkan diri, meski hatimu belum sepenuhnya pulih lagi.
.
Karena kau telah berusaha, kau adalah jiwa-jiwa yang begitu luar biasa. Yang terus berusaha untuk menjadi dirimu sendiri, termasuk ketika kau ingin bangkit lagi—untuk keadaan yang lebih baik lagi. Karena hidup akan terus berjalan, maka kau kini lebih memilih hal-hal yang membaikkan. Tak lagi memilih sebuah luka, apalagi hanya menuruti ego dan juga rasa yang sampai kapan pun tak akan pernah bisa berhenti dan merasa cukup.
.
Terima kasih telah berusaha menjadi dewasa, memilih apa-apa yang kau rasa membuat batinmu lebih baik dari sebelumnya. Terima kasih telah mendampingi saat semuanya begitu terasa sakit sekali. Terima kasih yang tak kurang, untuk diri sendiri yang pernah dikecewakan dalam-dalam.


credit : elda_rina

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday 13 September 2019

Mengikhlaskan Perlu Niat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )'ㅅ'


Mengikhlaskan perlu niat, bukan mengingati segala kejadian yang kau alami namun pada akhirnya melupakan segala usaha yang sedang kau jalani. Mengikhlaskan adalah ketika kau belajar rela, lapang serta tidak lagi mengharap suatu yang tidak mungkin terjadi lagi. Seberapa kau mampu untuk belajar menerima; bahwa semuanya tidak lagi sama seperti sebelum-sebelumnya. Bukan berarti kau memaafkan lalu memberikannya kesempatan untuk kembali padamu. Lalu mengulang lagi kisah patah hati itu.
.
Mengikhlaskan bererti kau harus boleh. Boleh menerima keadaan seadanya, bukan memaksa agar dia terhapus dari bayanganmu sebelumnya. Kerana sungguh, ikhlas adalah bentuk menerima dengan baik, di mana hati belajar lapang meskipun tidak sesuai harapan. Di mana harapan-harapan sebelumnya harus dilupakan selamanya, di mana ego harus dihancurkan bersama.
.
Ikhlas perlu niat, bukan dengan mengisi hari-hari dengan ingatan yang menyakitkan. Kerana ia akan mengajar kau belajar menerima kenyataan. Ikhlas adalah kau yang mampu belajar, semua yang terjadi telah jauh hari kau ketahui. Kerana setiap jatuh cinta mengalami banyak risikonya. Kecewa, diabaikan atau tidak dihargai adalah kewajaran jatuh cinta sebelum tiba saatnya. Maka belajarlah ikhlas dan rela atas apa yang menimpamu sekarang, agar kau tak melulu dihantui oleh rasa kehilangan yang teramat dalam.

Jadi, niatkan dihati ikhlas memaafkan dan ikhlas menerima ketuntuanNya. Kerana DIA maha mengetahui segala sesuatu. 


credit : elda_rina


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Saturday 7 September 2019

Self-Love


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Pernah dengar self-love? Sayang dir sendiri? Yup, hargai diri sendiri. Lebih kuranglah..

Self-love, kau hanya akan dapat daripada dalaman. Self-love itu bermaksud kau hargai diri kau yang sekarang daripada segala sudut.

Mostly seseorang akan mula perasan dengan term self-love apabila meningkat remaja mahupun dewasa.

Makin hari, kau makin belajar untuk menerima segala kekurangan diri.

Makin hari, kau makin belajar untuk menghargai setiap kelebihan yang ada.

Makin hari, kau akan nampak siapa yang patut kau pilih untuk bersama.

Selalu dengar kata-kata - “jadi diri sendiri lebih baik daripada jadi orang lain.” Okay kata-kata ini merupakan salah satu nasihat untuk kau cari self-love kau sendiri.

