Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Monday 23 September 2019

Dahi Singkap Makna Tersirat Pemiliknya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )




Orang kata kalau punya dahi yang luas tu maknanya dia seorang yang bijak pandai, betul ka? Honestly aku jealous dengan orang yang punya dahi lebar atau jendol ni. Dahiku jenis yang banyak anak rambut boleh dikategorikan dahi sempitlah jugak, so kalau pakai tudung mesti anak² rambut yang halus tu tersembul keluar apalagi kalau buat aktiviti lasak memang sakit hati jugak la.

Nak dijadikan cerita, masa sekolah dulu aku selalu jugaklah curi² cukur rambut halus aku bila ada aktiviti sukan di sekolah. Entah kenapa hari tu, nasib aku tak baik boleh pulak kedapatan dengan my mom. Aku punya terkejut dengar suara my mom sampai terluka dahi. My mom kata jangan selalu cukur, nanti makin lebat aku pun percaya then lepas tu dah tak pernah nak cukur² dah. Redho sajalah kalau rambut tu nak keluar.

Cukuplah aku melalut, meh kita tengok dahi siapa yang kenaaa.. Tapi tak semestinya semua betul ye, jangan serius sangat okay? 😉 

 Dahi Lebar
Bagi kamu yang berdahi lebar, kamu dikategorikan sebagai individu pendiam dan suka buat hal sendiri. Kamu hanya akan sekepala dengan mereka yang banyak bercakap malah kamu juga boleh menjadi penghibur di kala teman lain bersedih. Kamu sangat pakar dalam soal simpan menyimpan. Jadi, tidak hairanlah jika kamu punya banyak wang simpanan tanpa perlu risau lagi soal kewangan.

 Dahi Bersegi
Kamu orang yang sangat kuat bekerja. Setiap tugasan akan dilakukan dengan tekun dan besungguh-sungguh. Oleh kerana itulah kamu lebih menonjol bebanding teman² lain. Pun begitu, kamu perlu tahu walaupun dari sisi lain kamu nampak bagus tapi ada juga kelemahan yang perlu kamu akur. Kamu tidak punya ramai teman malah kekok dalam nak memulakan perbualan.

 Dahi Berbentuk Hati
Kuat berimaginasi dan punya cita²yang tinggi. Lebih suka menyendiri dari menyibukkan diri dengan benda² tidak berfaedah. Kamu sukar didekati tapi akan menjadi mesra dengan mereka yang memahami dan sekepala denganmu. Selain itu, kamu tidak suka dengan bebanan kerja dan akan berasa tertekan jika diminta untuk melaksanakan sesuatu tudagan tanpa kerelaan hati.

 Dahi Dipenuhi Anak Rambut
Seorang yang bijak dan kreatif orangnya. Suka menolong orang yang berada dalam kesusahan dan sanggup mengetepikan kepentingan diri. Kamu disayangi ramai kerana sikap pemurah yang ada dalam diri kamu. Namun, dari sisi lain  kamu amat boros dalam berbelanja. Kamu juga sukar bersikap tegas dan sangat lembut hati.

 Dahi Jendol
Dahi jendol bermakna, dahi kamu luas dan sedikit benjol di hadapannya. Apa yang menariknya tentang kamu? Kamu dikatakan seorang yang berjiwa penyayang, cekal dan kuat berusaha dalam nak mencapai sasaran. Malahan kamu sangat setia bila menyentuh soal cinta. Namun dari aspek lain kamu kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri.

 Dahi Sempit
Seorang yang berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain. Kamu juga tidak akan menyerah kalah pada mereka yang cuba mahu menjatuhkan kamu. Bagi kamu jika kamu dipihak yang benar kamu akan berjuangsehabis mungkin. Kamu juga memiliki kebijaksanaan dalam bidang akademik amnya dan sanga desenangi ramai orang.

Sumber : Majalah Remaja (Edisi Dec 2014)

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019