Today L.O.V.E ★ Tiada Insan Suci Tanpa Dosa Pada Masa Lalu, Tiada Insan Berdosa Yang Gelap Masa Depannya..- SETIA HUJUNG NYAWA-.

Friday, 27 December 2013

Segmen Bloglist 2014 NasuhaNass

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Hai semua.. Lama tak ikut segmen2 ni, al-maklumlah busy kan? (busylah sangat !!)
So jomlah kita ramai2 sertai segmen nie, click banner kat atas tu ye..
see u there ^.~


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday, 25 November 2013

Mengenali Kelakuaan si Arnab

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Selamat malam semua.. Semalam aku ada update entry pasal arnab2 aku kan? Sekarang nie aku mahu berkongsi pulak pasal tingkah laku arnab.

Bukan manusia sahaja yang perlu kita faham, haiwan pun perlu jugak termasuk arnab kesayangan kita. So let's check this out ..



1. Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.

2. Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy

3. Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar

4. Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja

5. Menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.

6. Honking ( bunyi seperti angsa) – inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.

7. Mencium anda dengan perlahan – ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian

8. Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira

9. Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda

10. Mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relax

11. Makan najisjangan hairan arnab anda tidak apa-apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien

12. Menaikkan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. (nak kencing)

13. Berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.

14. Menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba – minta perhatian

15. Cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda

16. Jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya

17. Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)

18. Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat

19. Arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya

20. Jika anda mempunyai sepasang arnab, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk mengawan

21. Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera

22. Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.

23. Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.

24. Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit

25. Terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian

26. Perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah.

okey, itu sahaja kot.. Selamat memerhati, hee..

p/s : belum pernah aku dengar arnab aku menjerit, macam manalah tu agaknya.. hee..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday, 24 November 2013

My New Familia (Inci & MInci)

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Hye u'olls.. Hari ni aku happy sangat coz my mum dah belikan seekor lagi arnab. Minggu lalu dah beli satu tapi lumrah dunia setiap yang bernyawa mesti bertemankan? So now, dah cukup dah sepasang arnab aku mudah-mudahan berkekalanlah hendaknya sampai ke anak cucu, hehe ..


Yang di atas ni my mum belikan minggu lalu (17 Nov 2013), kami bagi nama Inci. Kononya jantan, tapi kesahihannya belom di kenalpasti. Yang baru beli pulak kononya betina. Kalau ada masa nanti aku upload gambar dia ye?. Kami bagi nama Minci, ahaha.. sweet gitu..

Sebelum nie aku ada jugak beli arnab, aku ada post entry tu di sini, tapi umurnya tak panjang. Tiada jodoh kami bersama, cewaaahhh.. Yang sedihnya bukan sekali tapi dua kali, sakit hati sangat!! Yang pertama mati sebab monyet aku yang ganas tu, adakah patut dia pergi gigit?! Geram sangat masa dapat tahu, mahu saja aku cekik-cekik monyet tu, tapi aku hanya mampu pandang monyet tu dengan mataku yang berair. Lagipun maybe monyet aku tu tak sengaja kot, ahaha, ada pulak gitu.. Yang kedua tu pulak tak pasti sebab apa, coz my mum kata arnab tu memang dah kaku masa my mum tengok. Tapikan aku rasa dia kesakitan, coz malam sebelum kematiannya tu arnab tu ada terjatuh dari peganganku. Memang nervous gila jugaklah aku tyme tu, tapi bila aku tengok balik macam ok jerr arnab tu siap berlari-lari macam tak ada apa jadi. Tapi tak sangka esok paginya tyme aku pergi kerja arnab tu pun pergi. Aku rasa bersalah sangat..

Sebab kejadian tu, aku dah surender nak bela haiwan tu, aku hanya dengar cerita kawan sekerja aku pasal arnabnya.. But now, aku dah bersemangat nak bela semula. Insha Allah aku akan jaga dengan dengan baik. Haiwan tu pun mahkluk Allah, tak salah kalau kita kongsi rezeki yang ada bersama, kan? So thats all for tonight, nanti kang ada cerita pasal mereka ni aku update. Tapi itu pun kalau aku ada masa lah update, hee..

p/s : Semonga kali ini bertahanlah arnab-arnab itu, semoga kekal sihat ya Inci & Minci..

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Wednesday, 23 October 2013

10 Cara Elakkan Patah Hati

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v



Hallo uolls.. Entry yang lalu aku post lirik lagu Patah Hati by Hafiz kan? Korang janganlah salah faham, aku tak patah hati pun, cuma suka dengan lagu tu. Tapi sebenarnya adalah jugak sikit hati tu nak patah, hehe.. So untuk elakkan virus patah hati nie merebak di dalam hati dan mematahkan hati kita, apa kata kita ikut tips2 yang aku nak share nie..

01. Bagitahu kawan2
- Kalau kawan2 kita tahu, sekurang-kurangnya mereka tak sebut atau bertanya pasal si dia di hadapan kita.

02. Ubah Status
- Dalam facebook korang ubahlah status dari "In Relationship" kepada "Single". Biar semua orang tahu kamu tiada kaitan lagi dengan si dia.

03. Menghapuskan Memori
- Hapuskan benda yang boleh mengingatkan kamu dengan si dia seperti gambar, lagu dan hadiah2 yang diberi. Tak perlu di simpan kot semua tu kalau dah tak bererti lagi, kan?