Jangan risau kalau kau masih tak dapat self-love yang kau mahu. Remember, it’s a process. Dan apabila namanya proses, ia memakan suatu masa untuk mendapatkannya. Mungkin prosesnya perlahan mungkin juga laju. Yang penting kau tetap akhirnya mendapat jawapan tentang makna sebenarnya.

credit@theinspiraesi


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Friday 6 September 2019

Lirik & Terjemahan : EXO CBX - Paper Cuts


Japan Romanization | Malay





眠れない理由に気づかないふりをした
Nemuranai riyu ni kidzukanai furi wo shita
Alasan kenapa aku tidak boleh tidur, aku pura-pura tidak tahu
僕らはこの手で明日を切り開くため
Bokura wa kono-te de ashita wo kirihiraku tame
Untuk membuka hari esok dengan tangan ini,
胸に見えないナイフを仕舞ってる
Mune ni mienai naifu wo shimatteru
Kita menyimpan pisau yang tak terlihat di hati kita
愛のない世界で俯いた日は
Ai no nai sekai de utsumuita hi wa
Pada hari Aku sedang digoncang di dunia tanpa cinta

星のない夜空切り抜いていよう
Hoshi no nai yozora kirimuite iyou
Mari kita mengukir langit malam tanpa bintang
The paper cuts in my hand 光に
The paper cuts in my hand Hikari ni
Potongan kertas di tanganku diterangi oleh cahaya
照らし出されて儚く壊れそうな
Terashi dasarete hakanaku koware-sona
Terlihat rosak walau bercahaya
The paper cuts in my hand 見えるかい
The paper cuts in my hand mieru kai
Potongan kertas di tanganku bolehkah kau melihat
夢見た世界が
Yumemita sekai ga
Dunia yang diimpikan

忙しく過ぎ去っていく速すぎる時の中で
Isogashiku sugisatte iku haya sugiru toki no naka de
Disaat-saat yang singkat berlalu dengan cepat
今しかできないことばかりの毎日を生きている
Ima shika dekinai koto bakari no mainichi wo ikite iru
Aku hidup setiap hari, dengan melakukan apa saja yang aku boleh

目を閉じればいつも君がそばにいる
Ne wo tojireba itsumo kimi ga soba ni iru
Ketika aku menutup mataku, kau selalu bersamaku
愛が分からなくなりそうな日は
Ai ga wakarenaku nari-sona hi wa
Pada hari ketika aku merasa tidak dapat memahami cinta

星のない夜空切り抜いていよう
Hoshi no nai yozora kirinuite iyou
Mari kita mengukir langit malam tanpa bintang
The paper cuts in my hand 光に
The paper cuts in my hand hikari ni
Potongan kertas di tanganku diterangi oleh cahaya
照らし出されて儚く壊れそうな
Terashi dasarete hakanaku koware-sona
Terlihat rosak walau bercahaya
The paper cuts in my hand
Potongan kertas di tanganku
愛しい君の笑顔が
Itoshi kimi no egao ga
Senyummu yang menawan

会えない時間が 愛の本当の意味を
Ae nai jikan ga ai no honto no imi wo
Saat-saat di mana kita tidak dapat berjumpa
教えてくれる
Oshietekureru
akan mengajarkan kita erti cinta sebenarnya

Don't wanna be out of time 離れていても
Don't wanna be out of time hanareteite mo
Tidak ingin kehabisan waktu, bahkan ketika kita terpisah
The paper cuts in my hand 一人じゃない
The paper cuts in my hand hitori janai
Potongan kertas di tanganku, kau tidak sendirian
星のない夜空切り抜いてごらん
Hoshi no nai yozora kirinuite goran
Mari kita mengukir langit malam tanpa bintang
The paper cuts in my hand 光に
The paper cuts in my hand hikari ni
Potongan kertas di tanganku diterangi oleh cahaya
照らし出されて儚く壊れそうな
Terashi dasarete hakanaku kowaresou na
Terlihat rosak walau bercahaya
The paper cuts in my hand 見えるかい
The paper cuts in my hand mieru kai
Potongan kertas di tanganku bolehkah kau melihat
夢見た未来が
Yumemita mirai ga
Dunia yang diimpikan

Lyrics/作詞: Ishiwatari Jyunji
Composer/作曲: Hanif Sabzevari, Peo Dahl, Chris Golightly, Peter Chun, Anthony Lee
Arranger/編曲: Hanif Sabzevari, Peo Dahl, Chris Golightly, Peter Chun, Anthony Lee

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Balut

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )

Mungkin entry aku ini agak menjijikkan bagi sesetengah orang. So, sebelum tu aku minta maaf  kepada yang kurang berkenan dengan entry ni. Tapi info ini mungkin akan berguna untuk pengetahuan kita semua.


