Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Tuesday 5 November 2019

LUCID DREAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Maksud Lucid Dream
 Lucid dream ialah keadaan dimana kita sedar ketika sedang bermimpi. Kita boleh mengawal apa yang terjadi di dalam mimpi kita sendiri.

Wow, bunyi macam seroniok jew kan? Bestnya bila dapat bermimpi apa yang kita impikan (eh, tiberr?)

Sebenarnya setiap orang memiliki kemampuan untuk menyedari dia sedang bermimpi, tapi tergantung seberapa cepat kita sedar hal ini dan kemudian boleh mengontrolnya. Setidaknya setiap orang akan mengalami lucid dream satu kali seumur hidupnya secara tidak disengaja.

Honestly, aku seorang lucid dreamer tau. Mungkin disebabkan aku ni jenis yang suka tidur, sebab tulah aku boleh kawal mimpi ikut suka hati aku, haha.. Dulu aku tak tahu pun apa yang aku buat tu namanya lucid dream. Aku ingatkan itu cuma imaginasi aku yang tinggi sampaikan aku bawa ke dalam tidur. 

First time aku sedar yang aku tengah berlucid dream ni masa aku addicted sangat main game, Candy Crush. Tahukan candy crush? game yang pernah popular satu masa dulu, sekarang pun masih popular jugak. Tapi tak macam dululah kan? So nak dijadikan cerita, dulu jadi habit aku sebelum tidur mesti main candy crush, kadang tu ada level yang memang kita takle nak selesaikan, so bila tak dapat selesaikan memang sakit hatilah kan? Bila tidur dalam sakit hati tulah aku bermimpi main candy crush dan selesai dengan senang, haha.. Dan banyak lagilah keadaan sekeliling aku yang terbawa ke dalam mimpi.

Adakah Mempengaruhi Kesihatan?
 Tujuan manusia mengalami lucid dream sendiri belum diketahui secara pasti. Akan tetapi banyak ahli terapi yang memanfaatkan keadaan mimpi sedar sebagai pengubatan atau terapi. Misalnya untuk menyembuhkan trauma psikologi, meningkatkan kepercayaan diri, mengembangkan kepekaan diri, dan menjelajahi alam bawah sedar.

Kerana dalam mimpi sedar, kita boleh melakukan berbagai hal yang belum boleh atau tidak mungkin kita lakukan di dunia nyata. Bahkan beberapa ahli terapi akan memicu mimpi sedar pada orang yang lumpuh agar dalam mimpinya ia boleh merasakan bebasnya bergerak dan berjalan.

For those yang nak merasa Lucid dream ni pun boleh jugak. Ada cara untuk kamu mengalami dan merasai mimpi sedar tu senfiri, nothing imposible guys, huhu..

Cara-caranya;

  1. Tidur di katil dengan baju yang longgar dan selesa, tapi jangan sampai tidak sedarkan diri. Berusaha dan concentrate dengan merasa hembusan nafas kamu selama beberapa saat.
  2. Bayangkan kamu sedang mengira kambing biri-biri atau menaiki tangga, ingat jangan sampai tertidur maksudnya kamu kena tidur-tidur ayamlah, gituuu..
  3. Setelah itu kamu akan mengalami Sleep Paralysis atau ketindihan. Kamu akan merasa dilempar atau ditindih dengan beban berat, tapi jangan bangun tau! Bertahanlah atau usaha kamu akan gagal :(
  4. Setelah berjaya melewati ketindihan, kamu akan mengalami tahap black out, dimana kamu akan merasa memasuki ruang gelap hitam yang kelam. Bertahan, jangan bangun jugak!
  5. Lepas tue, kamu akan mengalami sensasi yang berupa penglihatan ataupun pendengaran. Tahniah kamu berjaya masuk ke dunia mimpi dalam keadaan sedar :)
Aku pernah jugaklah try step dekat atas, tapi tak berjaya aku terus black out sampai ke pagi, haha.. Tapi mungkin kamu boleh, who knows.. Selamat berlucid dream :)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

  1. oh lucid dream, first time dengar. tapi kalau nak ikut step tu macam susah la nak kira kambing bagai. hahaha

    ReplyDelete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019