السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'
Pernah dengar self-love? Sayang dir sendiri? Yup, hargai diri sendiri. Lebih kuranglah..
Self-love, kau hanya akan dapat daripada dalaman. Self-love itu bermaksud kau hargai diri kau yang sekarang daripada segala sudut.
Mostly seseorang akan mula perasan dengan term self-love apabila meningkat remaja mahupun dewasa.
Makin hari, kau makin belajar untuk menerima segala kekurangan diri.
Makin hari, kau makin belajar untuk menghargai setiap kelebihan yang ada.
Makin hari, kau akan nampak siapa yang patut kau pilih untuk bersama.
Selalu dengar kata-kata - “jadi diri sendiri lebih baik daripada jadi orang lain.” Okay kata-kata ini merupakan salah satu nasihat untuk kau cari self-love kau sendiri.
Jangan risau kalau kau masih tak dapat self-love yang kau mahu. Remember, it’s a process. Dan apabila namanya proses, ia memakan suatu masa untuk mendapatkannya. Mungkin prosesnya perlahan mungkin juga laju. Yang penting kau tetap akhirnya mendapat jawapan tentang makna sebenarnya.
credit : @theinspiraesi
ye, love yourself first before others.
ReplyDelete
ReplyDeleteblogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/