Balut, apa itu balut? Balut merupakan telur itik (ada juga yang guna telur ayam) yang telah disenyawakan dan dibiarkan selama beberapa hari sebelum ia dimasak. Pada saat ini, embrio (janin) itik sudah mula menunjukkan ciri-cirinya yang lengkap seperti mata, paruh dan bulu. Bunyinya agak menakutkan, bukan? Namun, makanan Balut ini merupakan antara makanan yang popular di Filipina dan banyak dijual di tepi-tepi jalan.

Balut sudah wujud sejak tahun 1800 lagi dan sejak dari itu, cara penyediaan makanan ini tidak banyak berubah. Telur itik perlu dieramkan oleh itik dewasa sehingga embrio sudah mulai terbentuk. Selalunya telur ini sudah boleh diambil apabila mencecah umur antara 12 sehingga 18 hari.

Menurut beberapa tukang masak handal, waktu yang tepat untuk memasak telur tersebut adalah ketika telur itu mencapai umur 17 hari. Masa pengeraman telur ini haruslah tepat untuk mengelakkan embrio itik itu mati. Balut tidak boleh dihasilkan sekiranya embrio itik tersebut mati sebelum sampai masanya.

Cara memasak telur ini pula sama sahaja seperti memasak telur rebus. Cecair di dalam telur itik ini tidak akan mengeras sepertimana telur ayam rebus, tetapi cecair itu akan berubah tekstur menjadi seperti sup.

Balut ini haruslah dimakan terus setelah dimasak. Cecair sup tadi diminum dahulu sebelum isi di dalamnya dimakan. Kebiasaannya, kandungan di dalam telur ini dimakan bersama-sama dengan garam, cuka dan cili yang telah dikisar bersama.

Oleh kerana Sabah nie bersempadan dengan Filipina, jadi banyak jugaklah kawan-kawan aku yang berketurunan Filipina. Mereka adalah cerita pasal makanan popular kampung mereka tu, katanya rasa balut tu lebih kurang rasa sup ayam, yuckk..


Balut dikatakan sangat sesuai dimakan oleh individu yang mahu menambah stamina dan menguatkan jantung kerana dipercayai kaya dengan kandungan protein. Oh really?!

Tapi guys, ingat ya kita as Muslim sama sekali tidak dibenarkan untuk makan balut. Kerana embrio di dalam telur itik tersebut adalah yang belum sempurna kejadiannya dan termasuk dalam kategori bangkai. Sudah jelas dalam Islam, hukumnya adalah haram bagi perbuatan makan bangkai.

Banyak lagi makanan Malaysia yang sedap-sedap dan yang paling penting halal, macam ayam goreng McDonald's kan, hmmm craving lah pulak. Ada yang sudi belanja tak ? 'ㅅ' 


sumber : iamlejen.com

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday 5 September 2019

Petua Memutihkan Wajah Menggunakan Hanya Dua Bahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )


Sekarang ni produk memutihkan wajah dah banyak di pasaran, ada yang berasaskan kosmetik dan ada jugak yang perlu dikonsumsi samaada diminum atau dimakan. So, sebagai pengguna kita kenalah tahu baik buruk satu produk tu. 

Walaupun zaman dah moden, petua² nenek moyang kita jangan dilupa apalagi kalau bahan yang digunakan selamat dan berasaskan alam semulajadi paling penting bahannya tersangatlah mudah untuk dicari. Mungkin ada yang dah tahu pasal petua ni, it's okay kita bagitahu yang tak tahu..

Hanya dua bahan diperlukan untuk petua ni, boleh cari dekat dapur sekarang. Kenapa, tak percaya ke?

Bahan-bahan yang digunakan, taraaaaa...


Yup, tepung beras dan tomato sahaja.

