Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Wednesday 30 May 2012

Getting Better day by day.. (InsyaAllah)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v



Alhamdulillah.. Semakin hari kakiku dah semakin sihat, walaupun masih nampak kehitaman, masih terasa sengal2 dan aku masih berjalan seperti orang tempang, (lucu? ya memang lucu..) tapi aku tetap jalani hidupku macam biasa, bekerja macam biasa. Adik aku yang ke-2 kata jangan terlalu manjakan sakit tu, nanti makin lambat sembuh.

Aku buatlah macam adikku kata, walaupun kadang benda tu menyakitkan aku tahan jelah. Di tempat keja aku panjat sini, jalan sana, dan lari sini. So bila balik rumah tu kaki aku bengkak balik. Tapi tak sakit mana pun, aku masih boleh tahan, hee..

Sepanjang aku tak sihat tu, banyak kawan2 yang selalu bertanyakan khabarku, terutamanya Ica, Leesa, dan Amil. Kawan2 yang lain pun ada jugak. Itulah aku bersyukur sangat coz dapat kawan2 yang sangat caring macam mereka semua tu.

Tapi dalam masa yang sama ada jugak seorang kawan aku nie yang menyebalkan dan buat hatiku sentap. Aku tak tahulah dia sengaja atau tak, tapi aku memang dah kecik hati dengan dia. So mulai saat tu aku dah janji dengan diriku yang aku tak mahu dah mengadu dengan dia. Secara jujurnya aku memang suka mengadu dan kadang bermanja dengan dia. Tapi disebabkan kata2nya aku dah jauh hati. Bukan kali itu saja dia bagi kata2 yang sinis, dah berkali2. Tapi aku bertahan coz aku mampu tahan.

Mesti kamu nak tahu apa yang si kawan tu kata sampai aku kecik hati kan? Mungkin bagi kamu tak seberapa sangat apa yang si kawan tu kata. Tapi bagi aku yang selalu terkena kata sinisnya mungkin akan tersasa hati.
Si kawan : macam mana dah kakimu,ok uda? tak bengkak uda? tak sakit uda? dah pergi jumpa doktor ka belum? apa doktor kata?
Aku : @_@ ?! .. oklah jugak. Boleh tahan. kadang berdenyut2lah. Balik kerja bengkak balik. Masih hitam kaki nie..
Si kawan : Kenapa hitam?!
Aku : Mungkin sebab bisa uda bercampur dengan darah, tu yang kakiku jadi hitam. Untuk hilangkan kehitamannya, 1 saja cara. Aku kena hilangkan bisa tu.
Si kawan : Siapa cakap? Teori dari mana ko dapat nie? Doktor pakar ka? ka kau yang buat teori sendiri? pergilah jumpa doktor bha!
Aku : T.T .. iya la, nanti aku pergi.
Hah!! Dah baca? Aku nak tanya dengan kamu nie,
1) kalau kamu di tempatku soalan pertama si kawan tu korang nak jawab yang mana satu dulu, dan macam mana nak jawab?!
2) Salahkah teori yang aku bagi tu?
Sebenarnya itu bukan teori tapi cara2!! Mungkin sebab aku nie sekolah tak tinggi sebab tulah dia pandang rendah dengan aku yang memang rendah nie.tak macam si kawan tu, sekolah tinggi sampai universiti. UITM lagi, so kenalah aku mengaku kalah kan??

Sekarang nie, dia muncul lagi, sok2 ambil berat pulak. Aku hanya layan dia acu tak acu saja. Jelasnya aku dah tawar hatikan?? Maaflah kawan kalau kau terasa dengan sikapku sekarang. Aku rasa ini yang terbaik untuk diriku. Terima kasih sebab ambil berat pasal aku.. Apa2 pun kau  tetap kawanku.


Now although there's pain in my chest
I still wish you the best
With a forget you ..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

No comments:

Post a Comment

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019