Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Thursday, 14 November 2019

Comeback Giveaway by Farah Farhana.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Sempat lagi ni kalau nak join.. Klik banner dekat atas ye guys^^..

Tag ; Miss Oren
        Sihatimerahjambu
        Mialiana


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Thursday, 7 November 2019

Busted! : Season 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Kalau bercerita mengenai Korean Variety Shows, automatik kepala kita akan ingat dengan Running Man. Yup, Running Manlah variety show Korea yang pertama aku tengok dan terus jatuh cinta dari episod pertama sampai sekarang Tapi guys, sebenarnya banyak lagi variety show Korea yang menarik, salah satunya adalah Busted!


Busted! ialah program televisyen web Korea Selatan di saluran Netflix yang dibintangi Yoo Jae-suk, Ahn Jae-wook, Kim Jong-min, Lee Kwang-soo, Park Min-young, Oh Se-hun (EXO) dan Kim Se-jeong (Gugudan). Musim pertama terdiri daripada 10 buah episod dan dimulakan dengan dua buah episod pada 4 Mei 2018. 


Actually, aku baru sempat dan habis tengok bulan lalu, hehe.. Dah lama teringin nak tengok sebab dalam ni ada anggota EXO (sehunie) tapi asyik tunda sebab nak habiskan drama korea yang tak habis-habis, haha..

Bakal memulakan tayangan pada 8 November ini (hari ini) tapi agak sedih sikit sebab pada musim terbaru ini tiada lagi Lee Kwangsoo. Menurut satu sumber, pelakon itu tidak dapat menyertai penggambaran musim kedua kerana terikat dengan penggambaran filem pada ketika itu (boleh tahan masyukk juga Oppa satu ni). Pun begitu, seorang lagi selebriti telah diserap sebagai ahli baru iaitu Lee Seunggi (yeahhh!!). 

Mengenai Ahn Jae Wook aku tak pasti pulak kenapa, aku trylah google yang ada cuma berita dia tertangkap memandu ketika mabuk. Tidak dinyatakan sebab kenapa tak join musim terbaru rancangan ini. Tak sabar rasanya nak tengok musim terbaru ni tapi pukul berapa pulak tayangannya nanti?? aduuhhh!! selownya aku..=.="


Sinopsis ;

Tujuh orang selebriti mendapati bahawa mereka adalah sebahagian daripada operasi yang dikenali sebagai Project D, di mana mereka ditanam dengan cip yang mengandungi DNA detektif-detektif terkenal dalam sejarah. Dipimpin oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai "K" (Ahn Nae-sang), mereka direkrut sebagai detektif peribadi dan diberi kes baru dalam setiap episod, sementara memikirkan misteri di sebalik Project D dan penubuhannya.

Edited : Sebenarnya Ahn Jae Wook ada jgk dalam show ni, tapi dalam beberapa episod sahaja  

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tuesday, 5 November 2019

LUCID DREAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


Maksud Lucid Dream
 Lucid dream ialah keadaan dimana kita sedar ketika sedang bermimpi. Kita boleh mengawal apa yang terjadi di dalam mimpi kita sendiri.

Wow, bunyi macam seroniok jew kan? Bestnya bila dapat bermimpi apa yang kita impikan (eh, tiberr?)

Sebenarnya setiap orang memiliki kemampuan untuk menyedari dia sedang bermimpi, tapi tergantung seberapa cepat kita sedar hal ini dan kemudian boleh mengontrolnya. Setidaknya setiap orang akan mengalami lucid dream satu kali seumur hidupnya secara tidak disengaja.

Honestly, aku seorang lucid dreamer tau. Mungkin disebabkan aku ni jenis yang suka tidur, sebab tulah aku boleh kawal mimpi ikut suka hati aku, haha.. Dulu aku tak tahu pun apa yang aku buat tu namanya lucid dream. Aku ingatkan itu cuma imaginasi aku yang tinggi sampaikan aku bawa ke dalam tidur. 

First time aku sedar yang aku tengah berlucid dream ni masa aku addicted sangat main game, Candy Crush. Tahukan candy crush? game yang pernah popular satu masa dulu, sekarang pun masih popular jugak. Tapi tak macam dululah kan? So nak dijadikan cerita, dulu jadi habit aku sebelum tidur mesti main candy crush, kadang tu ada level yang memang kita takle nak selesaikan, so bila tak dapat selesaikan memang sakit hatilah kan? Bila tidur dalam sakit hati tulah aku bermimpi main candy crush dan selesai dengan senang, haha.. Dan banyak lagilah keadaan sekeliling aku yang terbawa ke dalam mimpi.