Langkah-langkahnya ;

1. Ambil 1 sudu tepung beras, letak dalam mangkuk yang bersih

2. Potong satu tomato dari tengah dip/tenyehkan separuh tomato tadi ke dalam tepung dan tekan dengan perlahan supaya tepung akan melekat pada tomato.

3. Gosok tomato perlahan-lahan di muka selamat 5 minit. Tomato akan bertindak sebagai agen peluntur yang akan mengilangkan kulit mati dan akan memberi kesan cerah dan glowing untuk kulit wajah kita.

4. Selepas menggosok, biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh dengan air. Kalau guna air sejuk lagi bagus. Boleh buat dua kali seminggu, InshaAllah boleh cerahlah wajah kita macam artis korea, cewahh..

Tapi ingat tau, jangan kulit muka je nak putih. Putihkan dan bersihkanlah hati kita jugak. Inshaallah kita jadi seorang yang cantik diluar dan didalam..

-THE END-

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday 4 September 2019

Review : Love Alarm (Drama Korea)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )


Love Alarm (Korean: 좋아하면 울리는; RR: Joahamyeon Ullineun) adalah sebuah drama bersiri percintaan Korea Selatan. Drama ini diadaptasi dari Webtoon popular di Korea dengan tajuk yang sama. Drama ini ditayangkan di Netflix pada 22 Ogos 2019 sebanyak 8 episod.


Para Pelakon ; 

Sinopsis ;

Love alarm menceritakan tentang sebuah Aplikasi telefon pintar “Joalarm”. Aplikasi ini akan mengeluarkan bunyi, jika seseorang menyukai anda dan mereka berada dalam jarak 10 meter. Aplikasi ini juga menunjukkan berapa banyak orang yang menyukai anda, tetapi aplikasi tersebut tidak mengungkapkan detail spesifik tentang siapa yang menyukai anda.

Kim Jo-Jo (Kim So Hyun), adalah seorang pelajar sekolah menengah. Dia seorang yang cantik dan bijak. Dia terlihat seperti seorang yang ceria, tetapi Jo Jo seorang gadis yang pekerja keras dan memiliki beberapa masalah pribadi.

Kerana kehilangan orang tuanya sejak kecil, Kim Jo Jo tinggal bersama emak saudaranya. Tinggal di sana tidak mudah baginya. Kim Jo Jo berpikir bahwa dia tidak akan dapat merasa dicintai lagi oleh siapa pun. Namun, hal itu berubah ketika aplikasi "Joalarm" memberi tahu Kim Jo Jo bahwa Hwang Sun Oh (Song Kang) menaruh hati padanya.

Sementara itu, Hwang Sun Oh adalah pelajar lelaki yang popular di sekolah menengah yang sama tempat Kim Jo Jo bersekolah. Dia adalah putra keluarga kaya, tetapi dia tidak merasa kasih sayang dari orang tuanya. Sahabatnya Lee Hee Young (Jung Ga Ram) juga menghadiri sekolah menengah yang sama.

Konflik terjadi ketika Lee Hee Young tidak mahu menyerah akan cintanya pada Jo Jo yang ternyata diam-diam menyimpan perasaan pada Jo Jo.

Agak-agaknya siapa yang dapat pikat hati Kim Jo Jo? Oh ya, ada ura² kata yang Love Alarm ni akan ada Sequel yang kedua/season two. Horeeyyy.. Harap² bukan ura²lah erk,

Moral of the drama ;

Ini bagi pendapat akulah kalau korang setuju okaylah, kalau tidak boleh kongsi pendapat korang dekat komen ok.

Macam mana canggih sekali pun alat yang kita guna masih ada kekurangannya jugak. Kalau melibatkan hati dan perasaan ni tak payahlah pakai apps segala macam, just go to that person and tell her/him that you like her/him, kan?

Kalau rasa malu nak cakap face to face barulah pakai apps, sekarang macam-macam sosial media ada, WhatsApp, Telegram, Facebook, Wechat dan sama waktu dengannya. Kalau malu jugak nak bagitahu maka melepaslah jawabnya. Dipersilakan gigit jari sendiri, hehe..

The End, Sekian


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019