Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Thursday 7 November 2019

Busted! : Season 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Kalau bercerita mengenai Korean Variety Shows, automatik kepala kita akan ingat dengan Running Man. Yup, Running Manlah variety show Korea yang pertama aku tengok dan terus jatuh cinta dari episod pertama sampai sekarang Tapi guys, sebenarnya banyak lagi variety show Korea yang menarik, salah satunya adalah Busted!


Busted! ialah program televisyen web Korea Selatan di saluran Netflix yang dibintangi Yoo Jae-suk, Ahn Jae-wook, Kim Jong-min, Lee Kwang-soo, Park Min-young, Oh Se-hun (EXO) dan Kim Se-jeong (Gugudan). Musim pertama terdiri daripada 10 buah episod dan dimulakan dengan dua buah episod pada 4 Mei 2018. 


Actually, aku baru sempat dan habis tengok bulan lalu, hehe.. Dah lama teringin nak tengok sebab dalam ni ada anggota EXO (sehunie) tapi asyik tunda sebab nak habiskan drama korea yang tak habis-habis, haha..

Bakal memulakan tayangan pada 8 November ini (hari ini) tapi agak sedih sikit sebab pada musim terbaru ini tiada lagi Lee Kwangsoo. Menurut satu sumber, pelakon itu tidak dapat menyertai penggambaran musim kedua kerana terikat dengan penggambaran filem pada ketika itu (boleh tahan masyukk juga Oppa satu ni). Pun begitu, seorang lagi selebriti telah diserap sebagai ahli baru iaitu Lee Seunggi (yeahhh!!). 

Mengenai Ahn Jae Wook aku tak pasti pulak kenapa, aku trylah google yang ada cuma berita dia tertangkap memandu ketika mabuk. Tidak dinyatakan sebab kenapa tak join musim terbaru rancangan ini. Tak sabar rasanya nak tengok musim terbaru ni tapi pukul berapa pulak tayangannya nanti?? aduuhhh!! selownya aku..=.="


Sinopsis ;

Tujuh orang selebriti mendapati bahawa mereka adalah sebahagian daripada operasi yang dikenali sebagai Project D, di mana mereka ditanam dengan cip yang mengandungi DNA detektif-detektif terkenal dalam sejarah. Dipimpin oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai "K" (Ahn Nae-sang), mereka direkrut sebagai detektif peribadi dan diberi kes baru dalam setiap episod, sementara memikirkan misteri di sebalik Project D dan penubuhannya.

Edited : Sebenarnya Ahn Jae Wook ada jgk dalam show ni, tapi dalam beberapa episod sahaja  

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

3 comments:

  1. sy pun dah tgok busted s1 punya.. mmg tgah tunggu juga bila kuar s2 ... rupanya kemarin ini.. thanks sharing ^^

    ReplyDelete
  2. blog bebyyellowshiteru.blogspot.com telah masuk dalam BlogList
    https://www.aimanabdullah.com/2019/11/senarai-bloglist-aimanabdullahcom.html

    ReplyDelete
  3. habiskan drama korea yang tak habis-habis, haha..

    yg ni kak setuju sangat. hahahahahhahaa

    ReplyDelete

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019