Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Thursday, 14 November 2019

Review : Strangers From Hell (K-Drama)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Stranger From Hell ataupun Hell is other people merupakan drama Korea yang diadaptasi dari Webtoon dengan tajuk  yang sama. Drama ni ditanyangkan pada 31 Ogos hingga 6 Oktober 2019.

Genre drama ni Psychological thriller. So sebab itu aku agak berkira-kira jugak nak tengok sebab genre drama ni aku tak seberapa nak berkenan. Tapi bila tengok jumlah episod yang cuma 10 episod, terusik jugak hati aku ni nak tengok.

Mula-mula tengok tu timbul rasa penyesalan (sikit), hehe.. Sebabnya episod pertama pun dah buat kita rasa tense dan nerve wracking. Tapi tulah, perjalanan harus diteruskan (tiberrr..) aku tekad jugak habiskan 10 episod tu dengan penuh debaran.

Inilah drama yang membuka mata aku untuk melihat Korea ni dengan sisi yang lain, sebab selama ini aku tengok Korea ni tempatnya best-best, menarik, indah dan permai (overnyaa..) walaupun aku tahu realitinya taklah macam yang aku bayangkan. Setiap tempat ada keistimewaannya, negara kita pun tak kurang hebatnya, banyak juga tempat yang best dekat Malaysia ni, kan?

Sepanjang tengok drama ni, semua lokasi dan tempat drama ni aku rasa creepy, even tengok drama korea yang bergenrekan hantu taklah aku rasa creepy sangat melainkan hantu dalam cerita tu buat aku terkejut (cakap besar nampak!). Sebab drama ini jugaklah aku dapat rasakan macam mana tekanannya hidup dekat Korea tu. Semua sedia maklum yang Korea Selatan merupakan antara negara termaju, so rakyatnya harus berusaha dan berlumba-lumba untuk tingkatkan taraf hidup mereka. Wow, sebab tengok drama jew boleh rasa tekanan tu?! Bukan kaleng-kaleng drama korea ni, daebakkk..(haa, tepuk!) *apa aku merepek sebenarnya ni? =.=”

Sinopsis ;
Yoon Jong-Woo (Im Si-Wan) is a man in his 20's. He has lived in a small town for all of his life, but he gets a job at a small office in Seoul. Yoon Jong-Woo moves out to Seoul and stays at a cheap apartment which shares its kitchen and bathroom with other residents. He doesn't like staying at the apartment and he doesn't like the other residents who seem weird and suspicious.
source : asianwiki
Banyak yang puji lakonan Lee Dong Wook dalam cerita ni menjadi. Memang menjadi sangat, sebab dalam drama-dramanya sebelum ini senyumannya itu mampu merncairkan hati wanita-wanita yang melihatnya (cewahh). Tapi dalam drama ni aku tak mahu dan takut tengok dia senyum. Seriously, seram weyy!!! Oppa jjang !! Pelakon-pelakon yang lain pun boleh tahan jugak even ada yang aku tak pernah nampak berlakon tapi berjaya jugak bawakan watak psychopath. Drama ini jugak merupakan projek pertama Im si Wan selepas menamatkan Military Service.

Ending drama ni agak plot twist. Kepada yang dah tengok drama ni tapi tak paham sangat endingnya, aku suggest korang baca entry ini. Mungkin akan bantu korang paham..

Last but not least, moral of the story from this drama ;
  1. Jangan terburu-buru untuk mengambil keputusan
  2. Selalu waspada dengan orang asing, jangan mudah percaya
  3. Jangan ragu dan takut melaporkan hal ganjil yang berlaku di sekeliling kita
  4. Prihatin dengan kawan atau keluarga kita yang mengalami masalah

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019