Adakah Mempengaruhi Kesihatan?
 Tujuan manusia mengalami lucid dream sendiri belum diketahui secara pasti. Akan tetapi banyak ahli terapi yang memanfaatkan keadaan mimpi sedar sebagai pengubatan atau terapi. Misalnya untuk menyembuhkan trauma psikologi, meningkatkan kepercayaan diri, mengembangkan kepekaan diri, dan menjelajahi alam bawah sedar.

Kerana dalam mimpi sedar, kita boleh melakukan berbagai hal yang belum boleh atau tidak mungkin kita lakukan di dunia nyata. Bahkan beberapa ahli terapi akan memicu mimpi sedar pada orang yang lumpuh agar dalam mimpinya ia boleh merasakan bebasnya bergerak dan berjalan.

For those yang nak merasa Lucid dream ni pun boleh jugak. Ada cara untuk kamu mengalami dan merasai mimpi sedar tu senfiri, nothing imposible guys, huhu..

Cara-caranya;

  1. Tidur di katil dengan baju yang longgar dan selesa, tapi jangan sampai tidak sedarkan diri. Berusaha dan concentrate dengan merasa hembusan nafas kamu selama beberapa saat.
  2. Bayangkan kamu sedang mengira kambing biri-biri atau menaiki tangga, ingat jangan sampai tertidur maksudnya kamu kena tidur-tidur ayamlah, gituuu..
  3. Setelah itu kamu akan mengalami Sleep Paralysis atau ketindihan. Kamu akan merasa dilempar atau ditindih dengan beban berat, tapi jangan bangun tau! Bertahanlah atau usaha kamu akan gagal :(
  4. Setelah berjaya melewati ketindihan, kamu akan mengalami tahap black out, dimana kamu akan merasa memasuki ruang gelap hitam yang kelam. Bertahan, jangan bangun jugak!
  5. Lepas tue, kamu akan mengalami sensasi yang berupa penglihatan ataupun pendengaran. Tahniah kamu berjaya masuk ke dunia mimpi dalam keadaan sedar :)
Aku pernah jugaklah try step dekat atas, tapi tak berjaya aku terus black out sampai ke pagi, haha.. Tapi mungkin kamu boleh, who knows.. Selamat berlucid dream :)


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Tuesday, 15 October 2019

7 Habit Punca Kulit Jadi Kusam


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo ) 'ㅅ'


1. Malas Membersihkan Wajah
  • Perkara pertama yang harus dilakukan selepas seharian berada di luar adalah membersihkan wajah
  • Jangan biarkan debu dan kotoran serta bahan kimia menempel di wajah hingga menyebabkan kusam dan berjerawat
2. Kurang Menggunakan Skrub
  • Skrub wajah sekurang-kurannya 2 kali seminggu untuk membersihkan sel-sel kulit mati pada wajah
3. Tidak Menggunakan Pelembab Secukupnya
  • Pilih pelembab yang sesuai dengan kulit anda agar hasilnya lebih memukau
4. Produk Mekap
  • Pilih produk kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda
  • Bersihkan juga peralatan mekap dengan  kerap agar kuman tidak menempel di wajah
5. Sering Tidur Lewat
  • Dapatkan tidur yang secukupnya
  • Sebaiknya, jauhkan diri daripada stress dan pengunaan telefon bimbit sebelum tidur agar tidur lebih nyenyak
6. Persekitaran Yang Kotor
  • Gunkan sunscreen/sunblock sebelum keluar rumah
  • Rajinkan diri untuk bersenam kerana ia mampu mengeluarkan toksin dalam badan
7. Kurang Minum Air Putih
  • Salah satu khasiat air putih adalah menghidrat dan mencerahkan kulit dari dalam
  • Jadi, jangan lupa minum air putih secukupnya

p/s : Take note ya sis semua. Kalau tak buang  habit ni, tak berserilah muka kita nanti^^


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday, 14 October 2019

Lirik : ILIR 7 - Entah Apa Yang Merasukimu (Salah Apa Aku)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
안녕하세요
(Annyeonghaseyo )


Aku percaya kamu
Tapi lagi-lagi kau bohongiku
kau telah tipu aku

Aku menyayangimu
Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku

Tak pernah kusangka kau telah berubah
Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka, sungguh aku kecewa

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Aku menyayangimu
Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku

Tak pernah kusangka kau telah berubah
Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka, sungguh aku kecewa

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Nota kaki : Lagu Entah Apa Yang Merasukimu atau tajuk sebenarnya Salah Apa Aku yang dinyanyikan oleh kumpulan ILIR 7 yang berasal dari Indonesia ini sebenarnya dikeluarkan pada tahun 2018. Lagu ini menjadi viral tahun ini di kalangan pengguna aplikasi tiktok tapi bukan versi originallah (video di atas) yang popular tapi versi remix yang ala-ala dangdut sikit (video di bawah)..



♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019