04. Makan Ais Krim
- Sejukkan hatimu dengan menikmati ais krim daripada pelbagai rasa.

05. Baca Komik
- Bacalah buku yang berunsurkan humor macam komik atau ujang.

06. Berkenalan dengan kawan baru
- Menerima tawaran dari kawan2 yang ingin memperkenalkan kamu kepada rakan2 lelaki/perempuan yang mereka kenal. Anggaplah ini  sebagai peluang untuk mengenali lebih ramai rakan.

07. Berhubung semula
- Menelefon atau berteman semula dengan rakan2 lelaki/perempuan yang dahulu kamu tinggalkan semata-mata kerana dia. Jangan takut untuk hubungi mereka, kamu punya sebab tersendiri.

08. Tidur
- Tidur adalah salah satu aktiviti yang boleh melupakan kamu kepada si dia. Kalau hari cuti dah tak tahu nak buat apa, tidur sajalah! Rehatkan badan ye..

09. Main Game
- Sekarang nie, telefon dah canggih kita boleh download game banyak2 yang kita suka. Contoh game yang popular sekarang macam candy crush, angry bird, poudespicable me dan banyak lagi..

10. Meluah ft Menulis
- Luahkan perasaan pada sehelai kertas, tulislah sebanyak mana yang kita mahu, bila dah puas hati bakar kertas tersebut dan anggaplah kamu dah buang semua benda negatif dalam diri. Bagi yang suka berkongsi cerita pulak apa kata luahkan di dalam blog, manalah tahu ada kawan2 yang mengalami benda yang sama dan boleh berkongsi pengalaman.

So, aku harap apa yang aku kongsi ni bolehlah bagi sedikit sebanyak bantuan untuk elakkan diri dari patah hati. Tapi the most important thing is apa2 pun kita kenalah minta dengan Tuhan agar kita diberikan petunjuk dan dicekalkan hati. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.. Wallahualam..

p/s: bila rasa patah hati, aku akan nangis sepuas  hati and lepas tu baru aku akan rasa lega sangat.

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday, 21 October 2013

LIRIK : Patah Hati


Artis ; Hafiz

(cover by ; Wani - agak comel gak budak nie nyanyi, huhu.. )

Apa aku telah lakukan
Kesalahan yang mendalam
Sampai hati kau lakukan itu

Kali ini ku tak bisa
Menerima kenyataan
Kau tak lagi setia padaku

Aku patah hati
Sungguh-sungguh aku patah hati
Kernamu

Kali ini ku tak bisa
Menerima kenyataan
Kau tak lagi setia padaku oh

Aku patah hati
Sungguh-sungguh aku patah hati
Kerna mu

Aku akan pergi kerna kamu
Terlanjur menyakiti hati ku

Aku patah hati
Sungguh-sungguh aku patah hati
Kerna mu

Aku akan pergi kerna kamu
Terlanjur menyakiti hati ku
Hati ku patah hati
Hati ku patah hati


p/s ; sama-samalah kita menjaga hati agar tidak patah, hehe .. PEACE^^

♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Monday, 7 October 2013

Streesss ?! Aaarrggghh !!!

Assalamualaikum ..
Moshi-moshi (^.^)v


Wow !! Apa kenalah dengan aku nie, lama menghilang dari blog tiba-tiba muncul dengan stressnya. Poyo kan? haha..

Dah lama gila aku tak peduli blog nie, entah apa kejadiaannya pun aku tak pasti. Hari tu kawan sekerja ada tegur yang aku dah lama tak update blog, sebab tulah tergerak pulak hati nie nak update blog yang dah lama terbiar nie. Lepas nie, aku tak pastilah aku akan update blog nie lagi atau tidak, tengok keadaan moodlah agaknya nie, huhu..

Sejak beberapa nie aku rasa stress sangat, di tempat kerja sampailah terbawa pergi tempat kerja. Pantang salah sikit aku dah mula rasa nak marah, kadang mahu buat orang lain rasa marah pun ada jugak, ahaha..
Agaknya hormon aku tak stabil kan sekarang, hmmm.. Normallah tu kan? Hope so..

Ok, thats all for this sweet night ( sweetlah sangat!!) see you again fellas >.<




♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Sunday, 3 February 2013

Segmen Naikkan Trafik Blog Sampai BOOOMM!!!

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v


Dah lama tak join segmen nie .. Jom ramai2 kita join..

klik banner tau .. Selamat Bersegmen ..


♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

2013

Assalamualaikum..
Moshi-moshi (^.^)v

Tak sedar masa cepat sangat berlalu, sekarang dah masuk bulan Febuari 2013.. Masih belum terlambatkah kalau aku nak wish Happy New Year nie?? Tak apa kan? hehe ..

Maklumlah sejak akhir-akhir ini aku dah hilang mod nak update blog, lagipun rasa macam tak ada idea. Dan banyak lagilah sebab musababnya.

Sepanjang 2013 nie, dah banyak perkara berlaku. Ada yang menyedihkan dan ada yang mengembirakan. Biasalah kan? bukan kehidupan namanya kalau tiada masalah. Apa yang perlu kita lakukan hanya tawakal dan sentiasa ingat ALLAH. Kerana DIA akan sentiasa ada dengan kita. Hanya kita saja yang kadang terlupa tentang diriNYA.

Aku malas nak merepek banyak2 sekarang, so apa kata kita tengok2 pic yang di snap sepanjang tahun baru ini, hehe.. (kalau sudi nak tengoklah)







♥ Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mendapat info yang berguna. SHARING IS CARING kan?? *maaf penggunaan kata AKU* ♥

Copyright © | All Rights Reserved | By bebyyellowshiteru.blogspot.com 2012-2019