Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Wednesday 28 October 2015

FILEM Review : LOVE SUPERMOON

Assalamualaikum..
Moshi² (^.^)v


Hello :) .. Korang dah tengok tak filem ni? Belum?! Laa.. ruginya, best tau filem ni. Hari aku tengok sedutan dekat tv macam best saja ceritanya. Aku pun sebenarnya belum tengok lagi. Maklumlah cinema dekat  Tawau ni lambat sikit, sedangkan Polis Evo sendiri belum lagi keluar² sempat  agaknya keluar dekat astro first dulu.

Cerita ni kira flashback zaman sekolah dulu² yang ada abang angkat, kakak angkat, adik angkat, senior minat junior ataupun junior minat senior. Maybe masih ada kot macam ni dekat sekolah zaman sekarang, tapi bezanya sekarang lagi canggihlah, dulu penghubung hanya surat yang dikarang sampai berlembar² tapi sekarang kan sudah canggih, segalanya hanya dihujung jari.

Mesti korang pernah alami jugakkan? Aku dulu abang angkat dekat sekolah tak adalah, kakak angkat saja, biasalah bukan budak hot, rupa pun biasa² saja. Tapi tulah, best jugak ada kakak angkat ni, selalu main kirim² surat bagi kata² semangat bila nak dekat exam atau ujian, minta tunjuk ajar dalam surat tu pun sempat jugak. Dah lama, aku tak dengar cerita kakak angkat aku tu, tak tahu apa khabar dia sekarang, tak tau apa yang dia buat sekarang, hmm.. Semoga beliau baik² saja.

Tapi kalau bab minat² ni memang banyak aku minat senior² sekolah dulu, lebih² lagi kalau senior/junior tu ahli sukan dan ada rupa haa.. aku dengan kawan² tak lepaskan peluang, masing² main cop²lah siapa yang kami minat, ada kawan² aku tu dengan beraninya berkawan dan terus berangkat takpun lagi expert terus jadi gf/bf dengan senior/junior yang diorang minat. Tapi aku tak berani, hanya mampu minat dalam diamlah, hee.. Lagi sadis bila terminat kawan sekelas sendiri. Bila ingat² balik rasa lucu dan tertanya sendri, macam manalah aku boleh minat dia, hahaha..

Memang luculah bila ingat kenangan zaman sekolah ni, kalau tengok filem ni automatik kita terimbau zaman kita dulu. So, meh kita baca sinopsis filem dan tengok trailernya :

SINOPSIS FILEM LOVE, SUPERMOON
Mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Azhar Sulaiman) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gossip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.
 Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bekerja di pusat panggilan bagi sebuah syarikat automobil yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan sehingga menyebabkan teman lelaki Triz, Azman (Azhar Sulaiman) tidak menyokong hasratnya untuk menjadi penulis. Walaupun Azman merupakan seorang lelaki yang ego dan senantiasa menghalang Triz dari mencapai impiannya, Triz tetap menyayangi Azman kerana sifat negatifnya itu dianggap sebagai tanda cinta Azman kepada Triz.
 Berlainanan pula dengan Razak, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku-liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.


p/s : Maaflah kalau merepek panjang sangat, hee.. peace yo!

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2 comments:

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019